Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, February 09, 2012

Krabi....Our Story Part 2

*Kalau korang nak baca Part 1 boleh click sini*

KRABI DAY 2 (28/01/2012)

Pagi2 kitorg pegi breakfast (FYI accommodation kitorg sekali with breakfast). Lepas breakfast rilek2 kat bilik kejap. Lepas tu perasaan membuak2 nak pegi swimming kt swimming pool resort ni. Ajak Mr Hubbee swim sama2 tapi dia tanak plak (tak reti swimming sebenarnye.keh3) so dia just temankan kat tepi je.. Gambar swimming pool tu Mr Hubbee tak upload kt FB lak. Nanti da ade aku tepek kat sini. Cantik jugak view die...

Dah puas swimming kitorg pun  balik bilik then bersiap2 utk pegi lunch. Kitorg try la konon2 makan Indian Food. Mahal sket dari kedai mamak kat Malaysia ni. Tapi kari dia mmg sedap. Pure Indian curry. Tapi yg aku xle belah tu...aku order air Vanilla Tea with Milk. Sekali yg sampai air teh vanila + milk + rasa halia gila2! Perrgghhh...tobat tanak air tu lagi. Hehe..Pas makan balik bilik then bersiap2 utk Krabi City Tour.

Our tourist guide jemput kat hotel pukul 12.45 (waktu Thailand) naik 1 van besar. ingatkan ada tourist lain. Turns out kitorg 2org je. 1st place yg kitorg pegi adalah Tiger Cave. Melawat2 gua. Tak pernah2 aku & Mr Hubbee pegi dating kat gua. Heheh...


 Tangga-tangga menuju kejayaan. Eh. Salah. Ke gua...gila mengah kot daki tangga nih!

Bini sape la yg gemok sgt nih!!!Aaaaaarrrgghhhhh!!!!! (Takleh terima kenyataan.hahahahah)



Hutan menuju ke gua.... Nasib baik aku & Mr Hubbee pakai kasut masa pegi tour ni. Kalau pakai selipar kan naya je nak panjat tangga, redah hutan,masuk gua....

Actually kat sini banyak patung Buddha. Macam2 jenis,bentuk...tapi aku xbagi Mr Hubbee snap gambar patung tu. Takut hantu dia ikut kitorg balik..boleh gitu?Kehkehkeh.... ;p

Lepas tu kitorg dibawak ke Tesco Lotus. Aku rasa ni la tempat shopping paling besar dan paling latest kat Krabi. Tapi takde la besar sangat. Besar Tesco Extra kat M'sia je..Kitorg pun takde la nak shopping sangat. Mr Hubbee beli spek and aku sempat le beli blusher kat sini. (Takde kaitan langsung. hehe...) . Mr Hubbee try meatballs kat sini (pastinya yg halal). Pastu kitorg just jalan2 pusing Krabi naik van..tgk2 bandar Krabi. Bandar dia kecik je sebenarnya..

Aku xtau sign apa ni. Snap dari dalam van yg bergerak. Rasa cam cantik sign ni. Hehe..

Then kitorg dibawak melawat Sungai Krabi...tourist guide tu tanya kitorg tau x kenapa tempat ni dinamakan Krabi. Kitorg jawabla tak tau. Pasti dia cakap jawapannya ada kat Sungai Krabi ni. Rupa2nya dia just nak cakap pasal patung ketam besar kat sungai ni. Ceh! (Betul ke Krabi = Crab??) Aku tak tau le nak caye tourist guide tu ke tak. Dia buat lawak ke die tipu aku je sebenarnye?? Hehehe... (Takde plak gambar patung crab tu. Nanti la tepek kat sini...)


Pemandangan Sungai Krabi


Lastly kitorg dibawak ke kedai souvenir kat Bandar Krabi. Oleh sebab souvenir lain boleh beli kt Ban Ao Nang je so kitorg opt utk beli makanan2 halal yg xde kt Ban Ao Nang utk bagi kt family. Antara yg kitorg beli adalah kerepek ikan salmon. Sampai arini aku tak try lagi. Ade lg kat umah. Hehehe... Kitorg sampai balik kat bilik dlm pukul 4.45pm (Thailand).

Sampai je bilik kitorg terus tukar uniform. Kat sini uniform official kitorg adalah t-shirt dan seluar pendek. Kira OK lagi la kot. Foreigner2 kat sini mostly pakai mini dress atau pun bikini je jalan2 kat sini. Aku yg mcm ni pun da terasa mcm sopan sgt.Keh3....Kat sini korg boleh tgk foreigner separuh bogel kat mana2. Baik gadis2, mamat2 hensem sampai la ke tahap nenek2,atuk2. Gila pakai bikin je weyh!!Kalau body hot sedapla ko tgk. Kalau yg da tua ganyut tu seksa beb mata!!Hahahahaha.... ;D

Misi seterusnya adalah cari tempat makan,hunting souvenir dan nak cari pakej island hopping/snorkeling!! To be continued lagiiiiiiiiii.............. (Jgn marah k? Hihi...)

4 comments:

  1. hehehe...good luck dear!krabi mmg best!! :)

    ReplyDelete
  2. :) best. ok2. tunggu next entry. hik3

    ReplyDelete
  3. Woww!!! nice trip. If you can’t decide for your next trip…Phuket is the best choice for you!!

    And if you are looking for hotel in phuket for your holiday. Surin Beach Hotel will be the best choice for you too.

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers