Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan...

Hari ke-3 berpuasa...well. Barulah aku faham kenapa ibu yg hamil dibolehkan berbuka puasa. 2 hari berpuasa aku lembik ok. Sebelum ni (zaman anak dara lah tu) aku mmg tahan lasak. Berpuasa bukan halangan nak bergerak sana sini. Tapi bila dah mengandung ni entah kenapa aku tak larat nak buat apa2..

Kurma dan air suam mmg wajib lah setiap kali sahur & berbuka utk bekalkan tenaga. Tapi mungkin sebab aku dah terbiasa makan setiap 2 jam sekali, bila puasa ni tiba2 bdn macam lemah je.. Masuk pukul 2 baby da bergerak2 dalam perut ni. Mungkin dia lapar kot. Jenuhla nak pujuk baby bersabar sampai waktu berbuka. Sudahnya aku tido je. Harap2 baby tido sekali. Hehehe...

Waktu berbuka aku makan pun ala kadar je. Aku lebih banyak minum air. Dehydrate agaknya..Tapi dalam pukul 10mlm aku makan lagi. Sebab kesiankan baby. Dan sahur itu wajib. Aku asyik cari nasi je la 2 hari ni. Mungkin baby perlukan tenaga lebih puasa2 ni. Hehee....

Puasa pertama sebagai seorang isteri. Dan bakal ibu...Tapi Mr Hubbee tak ada di sisi...Sedih tak??Takdelah...Aku OK je. Hehe...Aku bukan jenis isteri yg meleleh airmata bila 1st puasa suami tak disisi. Cuma terkilan sikit je. Sebab tak dapat siapkan sahur & makanan berbuka utk suami (walaupun dah tentu2lah juadah berbuka tu dari bazar Ramadhan je.Hehehehe). LDM lah katakan....

Prinsip aku begini... Aku takkan pernah minta Mr Hubbee utk pilih antara aku (& baby) dan family dia. Jadi..sebagai isteri Redha itu penting. Dan kebajikan suami. Asalkan dia Redha, aku happy. Aku rasa aku tak perlu susahkan dia utk ulang-alik KL-JB semata utk penuhi tuntutan selfish aku yg nak berbuka bersama suami (konon2nya) walaupun niat tu mestilah ada. Hehehehehe....

Giliran raya tahun ni masih tak dapat diputuskan. Kenapa? Kalau org lain berebut2 nak raya kampung sendiri, kitorg masing2 tolak menolak nak raya kampung pasangan. Kenapa? Sebab masing2 nak jaga hati mertua masing2. Kelakar tak? Hehe... Aku OK je kalau tak sambut raya pertama kt JB. Asalkan sebelum raya Mr Hubbee temankan aku pergi kubur arwah Mak. Itu dah cukup. Oh ye...cakap pasal tu.. Aku nak singgah kubur la minggu ni. Mudah2an sempat! :)

Baru pukul 11 tapi kepala da pening ni... Semalam bangun sahur. Lepas basuh pinggan semua aku naiklah bilik nak tidur balik. Naik je tangga, tak sempat masuk bilik aku dah muntah. Apakah??? Lepas tu kuar balik lah semua yg aku makan sahur tu. Tak larat nak fikir, aku tido je balik. Harini CONFIRM aku lembik!

Baby, bertahan ye harini. Mummy janji mummy pegi cari makanan lazat2 ptg ni. Hehehehee... And daddy janji nak masak utk kite weekend nnt. Boleh percaya kah???Hehehehehe....

Salam Ramadhan to all my blog reader & followers. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu kerberkatan dan kegembiraan utk kita. Dan semoga Ramadhan kali ini jugak mendekatkan lagi kita kepada-Nya.... (^_^)

5 comments:

  1. Salam malin..yana pesan kat baby kena puasa sekali..ehe..so alhamdulillah mampu bertahan walaupun time kol11 n lepas zuhur mulalah tendangan hebat muncul..ngehhh..sahur yana bykkan nasi,mmg xlarat nak telan tapi pk kan baby je telan la slow2.n sayur jgn tgl.air susu + air masa byk2 sgt dekat stgh liter..adehhh..buka,memang mcm apa teguk air,xpenah mcm tu time anak2 dara dulu..hahahaha..sudahnye perot dah penuh ngan air pastu xlarat makan nasik..hahaha..pnjang la plak bebel.niwey chaiyok2 berpuasa.kl xlarat n sampai gelap2 mata n gigil2 buka tau =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah...cuba bertahan lagi harini.mudah2an baby pn leh bertahan sama..
      :)

      Delete
  2. insyallah bole... sy thun lps pose xpnuh sbb muntah2 loya2 sume... mse 2 awal pegnen lg... huuuu.. tp kdg2 btahan gak dr muntah... tido 2 mmg kerap la.. sbb bdn jd letih.. hhuhuhu..

    klu mmg dh xboleh ditahan2 2.. sile lah berbuka... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?bila preggy ni bdn letih je..xtau nape..
      tq dear...insyaallah cuba bertahan lagi harini... :)

      Delete
  3. selamat berpuase dear! gud luck! jgn di paksa sgt kalo xlarat k.. :)

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers