Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, June 20, 2012

Jangan biadap!

Aku mmg tak paham perangai orang yang nak emo kat ofis. Dah tu nak mengamuk, hempas2 brg or bercakap dgn orang lain dgn nada kurang ajar. Adakah sebab kau ada masalah emosi or bergaduh dgn laki or apa2 je la masalah kau...maka itu justify perbuatan biadap kau tu?

Mungkin aku ni muda dari kau...walaupun aku ni bos kau tapi aku takdelah harap kau sembah dan hormat aku sangat pun. Tapi kalau dengan orang tua dari kau pun kau biadap, itu jelas menunjukkan siapa kau sebenarnya...

Orang lain pun ada masalah. Orang lain pun ada masanya bad mood. Orang lain pun bergaduh dengan laki. Orang lain pun ada tak puas hati. Tapi ini pejabat. Bukan rumah mak bapak kau. Sila hormati orang lain kalau nak orang hormati kau. Kau ingat kalau kau hempas2 barang aku takut dengan kau? Kau pernah tgk aku marah? Tak pernah kan? Jgn sampai aku marah.

Aku masih ketua kau. Jangan sampai aku panas hati... Sila jangan biadap dengan orang tua. Itu pantang aku.

P/S : Budi bahasa tu penting tak kira kat mana dan dengan siapa saja... (^_^)

2 comments:

  1. sabar mommy amalina..hehe
    org camtu mana² tempat pn ada, sampaikan pintu toilet pn nk dihempas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu la.tgh sabar la ni.cuma xsuka tgk org biadap dgn org tua..
      xkisahla org tu staff bawahan ke boss ke...rasa mcm xpatut.geram tgk..

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers