Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, July 15, 2013

Camne aku nak menjawab nih??

Alkisahnya...harini aku pegi keje dengan bahu kanan yang bengkak & lebam. Kalau agak2 aku pegi balai polis buat laporan kena dera mau laki aku masuk lokap nih.kah3... Begini kronologi kisahnya :

Jumaat, 12 Julai 2013
Ada baby expo kat midvalley. Maka wajibulghunnah lah kita mengendeng kat laki untuk pegi. Dan2 kwn aku kirim beli Bud´s punya head-to-toe wash dengan cream. Lagipun aku dah tak tertahan bersilat dalam kereta dengan Eusoff yang beria-ia nak bawak kete sesama bapaknya. Maka marilah kita pegi mencari carseat yang besar sikit. Alang2 duit laki aku ada lagi kan... Keh3.. Gerak lepas bukak puasa. Sampai midvalley pukul 9. Alih2 pukul 9.30 booth banyak dah tutup. Aku pun tak faham apesal. Dorg sume nak pegi terawih gamaknya. Maka pulanglah kitorg 3beranak lepas aku cuma berjaya membeli 4 pasang baju utk Eusoff. Tak puas hati sungguh aku.

P/s: Aku balik keje je..lakiku dah siap basuhkan sebakul kain. Siap sempat masuk dryer lagi. Tinggal aku kuarkan dari dryer dan lipat je. Owhh...apekah tetibe rajin bebenor laki ambe ini?? Ngeh3...

Sabtu, 13 Julai 2013
Tengahari tu mmg plan nak amik Electronic Backseat Driver tu dari supplier. Tiba2 laki aku tanya.. "Nak pegi mid lagi tak?". Dan aku menjawab.. "taknak". OK. Tipu. Confirmla jawapan aku nak. Haha.. So dari tempat supplier terus shoot pegi Midvalley lagi. Kali ni aku berjaya merembat carseat utk Eusoff. Murah ok? Walaupun orang ramai nak mampus. Kali ni aku takde selera nak bershopping. Dapat carseat bgn beli 2helai bib terus balik. Mungkin sebab syaiton2 dah dikurung bulan2 puasa ni. Sebab tu nafsu shopping aku kurang. Mamypoko pun takde. So takde nak merembat diapers ke ape. Baju2 takde yg menaikkan nafsu aku sebab sesak gila kt dalam tu. Dalam kul 5 dah gerak balik sebab mlm tu MIL aku masak2 utk bukak puasa anak-beranak kat umah...

Nih. aku bagi gambar model bersama carseat baru & Electronic Backseat Drivernya. Harap maaf muka model yang macam nak pukul orang tu. Moody katanya

Ni cara-cara anak aku merenung masa depan sambil memikirkan... "Bapak aku dah tebiat apa ajak mak aku pegi shopping? Taktau rasa penyesalan kah??"


Ahad, 14 Julai 2013
Tengahari aku ajak MIL pegi shopping brg2 dapur kat Selayang. MIL aku nak pegi satu tempat tu (aku dah lupa la nama dia) sebab kwn2 dia ckp murah. Kitorg bwkkan je la. Lps tu singgah Sri Ternak borong puyuh. Sampai rumah aku baru je nak melabuhkan bontot dan berbaring2an tetiba laki aku mengeluarkan ayat.. "Jom pegi Kenanga". Kenanga Wholesale City. Pernah pegi? Ini lubuk shopping baju2 aku. Sebab barang2 adalah murah nak mampos. Kalau abis RM500 kat sini pun aku mmg puas hati. Berkoyan2 beg plastik. Ni cara-cara aku bershopping dgn family aku sebelum puasa aritu

 
Ini namanya bershopping tanpa laki berada di sisi. Ko nampak stroller anak aku tuh?? Tu nasib baik aku takleh angkut kedai2 sekali bawak balik rumah. Kah3.. Konon2 ni shopping baju2 raya. Dan2 laki aku ajak pegi lagi semalam. Maka tershoppinglah kita sekali lagi.. Kah3...Tapi takde kasut ngan handbag. Aku pun tak tau apesal sejak jadi mak orang ni selera kepada kasut adalah kurang. Mungkin sebab aku sajak pakai selipar jepun je skrg. Senang nak berkuntau dengan Eusoff. Handbag plak..aku rasa lebih elok aku bawak beg balik kampung je. Baru muat semuanya. Dengan barang budak lagi. Dgn barang2 bapak budak lagi.. Troli pun xmuat kalau diikutkan..

Lepas shopping kat Kenanga, dalam kul 5 lebih dah gerak balik sebab laki aku taknak bukak puasa kat luar. Memula ingat nak gi mkn Nasi Ayam Penyet dkt Balai Polis Gombak or Nasi Lemak kat Mali´s tp rupa2nya MIL aku da masak laksa la pulak. Tak jadi la nak keluar lg pas bkk puasa tu..

Naik bilik nak tidokan Eusoff malam tu dgn aku2 sekali tido. Laki aku keluar gi mana tah. Sebelum tu dia sempat pesan esok (harini) kejut dia kul 7.40pg. Takyah kejut awal2 sebab nanti dia anta aku gi keje sampai ofis. Owh..mengapakah lakiku disampuk jin romantik di bulan2 puasa ini? Lantakkan. Lagi bagus. Aku pun terus la melayan mata sementara tunggu laki balik... Alih2 tersedar dia kejut bg air susu coklat. Brand apa aku xtau sbb tetiba siap tuang dalam mug. Mimpi apakah?? Pastu dgn tiba2 offer nak urut aku.. EH??Tak guna la bang oiii...U iz puasa bang. Ai izz not. Sebab ai izz bercuti. Kah3.. *Tettttttttt*

Actually aku mmg sakit2 bahu,belakang je sejak2 ni (Jgn ditanya kenapa. Nanti aku meroyan). So semalam tukang urut tak bergaji aku menjalankan tugasnya. Lena aku tido sampai ke pagi. Ngeh3..So pagi2 pegi keje laki ku anta sampai depan pintu ofis. Owh.heavennye takyah sesak2 dlm LRT. Hehe..

Alih2 kat ofis baru aku sedar..bahu aku bengkak and maybe lebam sebab diurut sepenuh tenaga oleh lakiku semalam. Kok ye pun bang...agak2 la..bini ni tulang rusuk awak. Takkan sampai nak patahkan tulang rusuk bini ni pulakkkk... Keh3.. Aku msg bitau psl bengkak ni. Terus laki aku tobat tanak urutkan dah. Kah3. Arini aku nak ugut. Tak dapat makan apa yang aku nak (walaupun bukan aku yang puasa arini), aku pegi balai polis report dia dera aku sambil tunjuk bahu yang bengkak ni. Kah3.. Kejam tak aku? Muahahahaha...

And the moral of the story adalah:
Harini 15 Julai 2013. Anniversary bercinta tahun ke 9. Aku cuma sedar lepas mengepam susu tadi. Nak tulis date kat botol tu baru perasan. Arini 15 JULAI 2013. Dan aku tak ingat. Tapi laki aku dah 3 hari buat celebration. TAPI AKU TAK INGAT LANGSUNG. Patut lah aku heran apesal laki aku meroyan bulan2 puasa ni baik semacam. Selalu kalau aku tak membebel2,merajuk,merungut sampai bernanah telinga dia mmg takdela dia nak pegi BERSHOPPING.. Ni dia plak yg offer. MAMPUS! Ni...apa aku nak jawab kat laki aku nih? Nak buat2 macam aku saje buat2 lupa? Dah byk kali aku guna teknik ni. Boleh pakai lagi tak?? Adehhhhhh....apa aku nak menjawab balik ni??? Keh3..


Boo.. if you read this...

HAPPY 9TH ANNIVERSARY TO US!!

From,
Your clumsy,forgetful,manja,gedik,keypohci,gila wife

p/s : Urat banyak putus masa bersalin aritu. Sebab tu jadi pelupa sekarang. Alasan ni boleh pakai kan?? Kah3... ;P

6 comments:

  1. Eh..dah ke9 ke weh? Happy annibesery bercinta ke9 juge utk ai and seben i.. 5 hari jek kan beza kita bercinta!!! Kalau dr dulu kawen, ank kita dh drjah 3 rupenye..muahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. gatal gediks kan kita?mak bapak anta belajar sebok nak bercinta.kah3... ;p

      Delete
  2. Happy anniversary!

    Bam nye Eusoff!! Geram! Rindu nak tengok anak bam bam gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq rilla...takpe insyaallah zain dah sihat ni mesti bdn naik balik.. :)

      Delete
  3. hheheee...comel je eusoff..cepat je dah besor.. happy 9th annvsry sis..moga bahagia sll...

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers