Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, September 09, 2013

IKEA, terowong & kisah sedih di hari minggu...

Last weekend aku, Mr H dgn si kecik Eusoff ke IKEA. Motif? Saje nak beli shelf ngan a few other thing. Sampai kat bahagian kanak2, Mr H turunkan Eusoff (kitorg guna SSC je. Malas bawak stroller kat tempat2 sesak cam IKEA) dari carrier, Bagi dia main2 kejap.. Korang boleh tgk kegembiraan anak aku dapat turun dari SSC & main2 :

Seronok benar kau dalam terowong tu yeeeeeee....


Muka tak nak keluar dari terowong

Muka yang ni buat aku rasa nak gigit pipi kau tu Eusoff!! Dek kerana muka ni jugaklah Daddy cair & berjaya di'pau' oleh Eusoff. Kah3...

Aku tak paham dengan Eusoff ni. Bawah meja, kerusi..mmg tempat feveret dia. Kalau kau panggil2 takde menyahut, alih2 kau dengar bunyi2 orang membebel or gigling...sila cari bawah meja,kerusi or katil .Confirm kau jumpa anak aku ni.

Kat dalam terowong ni pun seronok betul dia main. Sampai tanak keluar ok? Dah satu keje aku ngan Mr H macam orang gila panggil2 dia suruh keluar. Ehhhhh....taaaaakkkkk. Dia boleh pusing2 dlm terowong tu. Tanak keluar.. Dengan itu melayang duit bapak kau RM50 beli terowong. Terowong sahaja ok? Nasib baik duit bapak kau. Kah3....




Nampak muka bahagia anak aku tu?? Buaian ni pun dia tanak turun. Tapi Daddy cakap "No way Eusoff. Kita gantung buaian kat pokok depan rumah nenek je. Ni kalau beli nak gantung kat mana??"

Sorry, Eusoff.. Mummy dah try. Mummy cakap gantung kat balkoni depan bilik kita pun Daddy tanak. Kalau yang ni, Mummy pun teringin jugak. Tapi Daddy kau cakap siling depan balkoni tu tak kuat. Nanti runtuh kalau Mummy yang duduk. Fine. Cakap je la sebab buaian ni RM2++ sebab tu tanak beli. Bg alasan Mummy gemuk pulak. Huh! Boikot!!!

Actually aku berkenan dengan dresser ni :


Aku suka gila yang ni!!!!! Ada 2-3 warna lain jugak.

Yang ni pun boleh tahan jugak. Tgh sale ni. Harga RM299.

Tapi Mr H suka yang ni. Gila simpleeee...huhu...

Mula2 plan nak beli yang ni je untuk isi baju2 Eusoff. Murah gila! RM199 je! Tapi tak beli punnnnnn..... Huhu..
 
Last2 kitorg tak beli dresser pun. Beli shelf untuk simpan barang2 je. Takde plak gambar. Shelf Alberta. RM59 je... Tapi bila balik MIL berkenan pulak. Dia nak beli lagi 4unit utk letak kat stor & dapur. Nampak gayanya ada harapan next weekend pegi lagi. Keh3....

Oh ye...ni la kisah sedih di hari minggu aku. Balik dari IKEA pegi open house rumah parents biras aku. Dah tu balik rumah aku pun kemas2 brg, Eusoff main2 dengan wallet aku. Tah bila masa dia keluarkan kad2 aku pun aku tak tau. Dia ni kalau main dgn kad, nak credit card or ATM card je. Kau bagilah kad Watson, kad AEON, Starbuck (Aah ek.mane kad Starbuck aku??Macam lama tak nampak. Ni mesti laki aku rembat masuk wallet dia ni) or ape2 je la kad lain..sume dia tanak. Memilih betul!!

Masa aku amik wallet aku dari Eusoff, aku nampak dia pegang satu kad, kad tu macam warna putih. Bila masa pulak aku ada kad warna putih?? Rupa2nyaaaaaaaaaa..............


Kad CIMB aku terbelah menjadi dua!!!!!!

GREAT EUSOFF!! GREAT!!!!!!!!! Tapi aku tak marah pun masa amik kad ni dari tangan Eusoff. Aku gelak. Eusoff pun pandang macam "Apehal mak aku ni? Dah gila agaknya...". Masa aku nampak tu aku cuma terfikir bila masa la aku nak pegi bank buat kad baru ni? Adehhhh....

Dala sebahagian customer yg beli Apple Learning Quran & Electronic Backseat Driver dari aku mmg ada yang masukkan duit dalam akaun CIMB. Dah tu duit belanja bulan2 yg Mr H bagi pun dia masuk dalam akaun CIMB aku (Ye. Mr H bg duit belanja bulan2 walaupun aku keje. Manja kan aku? Lemak tepu terlebih. Muahahaha)... Aku tak sempat keluarkan pun duit kat CIMB sebab takde nak pakai duit lagi. Selalunya aku kuarkan duit CIMB bila tak jumpa atm Maybank je. Hehe..

Eusoff saje je sabotaj aku tau!! Mentang2 lah aku dah plan nak beli high heels guna duit CIMB sebab high heels aku dah rosak. Dan2 tu dia sabotaj kad aku!! Huaaarrgghhhhh...nampak gayanya kita hidup dengan duit gaji je lah! Marilah kita berjimat cermat. Minyak dah naik harga. Groceries pun dah naik harga. Susu anak pun dah naik harga.. Sila simpan duit CIMB tu. Huhu....

Sekian, terima kasih. Aku nak pegi mengenang nasib lagi. Bye... Huaaaaaaaa..... (T_T)

P/S : Apple Learning Quran & Electronic Backseat Driver still available. Boleh tgk kat sidebar belah kiri anda. Sila email aku if interested ye... malyn.mizzunderstood@gmail.com. Thank you..



3 comments:

  1. ayish pon ada terowong tu tapi bila sampai rumah dia taknak main sgt...hihihi

    aloo eusoff takmo bagi mama dia boros la tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana..nasib baik lah sampai rumah pun eusoff nak jugak terowong tu. mmg dia duk dalam terowong je. kalau x dia suka duk bwh meja..
      senang nak buat keje..hehehe..

      eusoff dengki.sbb tu dia belah kad atm mummy. hehehe...

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers