Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, November 29, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'




1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.

2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.

4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'.

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.

6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)

7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^)

8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan.

9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda.


10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 20 NOVEMBER 2011 (TERTAKLUK KEPADA SAIZ BAJU, KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH OUTDOOR FOTOGRAFI).

11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI INI SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..KOMEN YANG AWAL DARI TARIKH 20 NOVEMBER 2010 TIDAK AKAN DI LAYAN.InsyaAllah saya dan para juri akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan. Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 20 DISEMBER 2010 sebelum 12 malam.HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:


TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
                                     Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
                                     Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
                                     2 Jam Outdoor Fotografi
                                     Photobook Album
                                     DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil

TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
                                 Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)



TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)
 
 
*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
                                                                     pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE
                                                                    
                                                                     dan
 
                                                                     20% DISKAUN ke atas
                                                                     pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK
                                                                     
 
**Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadiah , transportation, atau accomodation). Tiada transportation charge unutk kawasan Kuala Lumpur bagi hadiah outdoor fotografi, bagi kawasan luar Kuala Lumpur, akan di kenakan caj tambahan. Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.Ada soalan? tanya dalam komen saya ye =) atau message dalam facebook.
 
 
Warmest Regards & Best Wishes from Dina Halim Team Members!


Tak Semanis Cinderella, Tak Seindah Puteri...


Hari ini aku terbaca entri dari Dina Halim Bridal Boutique. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menceritakan kisah kami. Bukan sekadar untuk masuk contest tapi juga sebagai kenangan kisah cinta kami...Mungkin ramai gadis-gadis di luar sana mengimpikan kisah cinta semanis Cinderella, seindah puteri atau pun seagung Romeo & Juliet. Aku pun tak terkecuali. Angan-angan untuk dapatkan cinta sejati tu memang lumrah ada dalam diri..

Angan-anganku..inginkan majlis perkahwinan bagai puteri. Diraikan dengan penuh kasih sayang sambil kaki melangkah menuju singgahsana bersama Sang Putera. Mungkin gambar dari Dina Halim Bridal Boutique ini yang paling sesuai untuk gambarkan perkahwinan idaman hati.



Tapi bila usia bertambah, kematangan mula hadir. Aku sedar aku bukan puteri. Dan misi mencari Putera tu terkubur dalam diri. Tapi...


13 Julai 2004
Aku baru seminggu mendaftar di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam dalam jurusan Diploma Perakaunan. Teman sebilikku, Dayah, seorang yang sungguh unik. Kelakar dan gila-gila. Seorang lagi, Syara, unik dalam cara sendiri. Kedua-dua teman bilik ni tua 2 tahun dari aku.Tapi aku senang berkawan dengan mereka.Juga kawan-kawan mereka.

Hari ni Dayah minta tolong aku temankan dia jumpa kawan sekelasnya. Tak jauh. Cuma di Dataran Cendikia, tempat makan juga tempat pelajar-pelajar berkumpul. Mulanya aku malas sangat. Bilik kami di tingkat 5. Kalau nak turun, berjalan kaki ke Dataran Cendikia dan kembali ke bilik...Aduh!!Boleh kurus di buatnya! Tapi mengenangkan Dayah, aku temankan juga. Aku sarung sweater dan terus turun. Malas nak bersiap-siap. Bukan nak jumpa pakwe pun..

Setibanya di sana, 3 orang jejaka menanti. "Alamak. Dayah tak beritau pun ramai-ramai ni..". Dayah kenalkan kawan sekelasnya, Muzaffar. Dalam hati aku, "Boleh tahan gak mamat ni. Amik jadi abang angkat pn ok gak. Mane tau ade can nanti..". Aku masih ingat, baju baby blue dan seorang mamat yang aku rasa sungguh jambu!

14 Julai 2004
Salam perkenalan di hulurkan. No telefonku diminta melalui Dayah. Aku iya kan saja...
Malamnya 1 SMS diterima. Si Dia!!Aku sungguh tak percaya. Sungguh berani kataku dalam hati..


15 Julai 2004
SMS di terima lagi. Isi nya biasa-biasa saja. Esok hari lahir teman baiknya. Kebetulan, esok pun hari lahir adik kesayangan ku. Gurauan menjadi mainan kami. Tiba-tiba tepat jam 11.50 malam 1 SMS kuterima. Katanya mau aku jadi "temannya". Aku sangkakan cuma gurauan. "OK". Itu saja balasan ku. Malas nak melayan gurauan dia yang tak tentu.

17 Julai 2004
Nada-nada SMS kami dah bertukar. Aku keliru. Aku cuba bertanya. Rupa-rupanya aku dah jadi "temannya" tanpa aku sedar!

19 Julai 2004
Kali pertama keluar berjumpa. Di temani Dayah dan juga temannya. Aku keliru!

Begitulah permulaan kami. Tak ada yang istimewa. Tak ada yang boleh di banggakan. Tak semanis Cinderella. Tak seindah puteri. Tak seagung Romeo & Juliet. Kawan-kawan semua tak percaya! Kata mereka kami takkan bertahan lama!

6 tahun berlalu...
Aku telah kenal hati budinya. Dia seorang yang pemalu. Sungguh unik di mataku. Mungkin pada mereka dia biasa-biasa saja. Tapi bagiku dia sungguh istimewa! Seorang pelindung yang aku nanti-nantikan, seorang penenang hatiku yang selalu tak keruan, seorang pembimbing bagi aku yang terkapai-kapai. Setelah ibu tersayang pergi, aku sangkakan tak ada lagi yang boleh masuk ke dalam hati. Rupa-rupanya aku silap. Allah lebih berkuasa dari segala-galanya. Di ambilNya seluruh hatiku semasa ibu pergi tapi diganti dengan hati lain yang cukup ikhlas melindungi. Aku mula kenal kembali makna senyuman bila dia hadir dalam hati.

Walaupun bercinta tapi kami masih kejar cita-cita. Buktinya kami berjaya meraikan hari gembira sewaktu konvokesyen kami bersama keluarga masing-masing. Syukur Alhamdulillah. Dengan ijazah yang ada bolehlah kami sama-sama mulakan hidup berdikari. Gambar di bawah ini merupakan kenangan hari bersejarah kami.



6 tahun kami saling memahami hati masing-masing. Aku akui dia memang berani. 2 tahun menyulam cinta jarak jauh, tiba-tiba dia suarakan hasrat hati untuk menyunting aku sebagai isteri. Lebih aku tak percaya lagi, dia ungkapkan pada ayahku sendiri!Dia memang berani...

Tanggal 11 Disember 2010 ini kami akan mengikat janji. Awal permulaan sebelum bergelar suami isteri. Tak ada majlis pertunangan meriah mahupun pelamin penyeri. Aku terima kerana semua itu bagiku tak bererti. Semoga impian kami untuk sah menjadi suami isteri pada 11 November 2011 (bersamaan tarikh hari lahir arwah ibuku) nanti akan tercapai dan di berkati. Yang aku mahu cuma seorang lelaki. Dia. Yang berjaya memukau aku "Dari Mata Jatuh Ke Hati"!

6 comments:

  1. hye..smoga berjaya..i join contest ni gak..jom exchange link..:)

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya singgah menjenguk entri ini. Semoga berjaya dalam peraduan ini.

    :)

    ReplyDelete
  3. :) ringkas & menarik, tapi akak rasa macam tak puas baca cerita awak..anyway, goodluck ye.

    ReplyDelete
  4. tq kak nad... =)
    xpuas ke?kisah cinta saya biase2 je..
    xsemanis cinderella,xseindah puteri..

    insyaallah lain kali saye ceritakan lg..hehe
    neway tqvm sbb sudi jenguk blog nie.. =D

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers