Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, September 02, 2013

9 months & counting!!

Rasa cam baru je aritu aku update perkembangan budak busuk ni kat entry 8 months and counting!! ;D. Tiba2 dah 9 bulan dah rupenye die.. Bila tgk2 balik macam banyak jugak progress dia dalam masa sebulan. Pls la anak...jangan membesar cepat sangat boleh? Huhu...

Apa perkembangan Eusoff?? Mostly sama macam last month tapi.... :

1. Dah totally reject EBM. Huaaaaaaaa..... sedih aku tau! So skrg ni aku hari2 pam kat ofis semata2 utk maintain supply je. EBM hari2 aku simpan tp lepas seminggu aku buang je sbb dah banyak sgt tp tak diminum pun....Tapi dia bukan takat reject EBM, FM pun dia dah kurang. Kadang2 dari pagi sampai petang tu dia minum sekali or 2 kali je. Tu pun tak lebih 10oz. Kadang2 dia minum susu sekali je dari pagi sampai petang (4-5oz je!). Ade sape2 tau apesal tak? Tolong weyh!!!

2. Susu dah kurang sangat2 tapi makan mmg wajib. Pagi breakfast cereals Heinz. Tghari makan bubur nasi. Petang makan biskut or cereals or roti kosong or nestum (depends la tapi nestum Eusoff kureng sket). Malam bubur nasi lagi.. Selera orang tua okeyh?? Tgk badan la.. Hehehe..

3. Petang sampai malam mmg confirm bergayut je dengan aku. Balik keje asal nampak muka aku dia dah pandai datang, duduk atas riba aku then baringkan diri sendiri. Tu signal tandanya nak nenen. Keh3.. Petang sampai mlm mmg aku BF Eusoff je so mmg takdelah minum FM.

4. Kalau nak tidur malam Mummy dgn Daddy kena ada baring sama2. Kalau tak, tanak tidur. Tapi aku syak Eusoff sbnrnye nak Daddy je. Tp sebab nenen tu ada kat Mummy so Mummy pun kena ada sekali. Haha.. Dah tu sebelum tidur kena main 'Peek-A-Boo' or 'Baa-Cak' dulu. Tapi bukan Mummy or Daddy yg pegang selimut tutup muka. Eusoff yg tarik sendiri selimut tutup muka dia sambil membebel then bila bukak selimut Mummy ngan Daddy kena buat2 terkejut. Hehehe....

5. Selain version 'Peek-A-Boo' guna selimut tu Eusoff ada lagi satu version 'Peek-A-Boo' iaitu dia sembamkan muka kat bantal then angkat muka sambil jerit "Baaaaaaaaaa....". Konsep dia tak nampak orang tu dah betul dah. Tapi orang kena buat2 terkejut bila dia angkat muka tu agak mengelirukan ye.. Sebab dia yang tak nampak orang. Orang nampak je die sebenarnya. Hahahaha...

6. Merangkak dah laju gila dah. Siap paksa orang main kejar2 dengan dia lagi. Berlagak sungguh. Tak tau ke kau tu baru merangkak je nak oi??

7. Eusoff dah boleh berdiri, meniti kat tepi2 kerusi,meja,dinding.. Dah mula paksa orang bertatih dengan dia. Kalau orang pegang tangan, tatih dia.. Dengan berlagaknya dia tak bagi pegang 2-2 tangan. "Pegang sebelah je sebab Eusoff dah besar..". Ok. Berlagak sungguh kau ini. Tertonggeng baru tau. Keh3..

8. Minggu lepas balik2 keje MIL aku bgtau.. MIL aku terlupa tutup pagar kat tangga then dia pegi dapur buat susu utk anak SIL aku yg MIL aku jaga jugak. Tiba2 kat dapur Qaseh, anak SIL aku yg umur 3tahun jerit.. "Nenek, Eusoff naik tangga". Bila MIL aku lari keluar tgk, Eusoff dah nak sampai atas dah. Dah nak sampai dah ok?? Bukan 2-3 anak tangga je. Aku rasa dah 10 anak tangga gamaknya.. Ngeri aku nak bayangkan. Dahla dia ni tak reti takut. Gelap ke tinggi ke..sume dia redah. Haissshhhhh...

9. Eusoff takde gigi lagi. Diulangi. EUSOFF TAKDE GIGI LAGI. Pelik tak? Selera makan mengalahkan orang yang dah ade lapanblas batang gigi. Apa orang makan kalau boleh semua dia nak makan. Tapi gigi takde. Hahahahaha... Kesian aku tgk anak aku nih. Apa nak buat.. Gigi Eusoff tanak keluar lagi. Mummy nak buat camne kan? Hehehe...

10. Semalam Eusoff berjaya sebut satu lagi perkataan baru. Tapi...aku yang rasa tak sedap hati. Sebab aku bayangkan Eusoff sebut perkataan tu depan2 orang ramai. Perrggghhhhh...malu kot!!! Mula2 aku ingat perasaan aku je. Tapi bila malam2 Eusoff bangun, merengek, nangis...dan dia sebut perkataan yang sama. Maka aku confirm Eusoff mmg sebut perkataan tu. "Nak tete". WTF??? Siapakah yang ajar sebut tu????? Setahu aku,aku biasakan Eusoff panggil "susu" utk susu botol & "nenen" kalau nak breastfeed. Tapi semalam dia boleh sebut dengan jelas "Nak tete....". Tgh malam terjaga dia nak mengempeng pun die boleh sebut "Nak tete..." "Tete...". Fine! Ni mesti bapak kau yang ajar ni kan??? Adussssss....camane aku nak tukar perkataan tu tanpa menjejaskan maknanya pada Eusoff??? Part2 camni cepat je kau belajar kan nak??

Nah. Gambar Eusoff malam semalam. Ni dah siap2 nak pegi open house boss Mr H. Dah macam pak lebai aku tengok. Hahahahaa





P/S : Yang Eusoff pegang tu Apple Learning Quran. Eusoff punya warna kuning. Heee... Sangat sesuai bawak pegi mana2. Nak2 bila pak lebai ni pegang. Terasa sejuk perut mak mengandungkan kamu,nak.. Hehehehe... Sape2 yang nak promo still available lagi. Price RM35. Postage RM10. Beli lebih 2unit, FREE POSTAGE. Electronic Backseat Driver pun still available. Price RM35. Postage RM10. Nak tengok gambar 2-2 barang tu boleh click sini. tq... :)




1 comment:

Countings...

Daisypath Anniversary tickers