Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, May 03, 2012

Eerie feelings...

Dah balik dari melawat arwah Emyliana. Tak sanggup dengar cerita Aznie, yg sama2 accident tu meraung2 mintak maaf. Tunggu jenazah arwah sampai ke Pontian, kami sempat lunch & solat dulu. Alhamdulillah cuaca baik. Ramai teman2 sekerja yg dtg menziarah... Ofis kami kosong macam semua orang berkabung. Ok. Memang kami semua berkabung. There's an eerie feelings and everybody seems to share a little sadness although we smile to each other...

Dalam perjalanan ke Pontian aku & 4 org teman sekerja berbual tentang arwah. Ya Allah...rasanya macam baru semalam dia gelak2kan aku masa Dinner.Rasanya macam baru tadi terserempak dengan dia menuju ke kaunter...

Aku rasa aku sorg yg 'kental'. Hati aku mmg keras. Dan aku memang degil. Dari pagi aku dgr cerita kejadian yg menimpa arwah, aku ok je. Sampai rumah keluarga arwah, aku ok je. Even kawan2 lain da menangis aku masih boleh tahan. Bila tengok wajah arwah, hati mmg sayu tapi aku redha. Pada aku, ajal arwah da sampai..

Tapi bila aku dengar anak bongsu arwah yg xsampai setahun menangis2 nak ikut jenazah mak dia...Serious aku tak boleh tahan!Aku yg da 14 tahun masa mak aku meninggal pun terasa2 sampai sekarang. Alahai...aku rasa sampai 2-3 hari pun aku akan terbayang2 lagi suara anak dia tu... Sedihh!! :'(

P/S : Mungkin ayat ni sekadar emosi tapi tiba2 aku takut nak ada anak. Sebab aku takut kalau aku 'pergi' terlalu awal...macammana dengan anak aku? Aku dah rasa sakitnya takde mak. Hanya org yg lalui je yg faham. Aku tanak anak aku lalui perkara yg sama. Ya Allah..Aku tau aku tak patut fikir macam ni. Aku tau rezeki, jodoh & ajal maut tu di tangan Allah. Tapi utk beberapa hari ni.. Biarlah aku layan emosi aku yg xstabil ni... :'(

Al- Fatihah utk arwah.... Aku dah maafkan salah silap & aku halalkan apa yg terhutang walaupun aku rasa kau takde salah & hutang dengan aku. Aku harap kau pun maafkan salah silap aku & halalkan apa yg aku terhutang..Maaf aku tak sempat mintak maaf dengan kau...

No comments:

Post a Comment

Countings...

Daisypath Anniversary tickers