Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Friday, September 06, 2013

Kisah nak kahwin tak cukup duit... Episod 1

Aku nak buat pesanan sikitlah untuk adik2 yang bakal berkahwin.. Pesanan paling utama aku adalah.. Ukurlah baju dibadan sendiri. Kalau badan tu agak2 saiz L, janganlah berangan memakai saiz XS dengan harapan "Ehh...sempat ni aku kurus. Sempat nih..". JANGAN. Fitting memanglah boleh buat utk adjust saiz dari masa ke semasa tapi sila berpijak pada realiti. Jangan berangan terlalu tinggi.

Meh ahkak nak kisahkan sesuatu nih. Ni kisah benar ye. Ahkak tak tipu...

Dalam sebulan lepas sedara pd Mr Hubbee ada contact MIL aku. Mintak buatkan Nasi Dagang utk 150 orang (BTW Nasi Dagang MIL aku mmg mahbeles terbaekk d best ok?Aku tak tipuuu....Keh3..) untuk majlis pernikahan anak perempuan dia yg jatuh pada harini (Jumaat). Mula2 MIL aku tak nak sebab takut tak sempat dgn menjaga 3org cucu lagi.. Kalau weekend boleh lagi sbb cucu2 sume takde. Tp this sedara keep insisting jugak nak MIL aku buat. So MIL aku pun agree lah.. MIL aku cas RMx/kepala. So total RMxxx. (Sorry. Undisclosed amount. Hehehe)

Apart from Nasi Dagang utk 150 orang, this sedara nak MIL aku sediakan pinggan (kaca), gelas (kaca), sudu & garfu (yg besi) sekali. Tanak polisterin. Tanak yg pakai buang punya. Nak yg MIL aku punya jugak. Tapi harga yg MIL aku cas tu tak masuk semua tu ok? Ni kira macam bg pakai FOC. Yg lagi best dia nak mintak hantarkan makanan tu. MIL aku cakap tak boleh sebab takde orang nak hantarkan. FIL aku dah tua. Mana boleh drive jauh2. Aku dgn Mr H? Kitorang keje kot. Takkan terpaksa cuti semata2 nak hantarkan Nasi Dagang tu. Dgn reluctantnya this sedara terpaksa la fikir sendiri siapa nak amik Nasi Dagang tu... (Ni aku tak tau la ape kisahnye. Nikahnye pukul 11pg ni. Jgn tiba2 takde orang boleh amik sudah. Kalau Mr H jadi mangsa mau sampai ke esok aku kena melayan amarah die kang. Akuuuuu jugaaaakkkk....... Huhu...)

Selasa malam haritu kitorang pun bawakkan MIL pegi Selayang nak borong barang2 basah utk Nasi Dagang tu. Rempah MIL dah siap2 beli masa dia balik Terengganu last week. Dari apa yang aku tgk total barang2 basah je dah RMxxx. Tak masuk beras,minyak,santan,etc.. MIL aku ni bila fikir sedara sume die nak bg yg d best. Mahal sikit takpe... Aku ikutkan je la.. Bukan aku yg masak pun. Hahaha.. Bila aku tgk2 rasa tak baloi pun harga yg MIL aku cas tu. Tp sedara punya pasal...Takpe. Takyah berkira sangat. Tahapa2 MIL aku ni. Baik sgt!!

Nak di jadikan cerita.... 2 mlm lepas aku, Mr H ngan Eusoff baru je balik lepas lepak makan2 kat Kedai Arab. Kitorg tersandar kekenyangan. Alih2 MIL aku dtg kt kitorang & bertanya... "Bancik (Mr H), korang ada cash 5ribu tak?". Nak tersedak2 aku dengar. Mr H pun cam terkujat jugak. "Mak nak buat apa?". Laki aku tanya. Aku pun risau jugak. Kot2 lah MIL aku tetiba ade emergency ke ape...Kalau betul emergency mmg la boleh je kitorg korek 5k tu.. TAPI.........

Rupanya2 this sedara dah kol MIL aku nangis2 nak pinjam duit (aku xtau bape banyak yg dia nak pinjam kat MIL tapi MIL mmg tanya kat kitorg 5k je..). Sebab photographer, org khemah, catering, sume2 lah yg bersangkut paut dgn wedding...dah datang mintak duit sebelum majlis kahwin Sabtu ni. This sedara beria2 mintak tolong nak pinjam & nak datang amik duit cash tu harini (sekali masa amik Nasi Dagang).

MIL aku cakap elok, jumlah yang dia nak pinjam tu MIL & FIL aku takde cash sebab FIL aku dah abis 4+k renovate rumah aritu. Duit yg lain semua dlm ASB (tp MIL aku tak cakap la ade duit kt ASB sbb die mmg taknak usik duit ASB dia)..Kalau sikit tu boleh la MIL aku bagi tp total yg dia mintak tu MIL aku takde. This sedara dgn selamba boleh suruh MIL aku mintak kat Mr H or anak2 MIL aku yg lain balance utk cukupkan total yg dia nak pinjam tu.

Aduh2...makcik...Kalau saye ade 5k cash mmg bertuah ok??Dalam wallet saye ni paling banyak saye simpan pun RM300-400 je. Gila ape kitorang nak simpan cash beribu2. Dan kalau ade pun..tak mungkin saye boleh bagi makcik pinjam. Kitorang anak beranak ni punyalah berjimat cermat nak simpan duit, makcik nak pinjam dala tak tau bila makcik boleh pulang..abis kami anak beranak ni macammana?? Kalau kami pulak ade emergency sape pulak yang nak bagi kami pinjam duit??

This sedara ni masa kol MIL aku siap bagitau anak perempuan dia yg nak kawin tu dah mengamuk & campak semua makanan dalam rumah sampai bersepah2... Dia tengah kemas,kutip,lap makanan yg berterabur tu masa kol MIL aku nak pinjam duit tu..

Hmmm..makcik. Kat sini dah nampak something wrong ye. Kalau saye lah yang mengamuk & campak makanan kat DALAM RUMAH pulak tu.. Saye boleh bagi 150% confirmation bahawa saye akan dilempang oleh mak bapak saye. Makanan tu rezeki. Tahu? Orang lain mati kebulur tak dapat makan. Kau dengan senang2 nak campak makanan, buang2, membazir.... Dah nampak kat sini yg anak kau tu tak reti hormat rezeki. Tak tau hargai rezeki. Kau nak mengamuk,mengamuk lah. Aku pun mengamuk jugak. Tapi sila lah mengamuk dengan cara yang tak merugikan sesiapa.

Yang kedua, kalau dengan mak sendiri dia boleh mengamuk dan mencampak2 makanan...apa maknanya tu? Mana hormat anak kau tu?? Jadi kau boleh mengamuk, baling makanan sampai bersepah2 pastu biar mak kau kemaskan? Mentang2 kau nak jadi Raja Sehari maka kau kena dilayan bak puteri?? Hoiii...aku nak kawin aritu,malam nak nikah tu pun sibuk mengemas bilik sendiri,kemas rumah,kemas dapur,etc. Owh..silap. Puteri mana ade buat semua sendiri. Phuii!!!!!

OK.Nanti aku sambung Episod 2 pulak.

P/S : Apple Learning Quran & Electronic Backseat Driver masih available lagi... Boleh tgk kat sidebar belah kiri anda. Sila email if interested. malyn.mizzunderstood@gmail.com

7 comments:

  1. nampak sangat kawen pon mak bapak bagi duit..x bersyukur jugak..itu belom tentu nak bayar MIL punye upah buat nasi dagang...dah cemane tu...ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...kite tunggu sambungan episod seterusnye.byk lg nak membebel pasal kenduri kawin ni.tp kite tunggu dulu.hehe..

      Delete
  2. huk..apakah rupa itu gayanya... huhuhu...

    ReplyDelete
  3. panasnya baca entry ini.. Dah tak mampu tu, janganlah nak buat melebih-lebih.

    ReplyDelete
  4. tetiba macam takut nak kahwin.. sebabkan few reason yang macam ni.. tp nak try jugak utk setelkan benda2 penting before big day.. ok x sabar next episode.. seronok pulak.. hehe

    ReplyDelete
  5. da ade sambungan ke ni? kalo xde cepat2 sambung..ee sakit ati btol la bace cerita ni..
    dasar ank kurang ajr..kalo adek ke kakak ak sndr bwat mcm tu xpyh tggu bapak ak lempang..
    mmg kaki ak je nek kat die haha

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers