Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Sunday, November 30, 2014

Looking for Temporary Account Assistant / Account Executive / Accountant!!!

*Sticky entry. Please scroll down for updated entry. Thanks.*

Hai korang.. Aku nak mintak tolong ni.. Aku nak cari siapa-siapa yang berminat untuk kerja temporary. Below ni syarat-syarat dia ye.. :

  1. Contract / Temporary based from January - July 2015.
  2. Anyone with at least a basic in Account. Tak kisah sijil, diploma or degree. Salary will be based on qualification & experience.
  3. Fluent in English both in writing & speaking.
  4. Office Hour (Mon - Thurs) : 8.00am - 4.30pm.  (Fri) : 8.00am - 2.30pm
  5. Office in 157 Hampshire. Near Ampang Park, Bank of China.
  6. Relaxed environment. Tak busy. Tak perlu OT. Sesuai untuk mothers or anyone seeking experience.

More details will be given out for those interested. Siapa-siapa yang berminat mintak tolong email resume / detailed CV together with Expected Salary to : amalina.sehabudin@gov.se . Thank you.

-------------------------------------------------------------------------------------

Aku seriously suggest this job for SAHM or WAHM yang tak plan untuk keje long term. Just gain some experience. Belive me, it's totally worth it. Keje ni tak busy jadi korang tak perlu risau balik lambat ke apa. Memang sesuai untuk orang yang dah ada anak. Bab gaji.. tak perlu risau sebab akan based on qualification & experience.

Environment keje tak stressful. Busy tu standard lah sekali sekala but tak stress.. In terms of transportation paling dekat LRT Ampang Park. Pegi keje je la sesak sikit sebab office hour start 8.00am tapi balik keje tak sesak pun sebab pukul 4.30 orang belum balik keje lagi kan..

OK. Kalau korang berminat or kenal siapa2 yang mungkin berminat tolong inform dorang & email detailed CV with Expected Salary kat aku ye..

Thanks korang... :)

Thursday, November 27, 2014

Pre-order Original Branded Items!!

Aku macam dah laaaammmmaaaaa gila tak hapdet blog kan??

Ada ke lagi yang baca blog picisan aku nih?? Keh3...

Takpelah..aku nak share jek penyebab kebizian melampau-lampau haku yang mengalahkan seorang artis ni.. Selain dari melayan Eusoff, memboyot membawak perut dah 31 weeks & keje2 ofis.. Aku pun terbizi dengan part-time business aku nih.

Ni haaaa....sekarang aku dah terjebak jual Original Branded Items. 100% ORIGINAL ye... Tapi Pre-Order lah. READY STOCK non hado. Kalau sikit2 Ready Stock tu ada tapi memang cepat habis. Lagipun hakak tak mampu dek non nak menyediakan Ready Stock bebanyak. Itu kena tunggu hakak bukak butik dulu ye... Hehehe...

Antara item2 yang HOT SELLING adalah :

Longchamp Fleurs De Ravello - Indigo

Longchamp Fleurs De Ravello - Red

Calvin Klein Monogram Backpack

Coach Bleecker Sullivan Hobo

Sanrio Hello Kitty Backpack

Longchamp Le Plagé Neo

Charles & Keith Handbag
 
 
Baaaaannnnyyyyaaaakkkkk lagi sebenarnya. Sampai aku sendiri tak ingat satu2 barang. Supplier dahla hapdet stock almost hari2. Pengsan haku mengengoknya. Hahahaha..
 
Sape2 yang berminat nak Pre-order jemput ke page Mizz Shopaholixx ehh.. Jangan malu2.. Hehehe..
 
Haku berazam nak lebih rajin update blog la pasni. Lama sgt tinggalkan blog nak blogwalking pun jenuh tak tau nak start dari mana. Hahahaahaha.. Kesian akuuuu... Keh3... ;)

Monday, October 20, 2014

Cara pantas aku atasi anak tantrum.

Uiks..lama sunyi sepi blog aku..kan? Hahahaha... Ampunnnn... Ai iz bizi. Keh3.. Bizi part-time business yang dah bertambah satu lagi cabang product. Gitewwww... Yang tu kemudian2 aku cite..

Harini trending pasal ANJING. Ye la.. pasal kempen "I want to touch a dog" tu. Tahla. Aku ni tak cukup ilmu agama. Iman pun xkuat lagi. Jadi... tak perlulah aku nak komen kot. Biarlah2 orang2 yang layak je yang komen.

Harini aku just nak record experience aku. Pasal Eusoff. Aku tau mak2 mesti selalu alami pengalaman anak tantrum kan?? Ke aku je?? Keh3... Aku tak cakap anak aku baik sangat. Kadang2 dia menguji kesabaran jugak. Tapi paling menguji kesabaran bila dia tantrum. Nangis melalak2 sume benda tak kena, mengamuk lempar2 barang macam kena rasuk setan.

Ye. Aku cakap betul. Macam kena rasuk setan. Sumpah. Anak orang aku tak tau la. Tapi anak aku macam tu. Ada masa yang dia macam tak boleh control dah marah dia tu. Dulu aku cuba jugak faham. Tapi kesabaran aku ni nipis sikit. Bila dah tantrum macam kena sampuk tu kadang2 aku ni ringan je tangan nak pangggg skali. Ngeh3...

Aku nak share ni sebagai ilmu. Kot2 ada yang nak belajar ke..kan?? Aku pun anak baru sorang. Apa je ilmu yang aku ada, aku lagi suka kongsi. Sebab aku pun suka orang berkongsi ilmu dengan aku. Sharing is caring..kan??

Pernah sekali Eusoff mengamuk, aku dah hilang sabar..memang berdas2 dia kena. Sampai satu tahap tu aku almost lempang dia. Serious. Cuba bayangkan badan dah penat, dengan nak usung perut, buat keje rumah, lepas tu anak mengamuk macam kena sampuk. Setan pun tinggal bisik je kat telinga..betul tak? Serious aku menangis lepas tu. Walaupun aku garang macam singa tapi hati mak lembut tau sebenarnya. Hahahahaa.. ;p

Tapi dah banyak kali aku amalkan perkara ni bila Eusoff tantrum. Alhamdulillah berkesan. Dan aku pun tak perlu nak rasa guilty lepas dah marah or cubit or pukul dia sebab tantrum tu.. Apa yang aku buat??

Bila Eusoff mengamuk2 sampai dah tak boleh pujuk, dah mula baling2 barang, merentan, hempas2 badan.. tak kira macam mana dia melawan pun aku akan peluk dia. Peluk kuat2 sampai dia tak boleh lepaskan diri.. Biarlah dia merentan macam mana sekalipun. Kadang2 sampai sakit pinggang, perut kena terajang dengan anak tau. Tapi aku tetap lawan, peluk dia kuat2..

Sambil peluk aku akan cuba tenangkan dia.. cakap "Syyyy... Mummy sayang Eusoff. Tapi Eusoff cuba cakap elok2, berenti nangis... Mummy tak faham. Cakap elok2..". Kalau dah tak mampu nak cakap apa2 sekali pun aku cuma sebut "Syyyyyyyy...." je.

Dalam hati aku cuba baca Al-fatihah. Untuk dia & untuk sedarkan diri aku sendiri. Kalau boleh cuba ulang2 Al-fatihah. Kalau tak pun.. aku cuma sebut "Allahu Ya Latiff" dalam hati baaaaaannnnyyyyaaaaaakkkkkk2 kali. Sebab bukan dia je yang kena tenangkan diri. Aku pun sama. Kalau tak dengan dia, dengan aku2 sekali kena rasuk setan. Hehehe..

Dari pengalaman aku, cara ni memang berkesaaaannn SANGAT2!! Selalunya dalam 5minit dia dah berhenti tantrum. Sebab dari pengalaman aku, Eusoff bila dah tantrum dia jadi tak tentu arah. Dia sendiri tak tau macammana nak stop tantrum tu. Bila aku pun naik hantu sama lagi lah dia pun merentan. Setan pun senang2 je bisik kat telinga. Bila dua-dua dah kena rasuk setan, memang susahlah..kan?

Selalu lepas Eusoff tantrum, aku pun mengamuk, physchological effect lepas tu yang aku tak tahan. Aku jadi rasa menyampah dengan anak sendiri. Pastu boleh melarat2 sampai laki pun aku malas nak layan. Eusoff pun macam merajuk nak dekat ngan aku. Korang pernah tak rasa camtu??

Tapi bila aku amalkan benda ni, effect lepas tu tak terasa sangat tau. Bila dia dah cool down, dalam tersedu2 tu aku boleh cakap elok2 kat dia.. "Mummy sayang Eusoff. Tapi Eusoff tak boleh mengamuk2 macam ni. Eusoff dah besar. Nak apa2 boleh cakap elok2. Mummy & Daddy larang bukan sebab tak sayang Eusoff. Mummy sayang, sebab tu Mummy larang. Nanti Eusoff faham ye sayang.."

Aku emphasis perkataan sayang tu banyak2 kali masa pujuk dia. Alhamdulillah lepas tu Eusoff ok. Mood dia pun ok. Takde merajuk dengan aku. Aku pun takde nak rasa guilty ke ape.. Lepas tu elok je dia main2 macam biasa.

Korang pernah tak kena macam ni? Cuba amalkan apa aku buat tu. Mula2 memang susah tau. Sebab nak menahan kesabaran tu memang payah sangat bila anak dah tantrum. Tapi bila korang buat & tengok effect tu pada anak korang sendiri lepas tu..mesti korang agree dengan aku.

Betul la apa Rasulullah ajar.. Anak2 kecik ni nak didik kena dengan kasih sayang. Bukan dengan marah2,tengking2.. Cuba tengok effect pada anak yang selalu kena marah, kena tengking. Dia membesar jadi orang yang bengis. Yang tau nak marah je. Allahuakbar.. aku harap aku kuat nak didik anak dengan kasih sayang. Sebab aku pun masih banyak kekurangan...

# Aku tak ingat mana aku baca pasal ni but bab Allahu Ya Latiff tu someone ajar aku. Bila berdepan dengan orang yang tengah marah, berdendam, mengamuk..boleh amalkan. Untuk lembutkan hati. Sebab Allah je yang Maha Berkuasa mampu membolak-balikkan perasaaan manusia..kan?? :)

Wednesday, September 03, 2014

VVIP nak datang rumah???

Esok petang/malam parents aku nak datang from JB. Sebab nak anta adik aku start sem baru kat UIA Gombak. Yee.. Adik aku kat UIA Gombak je. Dekat je dengan rumah aku. Sebab tu dia mengada2 selalu ikut aku ke mana2. Hehehe..

Ni first time parents aku nak datang rumah sejak aku pindah tau.. Last dorang datang KL Januari haritu. Tapi masa tu aku belum pindah lagi so dorang tumpang tido rumah MIL aku je. Kali ni dorang nak tumpang tido rumah aku. Of course la dorang nak datang tengok rumah anak. Tak pernah datang kan.. Rumah aku kt mana pun dorang tak tau. Huhu..

Dorang sampainya esok petang or malam. Tapi aku dari semalam dah stress. Gila kau tak stress. Rumah aku dah la macam tongkang pecah. Dengan Eusoff yang kuat menyerak lagi... Adoiiii.. Stress aku mikir parents nak datang ni. Kot mak bapak aku megnucap pulak tengok rumah aku ni kanggg... Hehehe..

Selain rumah yang tak berkemas.. aku pening jugak memikir fridge yang almost kosong tu. Mende aku nak masak ni weyyy??!!! Adehhh.. kang makan kt luar je mmg sure2 aku kena bebel. Dahla duduk rumah makbapak dulu pemalas nak masak. Dah duduk sendiri pun sama jugak kekdahnyaaaaa.. Hahahaha...

Jadi..perkara2 yang perlu diselesaikan harini & esok :

1. Kemas rumah - walaupun aku tau mmg harapan lah rumah nak kemas je dengan si dobot sorang ni. Aku kemas, dia menyepah. Bila tah nak siap.Huhu
2. Cuci toilet. Dua dua toilet. - weekend lepas tak sempat cuci toilet sebab asyik berjalan. So kena buat malam ni. Weekend confirm2 nak meronggeng ngn parents aku lagi..kannnnn. Hehehe..
3. Lipat baju - ade sebakul bertimbun mak tak larat nak lipat. Hahahaha...
4. Beli barang dapur - Untuk masak weekend ni. Kalau masak laaa.. Hehehe..

Sempat ke tak nak buat semua niiiii... Adoiiii.. Parents nak datang rumah je. Aku punya kalut macam VVIP nak datang. Carpet merah nak bentang tak?? Hehehe..Eh.. tapi parents kita tu VVIP kita la kan?? Mesti la nak buat the best untuk dorang.. betul tak??

Kalau korang plak camne??

Thursday, August 28, 2014

Eusoff & junk food

Aku kan dah memasuki satu fasa di mana aku craving akan junk food. Yes. Junk, unhealthy food. Serius tekak meronta2 nak makan. Sekali sekala aku turutkan jugak. Yes. Bad Mummy.. I know. Hahah.. In fact masa menaip ni aku tengah mengunyah jajan. Serious rasa nak tampo diri sendiri.

Masa mengandungkan Eusoff aku mmg elak makan jajan2 ni. Sedaya upaya makan healthy food. Tapi kali ni apesal entah.. Harap2 fasa ni cepat berlalu. Tak elok baby oiiiiii... Tolonglah jangan mintak Mummy makanan tak berkhasiat ni. Ecehhh... Salahkan baby pulak. Hahaha...

One thing aku notice kan.. Eusoff memang tak suka jajan. Haritu ada sekali aku craving gila2 so aku makan jajan senyap2, sorok2 sebab taknak Eusoff nampak. Bukan kedekut ye.. Tapi mmg aku kalau boleh tak nak bagi. Aku tau kot makanan ni tak elok untuk budak2.

Taaaaappppiiii....terkantoi la pulakkkkk. Hehehe.. Aku makan dalam bilik, xsedar dia masuk bilik. Tengok aku makan, confirm2 lah dia mintak. Aku bagi la seketul kecik je jajan tu. Dia makan. Pastu kejap lagi dia masuk bilik lagi. Aku ingat dia nak lagi. Rupa2nya dia masuk sebab nak mintak air. Gaknye nak hilangkan rasa jajan dalam mulut. Hehehe..

Kali kedua aku makan jajan depan dia, mintak pun tak. Dia buat bodo jek. Main cam biasa. Aku memang makan dengan tenang. Hehehe.. Gaknya Eusoff pun pelik. Apehal mak aku suka makan makanan yang rasa pelik ni. Hahahaha..

So far aku mmg bersyukur gila Eusoff tak suka junk food. Maybe sebab dari kecik aku mmg xpernah bagi dan aku tak suka orang bagi kat anak aku. Aku kan..xfaham kenapa ada certain2 orang tak faham kalau kita dah cakap tak payah bagi anak kita makanan/minuman tu.

Macam masa beraya haritu.. Aku kenal anak aku. Dia memang takkan minum air gas or air2 yg manis sangat. Pegi beraya, orang hidang air gas. Kita tetamu takkan nak banyak songeh.. ye tak?? Tapi aku dah cakap takpe, Eusoff tak payah, Eusoff tak minum air tu. Ehhhhhh..degil ya ampunnnn. Nak jugak sua kat anak aku air tu. "Dia nak air niii.. Takpelah. Bagila dia rasa sikit..". Hambik kauuuu.. minum sikit terus Eusoff sembur air tu. Nak salahkan Eusoff jugak ke kalau macam tu??? Tolonglah percayakan aku. Bukan aku kedekut nak bagi anak. Tapi dah memang anak aku takkan makan/minum. Aku tau laaaaaaa... -_-'

Btw... Eusoff dah mula memasuki fasa tak nak makan nasi.. Dulu kalau nasi lemak ke nasi ayam ke nasi goreng ke.. dia suka jugak. Sekarang ni apa2 nasi pun tak nak. Tapi nasi je la. Mee, mihun, spageti, ramen..ok jek dia bedal. Hahaha... Apesal orang tak nak caya kalau aku cakap Eusoff tak nak nasi? Aku mak dia. Aku tau laaaaa...

Eh. Haritu aku masak beef ramen. Jadi la jugak walaupun bahan2 tak cukup. Yang paling best Eusoff makan banyak jugak. Saje aku buat tak pedas. Nampaknya dia suka. So weekend ni nak buat lagi sebab last weekend Mr H tak merasa sebab dia pegi ride ke Jelebu. Hihi.. Baru sekarang aku faham perasaaan mak2. Rasa best masak benda2 baru yang kita tak sangka anak/suami akan suka...kan?? :)

P/S : Nanti kalau rajin aku share resipi beef ramen tu eh. Tapi resipi ni aku modified sikit. Sebab resipi yg aku jumpa mostly guna sake, wine, pork, etc..  Ni resipi ramen betul2. Bukan guna mee instant macam maggie tu. Serius berkhasiat.. Ramen yang aku beli ni halal. (Sebab ada yang tanya aku halal ke ramen tu). No worries. Ni la ramen yang aku guna :


Dapatkan di kedai2 berhampiran. Hehehehe....

Countings...

Daisypath Anniversary tickers