Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, August 07, 2013

Bebelan sebab masih bekerja di hari terakhir puasa...

Masih bersiaran dari ofis.. harini aku keje sampai petang macam biasa ok? Sebab aku sorang je muslim takde special treatment dapat half day ke, compulsary leave ke... Takpe2... jangan kesiankan aku. Sebab lepas ni aku cuti sampai 19hb! Muahahahahaaaaa.... Tak sabar nak cuti panjang ala2 mat salleh punya summer leave. Ngeh3...

Actually arini aku terpaksa keje sebab nak siapkan report untuk gaji. Kalau aku tak siapkan arini memang lambatlah gaji bulan ni. Takpe2.. 19hb naik keje, 20hb aku transfer gaji masuk akaun. Muahahahahaha... Ini yg best bila kita masukkan gaji sendiri. Aku boleh decide bila nak masukkan gaji as long as dalam time frame. Bulan ni aku masukkan gaji awal. Sebab lepas raya sudah pasti aku sengkek. Hehehehe...

Mesti ramai yang dah balik kampung kan? Perrrgghhh.... jeles jugak laaaa. Aku ni balik JB raya ke3  ke ke4 pun xsure lagi. Semuanya Barcelona punya pasal. Phuiii!!!! Takpe2..tahun ni first time beraya rumah mertua.. Nebes mak!! Korang camne plak??

Actually sebelum kawin Mr H ada buat lawak pasal turn raya ni. Kalau orang lain ada 2 turn samaada belah suami atau isteri, kitorang ada 3 turn. Lepas kawin, first turn belah aku kat JB (last year), next turn belah Mr H kat KL (this year) and lepas tu turn ketiga adalah bukan belah siapa2 tapi kitorg celebrate raya on holiday kat mana2. We'll see next year adakah Mr H betul2 nak ikut plan gila dia ni.. Gila. Orang lain pagi raya makan ketupat rendang, aku makan megi gamaknye.hahaha..

Petang ni balik keje Mr H amik then terus shoot pegi Jln TAR. Last minute shopping (lagi). Ngeh3... Naik motor ok? Merempit je sesuai kalau nak pegi mana2 dlm KL ni. Eusoff confirmlah tinggal kat rumah.Tengah malam kalau takde keje shoot pegi mana2 utk shopping (lagi). Tapi...bila fikirkan si Eusoff tu ngeri pulak aku nak bawak pegi tempat2 sesak camtu. Tinggal lagi la kot dia ngan mak mertua aku. Muahahahahah.. Kejam tak??

Oh ye...satu pencapaian membanggakan aku.. last weekend pegi shopping (sikit). Aku mintak jeans dari Mr H sebab jeans aku (sebelum preggy) mostly tak muat kat punggung. Before preggy aku pakai Levi's saiz 26 (Ye.aku tak kurus pun sebelum preggy). Last weekend berjaya rembat Levi's. Tapiiiii...saiz 27!! Hoyraaahh... Maknanya aku takdelah gemuk sgt skrg!!

Berat aku sekarang 52-53kg iaitu 2-3kg lg berat dari before preggy. Mmg tu lah target aku. Aku tau aku takleh diet sbb tgh breastfeed Eusoff tapi 2-3kg extra adalah target aku. Aku taknak lah sebab breastfeed anak jadi alasan utk aku gain berkilo2. Mata laki still kena jaga weyhh... Walaupun body da buruk tp still kena maintain giteww... Kelas tak Kak Ton?? Hahaha.. ;p

So far aku try kebaya, kurung moden aku yang lama2.. Yang aku nampak 1 perkara je. Part breast & punggung mmg confirm ketat! Yang lain sume dah ok.. Apa nak buat. Bringing a human being into life changes our body.

Masa beli Levi's tu pun Mr H cakap.. memang la naik 1 saiz. Sebab tulang punggung confirmlah berubah lepas bersalin. Ngeh3... Tq la boo sebab menyedapkan hati binimu yang risau sebab rasa diri da gemuk. Hehe.. Tapi yang tak sedap hatinya, bila balik Mr H boleh cakap.. " Laaaa....apesal tak amik je 2-2 Levi's yang awak berkenan tadi tu. Ingatkan awak nak satu je. Kalau nak 2-2 tadi amik je la. Tapi awak topup RM50". Apesal kau tak cakap awal2?????? Kalau tau setakat topup RM50 aku rembat 2-2 helai. Nampak gayanya macam kena beli jugak selai lagi tu... Ade sape2 tau tak Raya pertama ngan kedua kedai2 kat shopping complex bukak tak? Alang2 aku raya kat KL kannnnn..... Bosan2 boleh gi shopping.Hehehe... ;p

No comments:

Post a Comment

Countings...

Daisypath Anniversary tickers