Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, October 15, 2012

Takziah & Hari Poligami Sedunia..

First of all....kita mulakan pagi ni dengan Al-Fatihah untuk anak my ex-colleague. Takziah untuk Kak Lin & family. Semoga arwah Halif Hariz tenang di sana. Allah lebih sayangkan arwah...  :(


Petikan Berita Dari Harian Metro Online :

KUALA LUMPUR – Seorang budak lelaki berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.50 petang itu berlaku ketika Halif Hariz Khairil Anuar menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.

“Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. – Bernama



Adooiiii....sedih betul aku dgr berita ni. Aku ingat lagi 2 tahun lepas masa Kak Lin tgh memboyot mengandungkan Halif. Tak sangka betul anak kecik yg diusung dalam perut ke sana ke mari pergi secepat tu... 

Aku tak dapat pergi menziarah jadi aku wakilkan Mr Hubbee je la. Kawan-kawan...tolong doakan arwah ye. Dan doakan jugak Kak Lin & family kuat & tabah menghadapi dugaan ni. Sebagai peringatan utk kita m2b & mummy2 lain di luar sana...Sentiasa pastikan anak kecik ada depan mata. Sebab malang tak berbau. Kalau nak salahkan parents, aku tak rasa tak adil utk Kak Lin&suami. Kita tak tau apa yg sebenarnya berlaku masa tu kan? Mungkin jugak kejadian tu berlaku sekelip mata sampai dia xsempat buat apa2... Adoiii....sedih betul.... Al-Fatihah untuk arwah... :'(

---------------------------------------------------------------------------------

Next aku nak membebel sikit pasal Hari Poligami Sedunia yg tgh kecoh harini kat HotFM. Aku cuma nak cakap yg perempuan tu BODOH. Takde sign isteri pertama pun kau boleh kawin lah bodoh. Nampak sgt jantan tu saje nak gantung kau sampai 2 tahun. Terserlah kebodohan kau di situ..

Dan...kalau kau bukan yg pertama, ape yg buat kau yakin kau adalah yg terakhir?? Aku cakap dari pengalaman hidup. Takde maknanya janji2 lelaki ni selagi dia tak mampu buktikan. Dan kau wahai perempuan, tak perlu bangga kalau lelaki tu pilih kau. Sebab dah terbukti lelaki tu boleh dua kan isteri yg dia dah kahwini. Apatah lagi kau yg belum confirm pun jadi bini..

Ini adalah contoh perempuan2 BODOH. Kau sangka kau berjaya,hot,hebat sebab dapat tawan hati suami orang? TAK. Bukan kau yg hebat. Lelaki tu yg hebat. Sebab berjaya gantung kau 2 tahun dalam masa yg sama berbahagia dgn isteri dia. Hebat tak dia??

Dan utk lelaki tersebut....bila perkara yg sama berlaku pada mak,adik-beradik or even better...pada anak2 kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Dan perempuan....sekali lagi aku nak cakap... KAU BODOH!!

12 comments:

  1. takziah utk kwn u,bru lps baca harian metro td..

    *dgr jugak masa perempuan tu call pagi td, gile rasa bodoh tahap apa tah..memang layak yg no.1 xnk sign, belum jd madu dh siap mengutuk yg no.1 alahaiii pendek betol akal dia bikin org menyampah! klu betol² laki tu nk dh lama bwk ko g kawen kt siam oii drpd gantung 2thn..aduhh! emo plak..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?pg2 dgr radio da buat org emo...Even DJ lelaki pun rasa perempuan tu unbelievable.hehehe...biase la.sejak jadi bini org ni bab2 poligami ni sensitive sket.haha ;p

      Delete
  2. Takziah kak lin...moga dtemptkn ank kech itu dsyuga dan dpt mbwa ibu ayh nya dsana.amin

    dan tuk perm tu mmg bodoh kn.ramai perm yg tau bkn haknya tp nk gak amk..pastu budget hot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin~

      Haha...2 la.ni cara2 perempuan yg rasa dia hot sbb berjaya dpt laki org.laki sendiri kena kebas satu hari nnt baru pdn muka.hehehe *emo lebih*

      Delete
  3. al fatihah...sedeh dgr cite ni...

    em..pasal tajuk kat hot fm aku xdgr pg td..tp aku nak ckp jugak la..perempuan tuh mmg BODOH gak!! ahahha...(sensitive gak bab poligami ni..heheh)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?peringatan utk kite yg ade anak2 kecik ni.sedih dgr...huhu :'(

      psl pmpuan tu...ko try la dgr bila2.seyes sentap okeyh?dgn nada suara dia lg..mmg bikin pns hati weyh...bila aku post kt fb yg lelaki2 ni boleh pulak ngate aku.mmg la emo weyh.gila x emo kalau laki ko ade affair dgn pmpuan camtu??

      Delete
  4. tahziah utk family adik halif.

    pehh..marah tol makyong sorg ni..haha
    susah kan kl ada org mcm tu yg dah terang2 nyusahkan hidup org pastu bajet hot bajet nak tunggu sampai mati la konon..haha..nak emo gak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...haruslah emosi ni yana...
      gila tak malu betul.dala rampas hak org.dgn bangga soh ceraikan 1st wife lak tu.adehhh....nasib xjumpe org camni in real life.mmg wajib ditampar aje.hahahha... ;p

      Delete
  5. al-fatihah dan takziah ntk keluarga family..YA ALLAH sedih sungguh kalo org dengar cerita pasal bby kena hempap tv ni...anak kawan baru kelmarin kena hempap tv, umur x sampai 2 tahun...doktor kata kemungkinan bakal lumpuh separuh badan seumur hidup..sedih sgt walaupun bukan anak kite...:'(

    bab2 poligami ni xleh buat main, kite bini2 jek tau btape sentap nye hati..bukan takat bodoh jek, kalau boleh segala carutan lain pon den rasa nk bagi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke dear??ya allah..kesiannya bdk kck mcm 2 apelah yg dia tahu.bkn anak sendiri pn da sedih mendengarnya.semoga parents dia kuat.. :'(

      Psl poligami 2 rs nak mencarut pn ade.sedap betul dgr ayat2 perempuan tu kan?hehe..

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers