Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Friday, August 30, 2013

Rumah Part 2

Mari merepek mengenai rumah. Dah kenapa kau tiba2 nak merepek pasal rumah? Dah ada rumah sendiri ke? Jawapan aku adalah... TIDAK. Aku takde rumah lagi woiiiiii!!!!!!!

Rumah kat KL ni mahal bebenor dah sekarang. Kalau rumah sub-sale,kadang bila tgk kualiti rumah dgn harga yg dia nak jual tu...aku rasa macam nak muntah darah dah. Keh3... Nak beli rumah baru pun, new development skrg banyak buat luxury condo je. Apartment murah2 susah benor nak ada. Haishh....

Macam yang korang semua tau.. beli rumah ni ada 3 cara .Setiap cara ada pro & cons. Contohnya :

1) Rumah baru (new development)
Pro : Kadang2 dpt diskaun on deposit, Free S&P dan Lawyer's fee.. Rumah yang kita dapat tu totally 100% baru. Takde orang pernah duduk. Kita orang pertama yang memiliki rumah tu. Design rumah selalunya yang paling latest.

Cons : Risk project terbengkalai, kena tunggu sekurang2nya 2-3 tahun baru dapat rumah.

2) Rumah sub-sale
Pro : Rumah mmg dah confirm siap, ada depan mata. Harga boleh nego2 dgn owner. Kalau ada rosak ke apa boleh minta owner betulkan dulu. Selalunya rumah sub-sale kawasan dia dah established so takyah nak risau pasal amenities, public transport, etc.

Cons: Sebab rumah ada ada,amenities da ada...selalunya harga agak mahal. Value rumah tu akan mencanak2 naik. Rumah pernah diduduki orang lain so kdg2 ada kerosakan, etc.. Biasa nya S&P dan Lawyer's fee pembeli kena tanggung. Deposit biasanya 10% dari harga rumah. Kalau rumah harga RM250,000...deposit RM25,000. S&P dan Lawyer's Fee (serta mak nenek lain) anggarkan 5-8% dari harga rumah. So another RM12,500 (5%). Total cash kena ada utk rumah RM250,000 adalah RM37,500. Lagi mahal rumah, lagi banyak cash kena ready...

3) Rumah lelong
Pro : Harga lebih rendah. Kadang2 harga below market value. Rumah dah siap. Ada depan mata.

Cons : Kena bid harga. Tak semestinya dapat beli pd Reserve Price. Kdg2 jadi lg mahal. Kadang2 kalah bid,kecewa. Masa beli xboleh tgk keadaan rumah ada rosak ke,elok ke x,bersih ke x..kena terima 'as is'. Kalau rumah tu ada hutang (cukai,elektrik,air,maintenance,etc) kadang2 bank tak tanggung. So pembeli kena bayar/langsaikan. Any repair pembeli kena buat sendiri. Kalau rumah tu berpenghuni pembeli kena setel sendir dgn penghuni tu camane. Kalau penyewa kdg2 senang nak deal, just bg tempoh utk die keluar. Kalau owner sendiri yg duduk mmg payah sikit. Kos mahkamah ke ape pembeli tanggung sendiri. Kadang2 extra cost ni buat harga rumah tu jadi jjjjaaaaaaauuuuuuuhhhhhhhh lagi mahal dari market value.

So...kalau korang, korang pilih cara yang mana? Aku masih lagi berkira2 nak beli rumah. Salah. Bercita2 nak beli rumah. Rumahnya bila nak beli tak tau lah kannnnn... Mane la tau tiba2 Mr H nak hadiahkan sebijik rumah sempena harijadiku yang ke 18 (ehh??) bulan depan.Muahahahaha..... ;p

Di hari Jumaat yang mulia ni..marilah kite cuci2 mata je dulu tgk gambar2 deco rumah (Yang aku suka. Korang tak suka takpe. Hahahaa...). Semuanya aku cedok dari Mr Gugel ye. Harap maklum :


Scandinavian touch

70% chance bedroom aku akan kelihatan seperti ini. Muahahaha...

Love the colour scheme

More storage/closet space. Yes!!

I like the quirky look

Please oh please nak closet camni (tapi kalau boleh lagi besar yeee...)!!!!!!

Nice... suka caligraphy kat dinding tu

Dapur hijau? Erkk...tak kot. Tapi cantik!

I'm sorry Eusoff. Mummy & Daddy tak cukup kaya nak bagi Eusoff bilik dgn katil camni. Hehe...

Scandinavian touch again..

Cantik jugak. Sukaaaaaa.....

Simple but cozy!
 
Ok..aku rasa aku byk sgt pengaruh Scandinavian sejak keje sini. Ofis aku dala mmg Scandinavian. Rumah pun nak Scandinavian feel ke?? Phuiiihhhh.... Hahahahaha...
 
Dah2. Nanti kite sambung berangan pasal rumah lagi ok?? Heeeee.....
 
P/S : Electronic Backseat Driver ada 3 unit lagi... Sape nak sila inform cecepat. Apple Quran still available. Tapi semua ni next week baru aku pos by stages.. OK? Sebab tak larat nak pos byk2 sekali. Huhu.....
 

1 comment:

  1. Free S&P dan Lawyer's fee tu camane ek.
    biasanya kalau beli rumah baru, lawyer's fee utk SPA (S&P) developer akan tanggung. so free lawyer's fee utk SPA.
    tp lawyer's fee utk transfer (pindah milik dari nama developer ke nama pembeli), yg tu pembeli akan tanggung.
    utk rumah lelong, cukai2 tanah memang bank kena bayar setakat tarikh lelong. bil api, air & maintenance pun biasanya bank akan bayar setakat tarikh lelong. tp bil api, air & maintenance fee tu depends jgak. x semua/x semestinya akan dibayar oleh bank. kena tengok syarat2 jualan kat Pengisytiharan Lelong.
    actually kalau beli rumah lelong, harga memang jauh lebih murah.tp banyak risiko.
    kalau jenis owner yg degil & saje nak cari pasal, diorang masukkan caveat. jenuh la nak dapatkan court order utk remove caveat tu. kena keluarkan duit beberapa ribu lg utk bayar lawyer utk court order tu.
    kalau nak beli rumah lelong, memang kena selidik betul2 pasal rumah tu. sbb bank memang jual on as it is basis.
    just sharing. ;)

    http://ninimohd.blogspot.com

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers