Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, September 25, 2013

Gelap

Aku menaip ni sambil duduk kat tangga stesen lrt tmn melati. Kalau korang ada nampak sorang perempuan gila duduk kt tangga stesen lrt dgn mata merah.itu aku.

Aku adalah manusia yang terpaling ranap roboh yang pernah aku jumpa.
Aku tak pernah lagi jumpa orang lain yang lebih ranap roboh dari aku.
Tapi aku jugak manusia paling hebat lakonannya.
Tak siapa pernah tau betapa ranap robohnya aku.
Kecuali Dia.

Aku bersyukur sebab Dia temukan aku dengan dia.
Lelaki itu.
Yang selamatkan aku.
Dari terus ranap hancur.
Yang pegang tangan aku dan cakap "teruskan ranapmu.aku tunggu"

Lelaki itu yang diam bila aku memaki ranap robohnya hidup aku.
Lelaki itu yang kuat membangun kembali ranap roboh aku.
Sampai waktu ini. Ranap aku dah tinggal serpihan2.
Walaupun ada lubang gelap dalam hati aku
Tapi dia jugak bawak kembali sebahagian hati aku

Sedang aku memulih kembali ranap robohnya hidup aku
Aku lupa akan sesorang
Yang ranap robohnya hampir seperti aku
Aku teruskan maki,terjang aku..
Padahal aku lupa
Dia jugak ranap roboh

Aku sangka dia sekuat aku
Aku sangka hatinya sekebal aku
Tapi aku lupa
Dia tak sekeras aku

Aku tak bisa bandingkan ranap robohnya dia
Atau ranap robohnya aku
Tapi aku minta maaf
Sebab hanya melayan ranap robohnya aku

Kalau kenangan yang kau inginkan
Mari aku kongsikan
Aku tak punya banyak
Tapi semuanya cukup aku ingat

Maafkan aku
Moga2 suatu hari kau jugak temui seseorang
Yang bakal baiki ranap robohnya kamu
Seperti dia yang baiki ranapnya aku

Maafkan aku dik...

1 comment:

  1. Huuuu...nape wehh..
    sedih ngaat ni?
    apesal ngan adik mu itu?

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers