Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, June 13, 2013

Cukup

Dah lama aku tak update blog ni. Busy? Mungkin. Tapi kadang-kadang aku sendiri yang pilih untuk tak keluarkan cerita.. Apa yang aku nak cerita? Bahagia aku? Hidup aku? Buah hati pengarang jantung aku?

Aku bahagia. Mungkin bahagia aku tak sebesar bahagia kamu. Tapi aku bahagia. Hidup? Semuanya cukup. Asal ada bertiga kami cukup. Tak mewah tapi cukup. Buah hati pengarang jantung aku AKA Muhammad Eusoff bam-bam itu? Alhamdulillah. Membesar dengan sihat, normal, ceria. Takde lebih. Takde kurang.

Bila baca blog2 lain kadang2 aku jadi rendah diri. Sebab aku bukan superwoman. Aku tak mampu jadi seperti mereka. Aku hanya mampu jadi aku yang terbaik utk aku. Kadang2 aku rasa betapa hebatnya mereka. Ada yang sanggup tinggalkan kerjaya demi anak dan keluarga. Aku? Jujur aku mengaku yang aku takkan mampu tinggalkan kerja aku. Financial aside, I need the sanity. Going to work keep my sanity. I need the solitary time for me. Don´t get me wrong. I love Eusoff to death. But I could never be a stay at home mom. I´m never that kind of woman.

Banyak yang aku nak cerita...tapi satu hari Mr H tanya pada aku. Perlu ke aku bercerita? Macammana kalau cerita2 aku undang dengki, iri hati, benci? Sebab kadang2 kita cuma tunjuk perkara yg gembira,baik-baik je. Yang sedih,pedih kita tutup,simpan dalam-dalam. Orang takkan tau sebab kita cuma manusia.

Jujur aku cakap...penulisan aku mula tersangkut bila ujian datang satu persatu.. Ujian hidup tu perkara biasa tapi kadang2 bila terkena diri sendiri baru kita macam kena lempang masa tengah tidur lena. Get it? Dalam dunia serba moden ni..kadang2 kita tak sangka sihir, puja & vodoo masih ada. Dulu masa masih berdua, kami harungkan je. Bertahun sakit tapi sikit tak pernah aku cerita..kan? Tapi bila ada Eusoff, tembok pertahanan tiba2 kami bina. Biar kami simpan semua cerita. Tapi jangan sampai Eusoff pun jadi mangsa.

Aku takut. Takut kalau cerita-cerita aku buat Eusoff jadi mangsa. Mungkin aku boleh mula bercerita. Tentang hidup. Tentang kerjaya. Tentang Eusoff. Tapi..tunggu aku kumpul kekuatan semula..ye? Dan kalau-kalau ada yang masih ingin tahu...FB, twitter & Instagram aku masih ada. Aku kongsi gambar je ye?? :)

Cukup. Asal ada bertiga ke mana-mana pun cukup..
 

4 comments:

  1. xsemestinya ibuu yg berkerja x syg anak dear.i pon cm u.kalau boleh nk duk umah jaga anak.tapi i pk balik.kesian kat suami i.nt dye kena kerja keras sorg2.xpelah.anak yg org lain jaga pon sihat.think +ve je. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. best buli budak bam bam ucop! nak buli ucop lagi please!!! hahaha

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers