Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, September 03, 2013

Harga RON95 & Diesel naik 20sen. Berapa full tank minyak kereta sekarang??

Harga petrol RON95 & Diesel naik 20sen bermula tengah malam tadi.. Apa pendapat korang??

Sejujurnya lah kan...aku tak risau sangat pasal harga minyak naik. Kenapa? Sebab aku pegi-balik keje merempit & naik lrt. Minyak motor pun takdelah kuat sangat. Aku rasa paling2 pun bertambah dalam RM10-RM15 sebulan je lepas kenaikan harga minyak ni. Tapi yang aku risaukan adalah lepas harga minyak naik, harga SEMUA barang2 pun akan turut naik...

Tak caye korang tunggulah tak berapa lama lagi. Kalau harga minyak terus kekal camni, maka akan adalah peniaga2, tokey2 yang nak kaut untung lebih. Harga minyak naik RM0.20 seliter. Tapi harga teh tarik naik RM0.50 segelas. Tak caya?? TUNGGGUUUUUUUUU......

Sebelum ni pun kereta banyak tersadai je kat rumah dek kerana hari2 merempit je. Keje & duduk kat KL, naik kereta tu adalah satu allergic buat kitorg laki bini. Haha.. Selalunya kitorang akan naik kereta ke mana2 kalau bawak Eusoff sahaja. Kalau setakat kitorang laki bini pegi ngeteh kat mamak, mmg merempit pilihan utama. Seronok kan jadi orang tak kaya? Heeeee....

Kereta aku takde dalam list ni (kereta tak glamour lah katekan..keh3..). Tapi aku boleh bajet sebelum ni full tank RM9+. So...sekarang full tank confirm dah 3 angka. Demmmmm...
 
 
Korang semua pegi isi minyak beramai2 ke malam tadi? Aku takde lah. Sebab ahad lepas dah keluar then isi full tank. Lepas tu kereta tersadai je kat rumah so minyak xgerak lagi.. Tapi balik keje aku boleh tgk petrol station mula penuh. Huhuhu...

Harga petrol naik, harga barang2 naik, harga rumah pun terus naik...gaji rakyat Malaysia je yang tak naik2. Aku? Aku harap hjg tahun ni & tahun depan USD naik lah tinggi sikit. Sebab bajet yearly gaji aku ikut USD. Kah3... Maafkan aku kalau aku kurang patriotik. Aku pun nak hidup beb!!

P/S : Semua orang kecoh harga minyak naik RM0.20.... Kenapa takde sape yang peduli berapa orang lagi rakyat Syria mati semalam?? Typical Malaysian. You only shows your concern when it's convenient. Tu yang aku tak suka.. Sorry. Aku mungkin tak share video2, kisah2 pasal Syria ni sangat. Sebab apa? Sebab aku tak sanggup. Boleh menitis airmata weyyyyy......

No comments:

Post a Comment

Countings...

Daisypath Anniversary tickers