Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, September 10, 2013

Kisah nak kahwin tak cukup duit... Episod 3

Nak tau cite sila baca dulu Episod 1 dan Episod 2. Nama & beberapa details telah ditukar bg melindungi identiti mereka2 dalam kisah ini. Keh3...

So last Friday aku balik dari keje, MIL aku bgtau dorang dah amik Nasi Dagang. Pinggan,gelas,sudu garfu semua MIL aku bg tapi setakat yang ada je... Duit pun MIL aku bg setakat yang ada. Tapi tak tau la plak aku berapa 'yang ada' tu. Tapi kalau ikut MIL & FIL aku..'yang ada' tu mau lah RM4-5k jugak.. Aku pun takde tanya2 lagi. Dah tak bagi pinjam takyah la nak kepoh2 sgt kan?Keh3...

On the wedding day,kitorg bawak MIL & FIL pegi wedding tu... Mula2 aku tengok kad, aku boleh rasa kad ni jenis mahal sikit la. Tgk kualiti printing & kertas. Aku tau la sebab aku pun pernah tempah kad kawin. Hehe...

Tengok tempat dia buat majlis...oh. Kat Taman B*****. Takpe...bersangka baik. Rumah dia sempit. Takde tempat nak buat majlis. Lagipun majlis ni combine 2-2 pihak. So logik lah.. Lagipun mungkin dia book last2 minit so takde tempat lain selain tempat ni..

Sampai2 kat majlis..owh. Majlis tepi tasik. Cantik. Pasang khemah. Romantik gitu.. Ada MC khas utk majlis. Photographer ada 2org... Hmmmmmm....

Tengok pelamin, waaaahhhh...kebaboommm jugak.. Kat khemah pelamin ada bunga jurai2 penuh satu khemah. Kerusi kat pelamin punnnnnn...makkk oooiiii...cantik betul. Bila pengantin sampai, tgk baju pengantin... Hmmm..ni yang aku mula nak mengumpat ni...... Haishhhh..

Baju mmg cantik ok? Mmg vogue gila lah! Nama pun baju pengantin. Exclusive lagi. Bila aku bajet2 baju pengantin,pelamin,MUA,etc... Itu je kalau amik pakej mau kurang2 RM10k. Tu pun kalau baju sewa. Kalau baju designer?? Tambah lagi la kan?? Aku pun pernah kawin jugak. Pernah survey2 harga kat KL jugak. So aku boleh agak laaaaa... Sedangkan pelamin bertandang aku yang sempoi gila, baju songket sewa plus MUA je total dah RM3-4k.. Photographer pakej da bape ribu kan? Kalau amik extra lagi sorg utk cover majlis biasanya topup duit lagi..

Dapat doorgift pulak.. Haiiiii...cantik! Paperbag tak main lah macam aku kawin dulu. Jenis yg beli dah siap. Paperbag haruslah print nama pengantin, 1 set dengan kad kan? Doorgift pun bukan 1brg. Mestilah penuhkan paperbag tu..kan?

Adoiiiilaaaaaa...dah la tu. Malas aku nak ulas panjang lebar. Mula2 aku ingat aku sorg je yg sakit hati tengok. Rupa2nya SIL aku pun sama. SIL aku pegi lambat. Kitorg dah balik baru dia sampai majlis.

Malam tu kat rumah MIL aku, SIL aku dengan selamba boleh cakap.. "Mak. Tengok tak majlis dia? Dah tau takde duit janganlah buat majlis grand macam tu! Pastu sibuk nak meminjam duit orang! Nasib baik mak tak bagi pinjam duit kan?"

Aku senyum simpul je. SIL aku xtau gamaknye MIL aku bagi jugak pinjam duit. Kalau tau mau MIL aku kena bebel. Hahahaha..

Aku pun taknak lah panjang2 cerita...mungkin this sedara ada sebab2 kenapa dia buat majlis grand macam tu. Tapi...aku just nak bagi pengajaran kepada bakal2 pengantin di luar sana...

Memang betul..bila nak kawin, selalunya kita muda lagi. Duit simpanan tak banyak. Selalunya mak bapak akan tolong. Macam aku, duit simpanan ada a few thousand je masa nak kawin tu. Tapi Alhamdulillah.. Yang lain2 parents sponsor. Aku cuma bayar utk pelamin, MUA, doorgift, card,photographer & deco2 kecik. Yang lain2 ditanggung.

Tapi aku pun faham. Parents aku bukan kaya... Duit hantaran aku bagi kat parents aku utk tanggung duit makan,khemah,etc..  Dan aku pun takdelah buat majlis grand2. Cukup setakat yang termampu. Baju+pelamin+MUA aku bayar sikit2 dari lepas bertunang lagi. Bulan2 aku pegi bridal tu,bayar sikit2 yg mampu. By the time majlis aku, tinggal RM400 je lagi nak byr xsilap aku. Photographer pun sama. Aku rasa by the time nak majlis aku tinggal bayar final payment yang xsampai RM2k utk semua benda2 tu. Tu pun sebab nak make sure everything ok,baru bayar. Kalau tak dalama aku byr semuanya sampai abis..

Belah Mr H lagi sempoi. Sebab duit dia da banyak abis bagi hantaran, majlis belah dia sempoi je. Mula2 kitorg tanak sanding tapi sebab family nak, maka kitorg ikutkan je. Tu pun pelamin sempoi gila. Baju plak mmg aku yang nak songket. Tapi warna, baju apa semuanya Mr H & SIL aku yg pilih. MUA je ikut MUA yg aku nak.

Apa nak kisah?? Kau nak buat majlis kahwin sehari dua tapi sebab tu kau nak berhutang sampai ke tua? Nak tanggung malu sampai bila2?? Please la... Aku boleh faham kalau kau pinjam duit parents. Aku pun sama. Tapi kalau parents kau ada duit tu,maknanya korang masih mampu buat majlis tu... (Lepas abis majlis bayarla balik sikit2. Bukan buat bodo terus. Faham?)

Taaaaapiiiiiii.... Kalau parents kau terpaksa berhutang, tebalkan muka pegi meminjam sini sana.. baik korang rentikan je la niat nak majlis kawin grand2 tu. Kesian la sikit dekat parents tu. Dari kecik sampai besar dia dah menanggung hidup kau. Ni nak kawin lagi beban dia kena tanggung?? Buat kecik2 apa salahnya?? Janji yang penting kita selamat nikah kan?? Hidup lepas kawin ni llaaaaaaagggggiiiiiiii banyak nak pakai duit. Belum nak beranak,dah ada anak sorg,2org,3org,beli rumah,renovate rumah,etc... Semua tu DUIT!

Aku masa nak kawin aritu time nikah aku mmg risau. Tapi lepas nikah tu aku da tak peduli dah majlis kawin aku camane. Janji ai dah jadi bini orang! Gatal tak?? Keh3....

Rasanya ni je lah episod yang ada. Tapi kalau ada update lagi...nanti aku sambung episod lain pulak. Kah3..... ;p

Oleh sebab aku takleh tepek gambar pengantin ataupun details2 majlis pengantin (takut ada antara korang yang kenal pengantin or datang majlis tu tau pulak kisah disebalik majlis kawin tu. hehe...), maka aku tepek gambar masa kitorg kat majlis tu je...boleh?? Hehehe...

Muka nak cari pasal.

Merenung nasib di tepi tasik...

Anak bapakkkkkk....
 
 


5 comments:

  1. agree :)
    ada stgh tu anak ok je.
    tp mak bapak yg lebih2 suruh anak pinjam sekian sekian.
    yg seksa anak juga. byk kena tolak gaji. dpt duit kawin guna senyap2. at least bantulah anak yg kena tolak gaji tu. susahkan org smpai berumah tangga.

    ReplyDelete
  2. i vangga sgt dgn pencapaian i..
    i kawen semua pakai duit hntran n duit sendrik..
    parents i xde kuar sesen pun..
    mmg dr b4 kawen dah nekad, kalo kawen xnak ssh kan mak bapak..huuu..
    untung sesape yg parents ade sponsor..
    i ukur baju di bdn sendrik..
    parents bukan byk duit..
    so, berjimat cermat kat mjlis kawen sendrik..
    jnji kawennn..hehehe

    ReplyDelete
  3. padan la smpi pinjam2. giler kentang dia punya grand! doakan yg baik2 je lah. harapnya jodoh diorg berpanjangan lepas dah bergolok bergadai berhutang nak kawen tu. klu x berpanjangan, soh je mak dia sembelih anak dia tu and tanam kt tepi tasik tu. huh!

    ReplyDelete
  4. hurm... ramai sebenarnya yg cam ni... malu katanya buat majlis kecik2... gilerr... if org senang tak hairanlah kut...

    ReplyDelete
  5. haha abis direct bace cter ni..overall mmg menyakit kan ati..
    mtk jauh la dr sedare yg mcm ni..geram u haha

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers