Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, July 04, 2013

Review : Tommee Tippee, Pigeon, mOmma & Thermos

Harini aku nak buat review secara borong...boleh?? Hahahahaha.... Tema harini adalah botol-botol. Berikut adalah review aku selepas menggunakan barang-barang ni (gambar2 adalah hasil ehsan Mr Google. Nanti ada masa aku snap real-life action punya gambar. Kalau aku ingat lah. Hehehe..) :
 
Tommee Tippee Closer To Nature 150ml/5oz Bottle
 
Review : Botol comel dan domok. Aku suka. Harga 1 unit dalam RM34 xsilap.Hehe.. Tapi Eusoff tak suka. Sebab teats dia keras maybe. Bentuk mmg dah sama macam nenen tapi mungkin sebab material dia tu keras, Eusoff jadi nipple confuse. Utk baby yg exclusive breastfeed dari awal2 lahir maybe agak susah nak biasakan. And kalau baby dah prefer botol/teats tommee tippee ni aku rasa ada possibility dia akan reject nenen lepas tu. Alhamdulillah jugak Eusoff reject botol dari reject nenen aku..kan?? Jadi...botol ni tersimpan lah utk seketika sementara aku mencoba botol2 lain...
 
Akan tetapi!!!! Jangan risau... sebab lepas Eusoff mula makan, aku telah meng'convert' botol ini menjadi sippy cup. Takdelah membazir sangat kan?? Nak tengok rupa sebagai sippy cup? Camni rupa dia yg aku cedok dari gugel. Hehehe...
 
 
Tommee Tippee Closer To Nature 150ml/5oz Sippy Cup
 
Review :  Aku just beli sippy spouts+handle tu (harga asal RM26.90 tapi masa aku beli ada 20% discount) then ganti teats pada botol lama. Ta-Da!!! Dah ada botol baru. Takdelah membazir sangat kan? Hehe... So far aku suka sippy cup ni. Sebab Eusoff tunggang terbalik camne pun dia takkan tumpah. Air tu cuma keluar bila baby sedut je. Betullllll...aku tau sebab aku da try sedut. Hahaha... And aku suka sebab sippy cup ni bertutup so tak kotor & senang bawak jalan2 masuk handbeg. Hehe.. So far xpernah bagi Eusoff susu guna sippy cup ni lagi. Just bagi air masak, air zam2 or air kurma (cair) je. Hehehe... Oh ye. Eusoff punya kaler oren. Aku gugel xjumpa plak. Huhu...
 
Pigeon Peristaltic PLUS Wide-Neck (PPSU) 160ml/5oz 
 
Review : So far yang ni botol paling OK skali yg Eusoff pakai. Aku beli kat Jusco Tebrau RM56 xsilap. Ni harga utk PPSU. Kalau yg biasa punya murah sikit dalam RM30 kot?? Selepas fasa Eusoff boikot minum susu bila mummy pegi keje..bila guna botol ni abis la jugak 3-4oz sekali hadap. Kalau tak takat minum 1oz pun kira bersyukur. Lepas tu bila mummy balik keje meraung2 nak nenen sebab kebulur. Kah3... Botol ni aku amik yg PPSU punya instead of plastic biasa tu. Glass aku xberani pakai sebab takut Eusoff campak je. Lagipun glass macam berat sikit. Takut susah Eusoff pegang.
  
Pigeon Peristaltic Teat Wide-Neck
 
Review :  Eusoff memang serasi dgn teat ni. Aku guna teats ni utk semua botol Eusoff. Sekarang dia dah pakai size L. Kalau M dia marah2 sket sbb susu lambat keluar gamaknya. Anak aku ni ada 1 perangai buruk suka sedut susu laju2 pastu tersedak. Aku pun tak paham... (-_-')  Oh ye.. teats ni mmg sesuai utk elak nipple confusion bg breastfeeding mom/baby. Sebab teats ni lembut. Teats ni pun sesuai pakai dgn most of wide-neck bottle macam MAM,Avent,Momma,etc... Harga utk 1pack/2unit ni dalam RM26 xsilap aku.
 
Lansinoh Momma Rocking Feeding Bottle 260ml/9oz
 
Review : Aku beli 1 set before Eusoff lahir. Tamak kau.. Almaklumlah.. Anak pertama kan. Mak seksaited terlebey.. Haha. Sudahnya pakai 1 botol je. 2 lagi aku baru jual. Ni pun yg 1 Eusoff guna utk buat main golek2 pun ada yg berkenan nak beli. Haha.. So far aku suka jugak guna botol ni. Sebab dia gemuk,domok,bulat sama macam anak aku. *Eh??* Hahaha.. Bottle brush tu aku xguna lagi tapi saje nak simpan sebab comel. Kah3... Teats pun lembut. Eusoff pakai ok cuma sekarang aku pakai teats Pigeon Peristaltic kat atas tu pada botol Momma ni. Tak koser aku nak beli teats Momma utk botol Momma, teats Pigeon utk botol Pigeon. Membaziaqqqq!!!
 
Ni gambar 2 lagi botol yang aku dah jual tu. Botol ni mmg bagus sebab selain utk minum susu, baby boleh train hand & eyes coordination bila main2 rocking bottle ni. Cuma satu je masalahnyaaaa.... camne ko nak main golek2 botol sambil minum susu guna botol yg sama? Belum lagi time Eusoff tgh minum susu pastu cousin2 dia yg mak mertua aku jaga sama rebut botol ni sebab nak main golek2. Haru-biru!! Hehe... Botol ni boleh convert to sippy cup jugak & ada sarung utk kekalkan suhu panas dia kalau bawak kuar jalan-jalan. Eusoff punya kaler purple cam kat bawah ni :
 
 
Momma : Vogue Thermal Bag
 
Ni rupa kalau gantung kt mana-mana
 
Harga asal dalam RM36-37.. Ada banyak warna lagi. Tapi aku amik purple sebab cam cantik je. Hehe....
 
And the last review.......
 
Thermos Foogo Vacuum Insulated Soft Spout (Blue) Sippy Cup With Handle 210ml/7Oz
 
 
Review : Mmg sgt2 bagus. Harga asal RM80 ke RM89. Lupa dah. Ini yg step 1 punya. Aku suka bagi Eusoff air suam lepas makan guna sippy cup ni sebab panas dia tahan lama. Spouts dia pun sgt2 lembut sampai Eusoff suka gigit2. Handle boleh bukak kalau baby suka pegang macam pegang botol susu. Pastu lagi satu botol ni xde bau sebab dalam tu stainless steel kan..insulated lak tu. Cuma yang xbestnya sebab takde tutup so susah aku nak sumbat dalam handbag kalau keluar. And flow air dia agak laju so kalau terbalikkan mmg air menitik keluar. Dan yang paling aku tension adalah Eusoff suka sgt gigit spout tu walaupun dia tanak minum air so kesudahan dia adalah... 1.air menitik/mengalir keluar sampai basah baju, atau... 2. Eusoff togok je air tu sampai tersedak2 pastu marah2 sebab dia tersedak... Aku pun tak paham anak aku nih.. (-_-*)
 
 
Ok lah...tu je review arinih. Berhari2 nak siapkan 1 entri ni je. Kah3.. Gigih pulak aku akhir2 nih. Hahahaha.... Nanti aku review benda2 lain pulak ye.... :)

4 comments:

  1. kikikiki.kelakar lah eusoff ni.tp botol tomme tippi tu pon princess xsuka gak.sbb keras kan puting dye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?eusoff gigit2 je puting tommee tippee tu.xnak hisap susu pun..

      Delete
  2. Hello sis..kat mane i boleh dpt kan momma bottle sets ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. u boleh beli online from kedai2 mcm littlewhiz,etc..
      or boleh pegi kedai mom's care, fabulous mom..biasanya dorg ada jual botol momma ni.. :)

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers