Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, April 24, 2012

Pregnant and ***ing it!

Kembali bersiaran setelah beberapa lama. Cewah!!Ku'busy'an melampau membuatkan aku malas teruk nak menaip. Tapi tetibe harini rajin pulak. Mungkin sebab training yang sepatutnya 2 hari dah dipendekkan jadi 1.5 hari. Maka petang ini aku free lah sikit. Hehe...

Berbalik kepada tajuk di atas...korg boleh isikan tempat kosong utk title tu. Lantak korang lah nak teka ape pun sebab aku sendiri tak tau apa perkataan yang sesuai utk tempat kosong tu. Yes. As you all know, I'm pregnant. Almost 9-10 weeks now.

Pregnancy setiap org berbeza maka apa pun yang aku catat ni korang jgnlah jadikan panduan pulak. apa yang aku taip adalah apa yang aku lalui. My journey. Korg punya journey mungkin berbeza dari aku. Currently I'm typing with throbbing headache that is constantly consuming my energy. Meh sini aku ceritakan apa yang best & apa yang xbest during pregnancy aku nih ('aku' ok.bukan org lain.org lain aku tak tau).


BEST
1. Selera makan aku SANGAT SANGAT mencanak naik. Aku boleh breakfast 2 kali harini. Lunch nasi. Pastu makan buah2an. Ni perut aku da lapar balik. Malam aku boleh confirm aku akan makan sesuatu yg berat macam nasi, mee or burger (ikut tekak aku nak makan apa). Berat aku da naik 4kg! Gila kau! Berat aku lagi 3kg da nak sama dengan berat masa aku gemuk dulu!OK. Sila jangan contohi tabiat makan aku ini....

2. Aku takde morning sickness. Muntah2? Sangat jarang! Aku boleh kira dengan jari bape kali aku muntah sepanjang 9-10 weeks ni. Pagi2 standardlah perut tak bape sedap. Tapi lepas menghadap breakfast semua rasa tu akan hilang!Keh3...Breakfast penting ye puan2. Utk diri sendiri dan utk baby. (Mungkin sebab tu lah aku bfast 2x arini. Sekali utk aku, sekali utk baby.Keh3...)

3. Aku masih larat dan bertenaga setiap hari. Cuma bila balik keje tu aku akan melingkar atas sofa depan tv. Kdg2 tertido. Takde lah penat sangat. Mungkin hormon kot. Hormon MALAS. Hehehehehe....

4. Bila mengandung kau akan rasa suami kau adalah lelaki paling penyayang dalam dunia ni. As a LDM couple, sebelum ni kitorg akan gilir2. Minggu ni dia ke JB, next week aku ke KL, and so on.. Tapi sejak preggy ni every week dia akan dtg sini so I don't have to travel to KL. aku merengek nak gi KL nak shopping & lepak dgn member2 next month, mula2 Mr Hubbee bising xbagi. Last2 dia bagi cdgn hari Jumaat dia dtg JB naik bas, Sabtu pagi drive kete gi KL, ahad petang drive balik JB, tgh malam dia naik bas balik KL. OK. Tiba2 aku rasa aku sangat kejam.

5. Bila kau mengandung anak first, dan anak first kau adalah cucu first utk mak bapak kau...maka kau akan dimanjakan dengan cara melampau2 (kadang2). Sebut aje nak makan apa mesti kau dapat walaupun bukannya kau mengidam. Weekend lepas aku cakap nak makan ketam blackpepper kat Senibong (siap spesifik kedai mana lagi.hehehe). Akhirnya aku sorg2 melantak ketam blackpepper berharga RM35. Tu baru ketam. Belum udang butter, tomyam, dll. Mak bapak kau pun akan belikan ape yang kau nak makan. Petang aku kuarkan ayat "Eh, pisang kat umah da abis lah!". Malam dengan tiba2 dan magiknya bapak kau bawak balik pisang sesikat. Sila jangan tanya bapak kau apa2. Lantakkan saje pisang tu. Hehehehe...

6. Aku BELUM mengidam lagi. Keh3....Aku rasa aku nak mengidam makanan yg best2 lah!Confirm dapat! Hehehehe...Sila jgn contohi aku.


TAK BEST
1. Bila kau sakit, kau tak boleh suka2 telan pil macam sebelum2 ni. Sekarang ni aku tgh sakit kepala. Tapi cuma mampu bertahan & berdoa lepas tido balik keje ni sakit tu akan hilang...Satu2nya cara hidup aku adalah berdoa setiap hari supaya tak sakit apa2. Sebabnya? Kau akan rasa sangat sakit hati dan nak lempang doctor yang kau jumpa bila sakit dan dia boleh jawab basically bermaksud.. "Just suck it up!". Kau ingat aku suka2 nak sakit ke hah?!

2. Kau bukan hidup utk diri kau sorang je. There's a life inside you. Aku adalah seorang yang independent. Aku suka buat sesuka hati. Lepas tau kau pregnant...Say goodbye to sweet life. No more high heels, no more labour work, no more hanging out with friends,no more driving to anywhere,anytime,no more long journey,etc.. Even apa yang kau makan pun bukan utk diri kau sendiri.

3. Aku sangat suka travel. Dan aku sangat suka aktiviti2 macam naik rollercoaster, going to gym, holiday...Tapi aku tak dapat buat tu semua lagi sekarang. Dan aku tak sure dah ada baby nanti macammana keadaannya. Plan aku nak pegi holiday next month. Nampak gayanya kena lupakan je la......

4. Kau akan rasa sangat2 annoyed bila baju2 dan seluar kau mula tak muat. No baby bump yet tapi everything seems to be smaller. Even you bra seems smaller. Sakit hati bila semua yang kau suka pakai mula nampak ketat. Memanglah boleh beli baru tapi utk berapa lama??Dan kau akan rasa sgt2 low self-esteem bila kau pakai baju biasa tapi perut kau nampak macam perempuan buncit. Ayat Mr Hubbee adalah... "biase la tu. kan pregnant". aku rasa nak sepak aje. Sebab aku rasa ayat orang yang tgk perut aku adalah... "Ish..Gila buncit perempuan tu!". Kau rasa ada ke org nak expect kau pregnant bila tgk muka & pakaian kau & laki kau macam budak umur 18tahun??

5. Soalan yang aku terima dah 2x bila pegi jumpa doctor (sekali sbb check-up, sekali sebab sakit).... "Dah nikah? Bila tarikh nikah?". Kau ingat aku mengandung luar nikah ke? Takkan la aku dengan bangga cakap aku pregnant kalau macam tu?

6. Mood swing. Yes. No further explaination required.

7. Telinga aku berdarah. Sekali hari Selasa last week. Kali kedua Jumaat lepas. Hidung berdarah aku xheran. Telinga berdarah akan buat kau cuak ok? Aku ada gambar cotton buds yang aku guna utk serap darah2 tu tapi aku rasa sangat jijik utk letak kat sini. Hehehe....Last 2 weeks mmg minggu yang sangat3 busy.Aku rasa aku sacrifice badan aku utk keje. Dan badan aku respond dengan cara yang sangat gross & scary. Dulu tak pregnant mungkin badan aku mampu tanggung lagi. Sekarang ni aku redha je la kena marah dengan bos punnnnnnn..... Huhu.... My baby is more important than my work. Huuuu....


P/S:
Esok ada dinner company. Malas sungguh aku nak attend. Dala kena ikut tema warna bagai. Aku mula2 plan nak pakai baju nikah kaler putih je. Sekali pinggang dengan perut da tak muat la pulak!Akhirnya aku decide pakai baju hantaran je lah. Lantak la tak ikut tema pun. Pedulik hapa aku!Malas nak beli. Tak dan aku nak pakai perut da besar nanti. Rugi! Dan aku sangatlah pemalas nak bermekap bagai. Pegi keje pun aku pakai bedak baby je ok??Adehhh...Ade sape2 nak mekapkan aku secara percuma tak esok??Hehehehehe....

10 comments:

  1. hehe congrats amalina, i baru tahu hihi.take extra care okkkkk.

    ReplyDelete
  2. congrats dear! me, masa awal2 dulu memang sakit kepala sangat2. doc ada bagi ubat, tp lupa nama ubat tu. neway, panadol bley makan. yg biasa tu, not actifast

    ReplyDelete
  3. Cik Zimie : tq dear...mmg la baru tau.preggy nye pun baru lagi.hehe.. ;)

    veesakura : yeke?i jarang makan panadol sebab kalau kena migrain tu makan ponstant je. but ubat 2 pregnant woman xle makan. tu yg tahankan je...ok2.nnt try cek kat doctor.thanks... :)

    ReplyDelete
  4. fuhhh...mmg kuat tol mummy ni...
    hihihihi...

    ReplyDelete
  5. selamat la ko mcm aku...xemuntah2 sgt kn? selera makan mencanak2! yes! aku sukaaa...hahaha..bole lah gi holiday a.k.a babymoon..tunggu ko 4-6 bln..mmg best gile time tuuu..ko rase smgt/sehat/segar gile..len dgn mase 1st trimester...tp towards the end, 3rd trimester,akn berbalik mcm 1st trimester...jln pun dah mengah, hormon mls berganda.yela, perot dah max kn..hahah..have a nice pregnancy journey dear...ni lah pengalaman manis mnjadi ibu...have fun!! jgn stres2..xelok...

    ReplyDelete
  6. beb..i kne hyperemesis for 1st 4 months!!!xboleh bgn lgsg coz shari i muntah 30-40x...sampai masuk hospital amik drip..mase tu i rase life i disaster..i sdeh gile coz org lain pregnant xsteruk i...i truk gile...every 2-3 days gi hospital amik drip...
    i xleh buat ape2..bygkan...i hanye mampu terbaring je...nak jalan pon xboleh...hanye Allah yg maha mengetahui...
    nak masuk 5 months..baru i bleh gi keje...tu pon xleh jalan byk coz i still xkuat...masuk 6 months...i muntah balik...truk jugak dlm 10x shari gak mcmtu...makan sume dah xlalu gak...
    next week I'Allah i nak masuk 7 months..i hope i cepat2 baik drp all this..bdn dah xlarat..org xphm..sgt2 sedeh bile ade kwn or colleagues yg xmemahami keadaan kite yg sakit ni..ade ke org sengaje nak sakitkan diri?
    Smoga Allah permudahkan perjalanan kite sume I'Allah :)

    ReplyDelete
  7. yg i tau panadol mmg boleh. tapi, jgn la slalu amek. but if u consult doc, lagi bagus la. bley dia bg ubat yg lagi sesuai. semoga cepat smebuh. aminnnn

    ReplyDelete
  8. Gadis : takde la kuat mane..kuat2kan diri je..hehe.. :)

    malynd_anggun : babymoon?takde makne babe.muz nak simpan aku kt umah.takut aku pecah.keh3..siap cakap raya nanti xpayah pegi mana2. gila ape.aku nak beraya okyeh??hehhe..mmg la stress xelok tapi xle elak dah.tgh cuba xstress r ni.hehe..

    Nadya Zahid : tu la..i ade baca psl ur pregnancy tu.seram jugak.alhamdulillah la i xde ape2 sgt.xpe la.hope u & babies sihat2 je..k?and congratz on the twins!!seronoknya d[t twins!! :)

    veesakura : oh yeke..i tkt nak mkn apa2 pn so tahan je sakit tu.takpelah.weekend ni i pegi check-up nnt tanya doctor skali ubat apa yg boleh mkn. better safe than sorry.but thanks for the advice!really appreciate it! (^_^)

    ReplyDelete
  9. dearie! congratssssss. heeeeeeeeeeeee. baru perasan! same2 mommy to be ye..

    ReplyDelete
  10. tq intan!! yup.mummt to be..tp lambat lg.baby u kuar dulu.hehe..:)

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers