Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, October 09, 2012

Kenapa aku rasa syurga tu mmg patut ada bawah tapak kaki ibu...

Kalau aku ikutkan hati dan setan yang merasuk ni...dah lama aku citekan apa yg berlaku pada aku. Dah lama aku jaja cerita2 hidup aku. Tapi....mungkin akal dan sabar masih ada dalam hati ni. Astaghfirullah....moga2 kesabaran aku terus ada setiap hari...

Bila baca blog2 m2b lain kadang2 aku pun terasa jeles,cemburu,iri hati...Well. Aku pun manusia biasa kan? Aku dah 11tahun tak merasa kasih-sayang, air tgn seorang ibu. Bukannya aku nak cakap Ibu (my stepmom) ni tak baik. Dia baik...tapi tak sama perasaan dgn mak kandung sendiri. Aku tak merasa perhatian seorang Mak pada masa aku mengandung. Aku pun teringin jugak bermanja2,mengada2 dgn mak sendiri nak2 time sakit2 ni. Tapi...aku takde semua tu. Korang2 yg masih ada mak ni patutnya bersyukur tahu??

Bila mengandung ni...aku ade satu level of appreciation baru pada mak2 especially pada arwah mak aku. Aku tak tau la nak kategorikan pregnancy aku ni senang or susah. Mungkin orang nampak macam senang je aku mengandung tapi sakit, perit, susahnya aku je yg lalui...

Sebenarnya aku nak cakap....aku dah faham kenapa syurga tu di bawah tapak kaki ibu. Kadang2 aku mcm nak je bagi laki aku nih merasa rasa mengandung tu. Biar dia paham apesal aku asik soh dia lyn mak dia bebaik. Bukanlah laki aku ni anak derhaka ke ape... but sometimes you tend to take that person for granted when they're always around. Bila dah takde mak macam aku nanti baru ko merasa best ke tak best bila takde mak tahu??

Aku dah faham besarnya pengorbanan mak yg melahirkan. Aku yg belum bersalin ni pun da terasa pengorbanannye... Kalau dulu ade problem aku boleh emo bila2 masa aku nak. Tapi skrg aku ade problem,masalah,dilema yg besar-gila-bahabi pun...aku terpaksa happy2kan diri. Sebab tak nak anak aku ter'effect' same. Bila aku emo-sedih-deppressed-gila, aku boleh rasa anak aku kurang bergerak,tak aktif..kesian kat dia. Makanya aku persetankan sume problem aku.

Aku boleh bayangkan macammana Mak mengandungkan aku dulu. Aku yakin ujian utk dia lebih teruk dari aku. Aku bersyukur dapat Mak sebagai mak aku...Tak kira siapa pun dia, dia tetap mak aku dunia akhirat.

Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dari mggu lepas...hati aku ni sakit sgt3... Sakit yg tak terkata sakitnya bila seseorang cakap mak aku perempuan simpanan. Walaupun aku tau perkara tu tak benar tapi korang boleh bayang tak betapa sakitnya hati aku?? Lebih2 lagi bila ayat tu dikeluarkan oleh seseorang yg sgt2 dekat. I know those words comes out of anger but kemarahan yg dikuasai setan tak justify ayat2 yg keluar dari mulut.

Aku tau dan aku sedar aku bukan org yg kuat agama,bukan alim ulama... tapi apa guna ilmu agama tinggi melangit kalau iman tak sekuat mana?Adakah sume tu for show je?Adakah dengan pegi haji tu kau confirm masuk syurga?

Aku dah sedar sekarang.... Kenapa syurga tu bawah tapak kaki ibu. Dan aku bersyukur sgt2 sebab syurga bawah tapak kaki ibu. Sebab aku tau sejahat mana pun aku dulu, Mak tetap sayangkan aku. Dan kadang2 aku bersyukur sebab Allah amik Mak dulu. Sebab aku takkan sampai hati kalau Mak kena lalui ape yg aku lalui sekarang ni...

Aku rasa bersalah. Bersalah pd Mr Hubbee. Sebab aku bg dia dengar kejadian tu. Sebab aku bg dia tau ape yg berlaku. Aku bg dia dengar thru phone sbb aku takut apa2 jadi pd aku masa tu. Kalau dulu aku tak peduli. Aku tak peduli pasal diri aku. Kalau mati kena pukul pun aku tak kisah. Aku sanggup lawan. Tapi haritu aku takut sgt2. Aku takut apa2 jadi pada perut aku,pada anak aku... Masa tu aku cuma fikir kalau dia buat apa2 pada aku, pd anak aku...aku capai je gunting & toreh perut dia. Sebab aku tau bila dia marah, tak dapat apa yg dia nak...setan tu dah merasuk otak dia, dia akan mengamuk tak sedar diri. Masa tu ilmu agama semua tolak tepi. 

Sekarang aku faham kenapa syurga bawah tapak kaki ibu. Sebab seorang ibu sanggup membunuh utk anak2 dia. Aku tak tahu org lain macammana...tapi aku tau aku sanggup!

Dan sekarang aku rasa bersalah pd Mr Hubbee....sebab dia akan sentiasa risaukan keselamatan aku & baby. Risaukan ape lg yg mungkin terjadi. Risaukan emosi aku. Risaukan kesihatan baby. Risaukan segala2 yg dia xle control kat sini. Bukan niat aku nak buat Mr Hubbee risau, berdendam or kecik hati. Tapi sejak kawin ni antara kitorg mmg takde rahsia. Aku cite setiap perkara. Sisi baik & sisi gelap hidup aku semua suami aku tau...

Jadi....sekarang ni aku dah serik. Cukuplah aku kena macam ni. Da berkali-kali sejak aku hidup dah 25 tahun ni. Aku teruskan hidup macam biasa. Tapi aku dah lali... Korang2 pun janganlah risau. Aku ok je...cuma aku perlu membebel dan aku choose utk membebel kat sini. Hehe... 


"Ya Allah...tempatkanlah Mak di kalangan org2 beriman. Janganlah dia dihukum atas dosa2 yg aku lakukan. Dan berikanlah aku kekuatan dan kesabaran setiap hari... Terima kasih Ya Allah...sebab Kau hadirkan Mohd Muzaffar dalam hidup aku sebagai suami..."


Peace & Out!!
v(^_^)v

3 comments:

  1. sedehnye wehh..sabar ehhh...(xtau nak cakap ape sebenanye..) huhuh..cian ko..

    ReplyDelete
  2. sabar ye , dear .. i faham perasaan u..be strong..setiap kejadian ada hikmahnya.amin

    take care yourself & baby..

    ReplyDelete
  3. be strong amalina!
    wlupn i x tau apa yg u lalui, tp baca je pn dh rasa gugup..
    tabah ok..take care!

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers