Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Friday, July 05, 2013

Kerja di Kedutaan Sweden??? Part 1.

Aku banyak dapat soalan ni...baik dari kengkawan, sedara mara mahupun strangers.. Lepas tu bila aku jawab ada yg ingat aku buat lawak pulak.. Jadi harini aku rasa aku nak cite la sikit mengenai keje aku nih. Aku tau ramai yg interested nak keje ngan Embassy2 nih so aku share apa yg aku tau je k?

First of all... Aku kerja dengan Kedutaan Sweden di Malaysia ye. Bukan Kedutaan Malaysia di Sweden. Maknanya aku keje kat Mesia. Lebih tepat lagi kat KL. Aku tak paham apesal orang boleh confuse. 1st time dengar aku keje Sweden Embassy terus ingat aku keje kat Sweden. Apakah??? Kalau nak keje ngan Kedutaan Malaysia di Sweden korang boleh apply PTD ye. Itu pun dari riban-riban yang apply seciput pun lum tentu lagi dapat. Selamat berjaya lah kalau camtu. Hehe..

Working with Sweden Embassy means aku adalah pekerja kepada kerajaan Sweden. Ramai yg ingat aku keje gomen. Memang gomen tapi gomen Sweden ye. Bukan gomen Mesia tercinta nih. Dulu ye. Dulu aku kerja Majlis Perbandaran maka aku pekerja gomen Mesia. Sekarang tidak lagi..

Macammana aku boleh dapat keje kat Sweden Embassy nih? Sama je macam orang lain. Aku apply keje. Takde keje tu nak datang bergolek kat aku. Actually aku apply kat Jobstreet je. Alhamdulillah agaknye mmg rezeki aku. Bos aku cakap susah betul dorang nak cari Accountant. Ada saje yg tak kena dgn calon2 lain. Tapi mostly colleague aku yg lain dapat keje kat embassy ni with strong recommendation from other embassy/EU countries. Maknanya kau keje la dulu kat embassy jadi receptionist ke apa. Nanti once embassy lain ada vacancy ko boleh apply jadi Consular Officer pulak. Kira cam naik pangkat la... Kenapa kena ada strong recommendation? Bukan sebab kroni2 ye. Bukan. Kau kena ada strong recommendation utk elakkan espionage. Tahu? Ala..spy2 macam cite James Bond tu. Tak pun cam Snowden yg tgh popular skrg. Siapa Snowden? Sila baca surat khabar/tgk news.

Rugi la berhenti keje gomen kat Majlis Perbandaran dulu. Gaji dah besar, ada pencen lagi. Keje pun tak busy. ~Ini yg selalu aku dgr...

Rugi? Taklah. Rezeki Allah tu ada kat mana2. Gaji? Mmg kecik sikit dari jadi W41 dulu. Kurang a few hundreds. Tapi..aku jimat sebab dah tinggal sekali dgn hubby takde nak ulang-alik JB-KL bila weekend lagi. Sewa rumah takde sebab duduk sekali dgn mertua. Minyak jimat sebab pegi balik keje laki anta-amik kat LRT Station or Office. Duit babysitter jimat sikit sebab mertua aku cakap xyah bagi tapi kitorg bagi la jugak sikit bulan2. Penjimatan tu korg tak nampak kan? Sebab tu aku cakap..yakin dgn Allah. Rezeki Dia ada kat mana-mana.

Pencen? Best sangat ke ada pencen? Kalau ada pencen, keje gaji kecik camne pun korang sanggup? Sebab apa? Security? Sekarang aku tanya...kalau korang dapat separuh dari gaji korang sekarang,korang mampu hidup?Bayar hutang,makan pakai,etc.. Kalau aku, aku mmg xmampu. Jujur. Aku benci orang bangkitkan pencen. Meh sini aku bitau. Aku pun ADA PENCEN. Pencen aku dari Kerajaan Sweden. Dan berbeza dengan pencen staff2 gomen kat Mesia ni.

Aku ada 6months probation (yg hopefully akan tamat bulan 9/10 nanti). Lepas dapat gaji pertama, nama aku akan/telah di register utk dapatkan Sweden punya Social Security No. Kira macam IC no la.. Lepas confirm, gomen Sweden akan byr Social Security/Pencen under nama aku. Lepas 5tahun confirm, aku (or waris2 aku) terus entitled dapat 20% daripada basic aku lepas umur 65tahun/kalau aku dah mati nanti. Means if aku berhenti keje lepas 5 tahun pun aku tetap dapat 20% daripada last drawn salary aku masa keje kt embassy ni. But if aku terus bekerja kat sini selepas 5tahun, aku akan dapat increase 2% setiap tahun. Kira cam 5th year = 20%, 6th year = 22%, 7th year = 24%. Max adalah 80% pencen daripada last drawn salary. So..mana lagi banyak? Pencen separuh gaji ke 80% gaji??

KWSP or EPF? Aku tetap dapat setiap bulan. Walaupun aku dah lepas 5tahun & confirm dpt 20% pencen tu, Sweden still akan bayar EPF bulan2 sebab itu adalah wajib bagi semua pekerja Malaysia. Maka kalau aku terus keje kat sini sampai pencen, aku tetap akan dapat pencen+EPF dalam masa yang sama. 

Keje busy ke tak? Biasa-biasa je. Dah nama pun keje... Ada masa busy,ada masa tak. Hehe... Office hour aku adalah 8pg - 4.30ptg (Isnin-Khamis) & 8pg - 2.30ptg (Jumaat). Tapi jumaat tu lunch break cam biase la. Takde nak lama2 sebab Solat Jumaat ke ape sebab utk pengetahuan korang, aku sorang je muslim kat sini. Yang lain2 mat saleh (Swedish), Cina & India. Jadi harap maklum. Hehe..

Annual leave adalah 28hari setahun. Boleh carry forward 8 hari je ke tahun depan. Usually kat sini dorg cuti style mat saleh iaitu long summer holiday. Cam bila time summer kat Sweden dorg akan cuti sebulan.

Ada sick child leave if anak korang sakit. Max 18 hari setahun. Tapi akan tolak 30% daripada gaji. Sick leave pun sama. Max 18 hari. 1st day of sick leave tolak 30%,2nd day tolak 15%,3rd day takde tolak salary. Tapi if admitted to hospital takde tolak gaji la..

K lah.... nanti aku cite lagi cara-cara nak dapatkan keje kt embassy, cara kerja kat sini, espionage, etc... Pasni sape2 yg tanya aku lg aku tinggal bagi link ke blog ni je. Hehe...


P/S : Kalau aku keje kat Sweden mesti boleh feeling2 pegi keje pakai winter jacket, boot, gloves, scarf bagai ala2 cam dalam gambar tu kan?? Hahaha... Takde makna ok? Aku pegi keje sama macam orang lain pegi keje. Cuma kat office aku ni boleh pakai casual sikit. 

BTW ni gambar masa pegi shopping kat Drötninggatan lepas training. Betul2 belakang Utrikesdepartementet / Ministry of Foreign Affairs (employer aku) punya office. Dahlah depan office tu The Galleriän / shopping mall. Confirm gua papa kedana sebab shopping manjang. Keh3...

Pssssstttt....kalau free sila lah view page Mizz Shopaholixx untuk latest promotion yeeeee.... ;)

12 comments:

  1. hahahahaha ada yg salah paham ngat u keje kat sweden eh.hehehe.i ke org tu? hmm tp best lah dear.pencen mmg xbest sgt pon.tp boleh lah.i pon keje gov sbb mak bapak i suruh.kalo x i nk je terul keje kat intel dulu.hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...ramai la yg slh faham rara.bila dgr keje sweden embassy terus tanya keje kt sweden ke?sedara mara pun camtu.penat nak explain (-_-'). Hahaha..
      takpe dear...cam i cakap.. rezeki allah ada kt mana2.cuma kdg2 rs menyampah bila org2 (esp org2 ofis lama i la..) yg asik cakap rugi benti keje majlis sbb majlis ada pencen. mcmla pencen tu je melambangkan best ke x keje tu..rezeki allah ada kt mana2.asal kita rajin usaha je..betul x? ;)

      Delete
  2. Replies
    1. best jugak la lisa..sebab bos best.keje seronok.
      buat masa skrg xde pikir nak cari keje lain dah.masa depan xtau la kan.hehe..

      Delete
  3. wah..nak kje gak le.hihihi
    bestnye amalina..

    ReplyDelete
  4. wah mcm best dan menarik gak keje situ
    ada nk accountant lg tak? hehe

    ReplyDelete
  5. Dlu i benti gomen u41 pun org kecoh hal pencen jugak. Ntqh apa yg best sgt ntah. Ok jek x d pncen pun kot..hihi

    ada kerja 0 x? Tea lady pun ok. Haha. Mna tw bos baik bagi tiket ke sweeden stahun skali.

    ReplyDelete
  6. i dulu benti gomen pun ramai yang bising..siap ada yg mulut puaka cakap sebab i tolok keje gomen la i miscarriage. Tak paham i..walaupun keje i skang contract based je tapi alhamdulillah gaji lagi banyak and keje pun lagi senang and flexible. Keje ngan multi national company ni best. Dapat boss yang memahami walau bukan sebangsa dengan kita. Orang melayu ni kadang bukan ape, ada yang ada PHD lagi2 gomen ni.

    ReplyDelete
  7. Kan?sape2 yg pernah merasa keje gomen then benti je yg tau betapa lahanatnya mulut2 yg ada tu kengkadang.merasa jugak sume tu...kadang takde kaitan ngan dorg pun tp dorg je yg concern lelebih.hehe...

    ReplyDelete
  8. saya pun tak bekerja gomen...dah 12 tahun keja ngan swasta...enjoy jer...kekadang bila keja banyak jer stress..bila keja xde boleh rileks jer...

    ReplyDelete
  9. ada lg x keje kosong kt embassy tu? mcm mn nk apply? minat jugak..

    ReplyDelete
  10. sis masih kerja di situ lagi ker... (nak tau plz...)

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers