Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Friday, September 06, 2013

Kisah nak kahwin tak cukup duit... Episod 2

Kalau nak baca Episod 1 sila click sini. Malas aku nak cite panjang lebar lagi. Hehe..

Aku bukan nak bukak aib sesiapa. Tapi tujuan aku cerita ni sebab aku nak bg pengajaran kat adik2 yang bakal berkahwin ni.. Memang betul. Ada orang nak majlis kahwin gilang gemilang, gah, kebaboom... Tapi..korang kena faham. Semua tu duit. DUIT.

Sape taknak majlis yang best2,makan sedap2,baju pengantin rekaan designer,kek bertingkek2,doorgift meletop2... Tapi please lah eh.. Sila ukur baju di badan sendiri. Kalau tak mampu,buat sehabis boleh setakat yang mampu je. Jangan berhutang yang kau tak mampu tanggung. Wedding tu sehari dua, kita ni nak hidup berpuluh tahun lagi. Jgn sampai anak dah 8, hutang kau ada RM80ribu lagi tak setel. Camne tu??

Meh aku sambung pasal 'puteri' ni. Ayah dia baru meninggal awal tahun aritu. Pegawai kerajaan. Orang senang beb. Bukan orang susah.. Si 'puteri' ni arwah ayah dia bagi sebijik kereta tahun lepas. Bukan calang2 weyh...tak mainlah Viva hitam 660cc manual yg bayar bulan2 RM250 (Eh. macam kenal je. kah3...). Kereta nak CRV baru. Bulan2 dah RM1.6k. Gilos!!

Dulu si 'puteri' ni keje.. Tp sekarang dah berhenti. Buat bisnes sendiri katanya... Online business. Untung ke x, aku tak tau lah. Sebab aku pun tak tau bisness ape dia buat, apa nama company die,etc..

Malam semalam SIL aku balik keje, borak dgn MIL aku. Aku ngan Mr H pun ada. MIL aku tanya SIL aku ada duit x... Membebel la SIL aku. Majlis nak grand. Tapi cash takde. SIL aku pun sebut perkara yang sama dgn aku. BUDGET.

Ye adik2...nak kawin sila tentukan sejelas2nya berapa bajet anda. Bahagikan ikut bahagian. Macam aku dulu, aku divide camni. Pelamin,mak andam,bj penganting,etc..berapa budget. Doorgift berapa budget. Makan, khemah,sewa tempat/dewan/restaurant...semua kena amik kira. Kalau parents yang sponsor pun tolonglah tanya jugak berapa budget dorang. Mak bapak kita ni bukan cop duit. (Unless mak bapak korang adalah kaya nak mampus,maka ignore je nasihat ini.).

SIL aku lagilah tak boleh nak bagi pinjam duit. Dala dia tgh preggy. Bersalin kat Gleneagles plak tu. Kurang2 dah RM7k kat situ. Takkan nak bg orang pinjam plak. Abis dia nanti camane plak kan??

Malam semalam this sedara kol MIL aku lagi. Tanya dah ada ke duit tu...Esok (harini) nak ambik sekali. Perrrrrggghhhh...berubah muka MIL aku masa tu! Aku pun terkulat2. MIL aku pun cakaplah elok2.. kitorang mmg takde duit banyak die nak pinjam tu. Memang tak boleh tolong.. Setakat a few thousand MIL aku cakap bolehla dia bagi duit simpanan kat rumah + duit pencen FIL aku. Gila baik kan MIL & FIL aku? Siap nak bg duit pencen lagi! Padahal arwah ayah si 'puteri' ni punya pencen baru dapat 2bln lepas. Selepuk lagi...

Aku ada feeling kan..this sedara aim Mr H la utk balance duit tu. Agaknye sebab kitorg tinggal umah MIL so dia ingat kitorang banyak duit simpanan kot. Gila! Kalau kaya aku dah duduk rumah sendiri la woi!! Ataupunnnnnnnnn.....

Haritu masa dia dtg rumah nak mintak MIL buat Nasi Dagang tu, aku rasa MIL ada mentioned pasal dorang nak beli 1 machine ni (untuk kesihatan). Harga machine tu RM10k. MIL & FIL aku ingat nak pinjam credit card aku or Mr H utk beli machine tu. Then dorang byr bulan2 kat aku & Mr H... Aku rasa dari situ dia ingat aku & Mr H ni byk duit kot!! Sbb tu aim kitorg je!!

Hoiiiiiiiiii.... Tu guna credit card. Tahu? HUTANG. Tahu?? Bukan cash!! Dan interest tu kitorang tanggung tahu?? Tapi...sebab machine tu utk kesihatan MIL & FIL, aku & Mr H takdelah kisah sgt. Nak belikan sendiri tak mampu. Tolong hutangkan je yg kitorg mampu buat. Tapi.....tu makbapak suami aku. MAKBAPAK! So takde la nak berkira sangat... Tapi utk tolong orang lain,dala sampai 5k,tak tau bila boleh bayar plak tu.. Celah mana kitorang nak korek?????

This sedara boleh tak bagi ayat.. "Tolonglah Kak N** (MIL). Berharap sangat ni. Dah tak tau kat mana nak cari duit. Aritu ada duit dah. Tapi saya dah laburkan. Dahtu pelaburan tu tak boleh nak cash kan sekarang.. Tolong sangat. Saya berharap kat akak sangat..."

HHHHHHAAAAAAAAAMMMMMMBBBBBBBBBBOOOIIIIIIIIIIIII......... ni aku menyirap darah ni. Kau ada duit, kau laburkan?? Dah tau anak nak kawin, kau labur kan?????? Dah tu buat pelaburan yang tak boleh jual/cash kan dalam masa terdekat?? Pelaburan apa tu???

Dah tu sebab kau buat pelaburan, MIL & FIL aku pulak kena keluarkan pelaburan (ASB) dorang utk tolong kau? Kau bayar dividen dgn bonus mcm ASB tak?? Tak kan?? Silap2 bila kau nak bayar pun tak tentu lagi. Dah tu camane dengan pelaburan MIL & FIL aku??

Ni aku tak tau la apa kisahnya arini... yg aku tau MIL aku cuma cakap nak bagi berapa yang termampu, yang ada. Nak bagi amount yang dia mintak mmg takde lah.. See?? Baik kan MIL aku?? Aku buat bodo je. Sebab mmg confirm tak mampu!!

Nanti aku sambung Episod 3 pulak. Tunggu aku pegi kenduri kahwinnye dulu. Next week aku story mory apa berlaku eh? Kepoh kan aku?? Kah3.... ;p

15 comments:

  1. Tak sabar nak tunggu sambungan..
    Pernah baca kat forum pasal hal meminjam duit ni lah jugak... Sampai mengamuk-mengamuk sebab tak dapat duit. Last sekali tak pasal-pasal dia sihir orang yang tak bagi pinjam tu. Jahat betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isk..cuak plak bila cite2 psl sihir2 ni..
      adoilaaa..mudah2an Allah jauhkan..
      sakit yg ada ni pun x abis berubat lg.huhu..

      Delete
    2. hah gile la sampai sihir sbb tak bagi pinjam. ingat org lain cop duit ke?

      Delete
    3. Tu la dia manusia...
      ada org cuma fikir susah dia,org kena tlg..
      tp dia xfikir susah org pulak..

      Delete
    4. insyaallah tak jadi macam tu.. dalam forum tu pun, orang yag nak pinjam tu memang teruk sangat perangai dia.

      Delete
  2. plzzz buat sambungan....org mcm ni mmg tak sedar diuntung

    ReplyDelete
  3. hahaha
    x sabar lg i nk tunggu entri seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Kita pernah experience. Dua kali you!

    Sekali tu, pinjam budget utk majlis tunang kita. Alih" dia bertunang dulu. Majlis kita postponed bertahun2. Sedih. Sampai harini tak bayar.

    Awal tahun, org yg sama jugak. Pinjam lagi, duit kahwin tak cukup. Nak jugak baju designer, nak majlis di hotel. Habis wang utk kahwin kita dia pinjam.

    Saya cuma doa dari jauh, moga dia diberi kesedaran dan dimurahkan rezeki nak bayar kita. Bukan sedikit. Banyak!

    Saya siap nasihat indirect, "Kau solat dan doalah sebanyak manapun. Kau kena ingat, doa kau tergantung antara langit dan bumi". Dan I pesan, "Sesen pun aku takkan halalkan, selagi kau dan keturunan kau tak langsaikan semua ni".

    Tapi tak faham jugak!

    Tak tolong, mak bapak siteman dah sedih. Namapun anak manja. Tak tau hidup susah. Maruah keluarga.

    Alih", majlis kita tertunda2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya allah..kesiannye u!!

      Dulu ms nak kawin ada jugak yg nak pinjam duit,nak mtk tlg,etc..kalau ada duit lbh,mmg la boleh bg pinjam. Tp duit bajet kawin mmg xkn sentuh.sbb duit 2 susah pyh kite kumpul utk majlis kite..xkan nak berhutang demi org lain pulak kan?ms tu buat bebal je xkira la org yg nk meminjam tu sedara ke ape..

      sabar je la dear.. mmg ada org ni motto hidup dia biar papa,berhutang sini sana janji bergaya.huhu..

      Delete
    2. knp bg pnjam lg..ee da yg sblm tu x byr jgn la bg pnjam da..ckp je xde due..
      sy plg bnci org yg nk berlebih2 tp xde duet..x sedar diri btol..buat takat mane mmpu da la..
      die igt duet jatuh dr langit ape..usaha la sndr..org penat lelah cari duet die kje nk pnjam je..
      (haish emo plak)

      Delete
  5. Geramnye aku baca.. If i were u i told my mil jangan bagiiiii. Ergh. Sedara xsedara. Xpn b4 nk bg tu bg crramah sejam dua bior igt nk byr balik . Yg geram tu mak dgn anaknye pn sama ba wau dal wa ha. Ank sndri pn xreti nk nasihat n handle. Sigh... Rs nk lempang bakal raja sehari tu okk

    ReplyDelete
  6. lagi lagi...nak tau kisah selanjut nye..hehe

    ReplyDelete
  7. oh wow. stress pulak baca entry awak ni dek oi. hahaha. anyway, kita pon ada citer sebenar... bajet2 kawen skali lari bajet. terpaksa pinjam duit mak kita (pinjam taw, bkn buat reta). hihi dh 3 thn kawen, ada belen lg 1.4K. seb baik pinjam mak, xde bunga, byr cikit2 bulan2. tp xde la smpi pinjam adik badik, sedara mara or kwn2. tu pon byr blk sendiri, xmo pki duit hb. segan weh. hahaha. sayang mak kita! (^^,)v

    ReplyDelete
  8. alahai..ada jugak org cenggini..nanti jgn lupa sambung..x sabar nak baca!!! huhu..semangat tau kita baca tadi..huhu

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers