Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Friday, September 27, 2013

Pengalaman Bersalin Pt. 3: Mudahnya jalanMu Ya Allah..

Mula2 aku ingat aku tak nak sambung pengalaman bersalin aku ni. Draft dah ada...Aku ingat nak simpan je.. Tapi sebagai sokongan moral utk one of my bestfriend yang tengah menanti saat2 nak bersalin ni.. Aku publish jugak lah ye.. Mudah2an boleh membantu yeeeee.... Hehehehe... (U know who u r!!)
Baca la Pengalaman Bersalin Pt. 1 : Confusion dan Pengalaman Bersalin Pt. 2 : Major Drama kalau tak faham cerita. Hehe..

20 November 2012

Pukul 9 mlm MIL aku rendamkan bunga akar fatimah utk buat air selusuh. Masa air ketuban aku pecah kat umah tu dalam pukul 10.30mlm. Aku ngan Mr Hubbee tkr baju, siap2 nak pegi hospital. Aku sempat borak2, gelak2 ngan MIL & jiran2 yg dtg melepak dpn umah lg..Pukul 10.40 kitorg gerak ke hospital. Owh..peristiwa kelakar nak cite ni. Oleh kerana Mr H da panic,kelam kabut..boleh x dia tertinggal handbag aku? Dala dokumen ape sume dalam tu. Nasib baik xjauh lagi. Terpaksa patah balik. In-laws aku gelak2 je bila kitorg pth blk.hehehe...

Sampai hospital, register, masuk wad.... pukul 12mlm bidan amik bacaan contraction,blood pressure,etc...jalan still 2cm. Nurse pun pasang lah segala apa tok nenek kat aku. Masa ni aku steady lagi. Sakit contraction pun tak rasa sangat. Nurse cakap kalau nak epidural tunggu jalan bukak 5-6cm. Dia tanya aku nak epi tak. Aku cakap aku kalau boleh tanak tapi kalau tak tahan sangat aku amik la..

Kitorang amik bilik private sebab aku kan xsuka org kacau konsentrasi aku (ceh!bersalin pun kena ada konsentrasi ke??haha). So Mr H boleh teman tidur kat wad sekali. (Yg sebenarnya aku tanak tidur kt hospital sorg2. Ahaks!) Sambil menahan contraction kitorg boleh borak2, gelak2 lagi.. Hehe..

21 November 2012

1.00am
Nurse dtg cek contraction. Mmmg masa ni dah kuat la.. Dah mula terasa sakitnya. Check jalan, baru 4cm. Dia siap pesan lagi.. "Adik, relaks..adik bersalin esok pagi or tengahari ni.. Sabar, tahan sakit ye? Ni biasa...". Aku iyekan je mula2. Tapi makin lama makin sakit...

1.20am
Sakit gilaaaaaaa weyyyyyy.....aku mintak Mr H panggil nurse. Nurse datang, aku tanya la pukul berapa doctor aku nak sampai. Nurse tu boleh jawab.. "Kita mmg tak panggil doctor. Awak bersalin lambat lagi ni.. Tahan ye adik... Esok pagi ni. Silap2 tengahari baru bersalin..". Aku macam... erkkk????? Dah sakit macam ni esok pagi or tengahari baru bersalin..biar betik????

"Tapi nurse...dah sakit sangat ni. Memang lambat lagi ke?". "Iye dik...awak ni anak sulung. Memang lambat. Ada orang sampai 2hari baru bersalin dik.. Ke awak nak czer? Kalau dah tak tahan sangat kita boleh request utk czer..". Take note. Aku bersalin swasta ye. Memang cepat je dia suggest czer kan? "Tapi doctor cakap saya boleh bersalin normal. Kenapa nak czer pulak? Jalan da bukak berapa cm ni nurse?". Pelik aku. Apesal nurse ni refuse nak buat apa2.. Taknak bagi aku bersalin ke apa ni? Air ketuban dah kurang dah. Dah habis keluar semua dah gamaknya..

"Kita cuma boleh cek jalan sejam sekali dik. Tak boleh cek selalu. Takut kena jangkitan kuman nanti.. Kalau awak tak tahan sangat kita czer ye?". Gila apa nurse. Saya tanak czer!!! Huhu... "Takpelah..."

1.35am
Aku dah tak tahan gila!!!!! Bukan sebab sakit je. Tapi sebab aku automatically rasa nak teran. Serius. Mmg urge utk teran tu datang sendiri! Pastu aku boleh rasa baby dah turun betul2 kat laluan keluar tu.. Aku suruh Mr H pegi panggil nurse lagi. Mr H macam agak serba salah sebab baru je panggil tadi. Boleh tak dia cakap.. "Sabarlah sayang. Tahan sakit tu. Sikit je tu.. Kan nurse cakap esok pagi baru awak bersalin.. Tahan ye?"

Aku mintak maaf la sesangat. Bukan aku nak jadi kurang ajar. Tapi dalam hati aku mmg terdetik camni.. "Tahan kepala hotak kau! Kau tak sakit boleh la suruh aku tahan! Cuba kau yang merasa sakit ni.. Kau demam pun dah merengek macam budak kecik!!". Hahahahaha... Ampun... Tu sume setan yang datang mengganggu time tgh sakit tu. Hahahaha...bila aku cite balik kat Mr H apa yang ada dlm hati aku masa tu dengan dia sekali gelak. Hahahaha...

Aku takdelah cakap camtu pun. Hahaha...Instead aku ugut Mr H kalau dia tak panggil nurse aku teran sekarang jugak. Apa2 jadi kat aku ngan baby, salah dia. Kelam kabut dia lari cari nurse. Hahahahaha..

Nurse datang, ayat dia masih sama.. "Tahan la dik, relaks.. Jangan kejangkan badan. Jangan teran.. Lambat lagi ni..". Masa tu aku dah panas hati dah.. Jawapan aku senang je.. "Tapi saya rasa nak teran nurse. Saya tak kira. SAYA NAK TERAN SEKARANG JUGAK!!". Kelam kabut nurse tu pegi panggil junior nurse yg lain utk amik alat2 nak buat VE & cek jalan.. Bila dia bukak je kain aku, ltk tangan je.. Aku boleh tgk muka dia berubah. Terus dia bisik kat nurse lg sorang tu. Nurse tu pun berlari2 keluar. Aku dah agak dah!!!!!

AKU DAH 10cm OK?? Dari pukul 1.00 aku baru 4cm, pukul 1.40 camtu aku dah 10cm!! 40MINIT JE DAH BUKAK 6CM!Take note ye.. Ward aku adalah dlm 10-20meter dari Labour room. By the time aku disorong atas katil, aku mmg tahan diri dari teran! Aku rasa kalau aku teran mmg confirm aku beranak atas katil tu! Hahahaha...

1.50am
Mr H sms kakak dia cakap aku dah sorong masuk LR. Aku baring atas katil LR, tangan pegang tali dia tu.. Still menahan diri dari meneran. Dr Halim sampai dgn baju tidur ok? Hehehe.. Aku dengar je Dr Halim bagi salam & nampak dia tgh pakai robe tu.. Aku terus teran tak tunggu2 dah!! Hahahahaha.. Breathing technique pun kelaut!! Yg aku mampu sebut cuma "Allah" je!

Mr H pegang tangan aku sepanjang masa, urut2 bahu aku. Dan jadi cheerleader "Sikit lagi yang. Sikit lagi. Sakit sikit je yang.. Tahan yang!!". Masa tu aku ada jugak la rasa nak lempang dia sikit2. Sakit sikit kata kau? Kau cuba rasa sakit ni!! Sikit ke banyak?? Aku sakit ni sebab kau tahu???!!! Muahahahaha....

Push kali pertama aku dah rasa daaaahhhhhhhh.... Push kali kedua keluarlah kepala baby. Dr Halim gerakkan baby sikit. Big push kali ketiga...selamat keluar dah!! Rasa panasssssssss je keluar dari situ. Hehehe....Alhamdulillah... Tau tak perasaan dia tu macam lega selega2nya!! Bak kata sorang kawan aku.. Rasa nak beranak tu macam rasa sembelit yang paling sembelit sekali!! Hahahaha... Aku agree!!!!

Dr Halim tekan perut aku utk keluarkan uri. Rasa panas jugak. Tapi masa ni mmg dah tak fikir apa dah. Mmg "Allah" je kuar dari mulut aku berkali2. Aku nampak Mr H potong tali pusat then nurse tepuk2 bontot baby bagi nangis. Pastu dia guna mesin sedut lendir2 kot. Aku nampak & dengar Mr H azankan baby depan aku.. Oh ye. Semua tu berlaku sambil Dr Halim tgh menjahit aku ok?? Gila rilek aku rasa.. Hahahaha.. Actually aku kena 1 ke 2 jarum je. Tak besar pun luka aku. Hehehe..

Nurse balut baby dengan kain. Letak atas dada aku. Aku mmg penat sgt3. Takde tenaga. Cuma boleh peluk baby, senyum & cakap.. "Assalammualaikum baby..". Serious aku cam blur gila tak tau nak buat apa. Aku bg jari kelingking, letak kt bibir. Then baby macam try utk hisap. Dr Halim tanya aku anak lelaki ke perempuan. Aku cuma cakap babyboy. Hehe..

Perasan tak during this whole thing..aku takde mentioned any ubat,pils, injection or anything? Yes. I give birth 100% naturally! No epidural, no induce, not even painkiller. Jahit pun takde ubat ok? Tiba2 aku rasa gagah perkasa!! Kah3...

See?? Allah bagi mothers satu kekuatan yang tak dapat ditandingi. Satu kekuatan yang even kita sendiri tak pernah sangka! Aku ni penakut. Takut sakit. Aku dah terbayang2 bersalin mungkin aku perlukan epidural sebab tak tahan sakit. Tapi.. siapa sangka aku bersalin mmg 100% naturally??

2.05am
Mr H sms kakak dia aku dah disorong keluar LR. Lepas the whole thing was over baru kitorg perasan yang aku masuk LR 15minit je dah setel. Semua orang terkejut. Apa nak buat, baby tak sabar2 nak tgk dunia. Hahahaha.. Alhamdulillah... aku bersyukur sangat2 sebab bagi aku Allah bagi jalan yang sangat mudah utk aku & baby. Aku tak rasa susah pun bersalin ni.. Mudah sangat2 jalan yang Allah bagi. Kalau dengar cerita orang lain,aku rasa aku sangat2 bertuah!

Aku stay hospital 3hari 2malam. Bukan sebab ada problem ke apa. Alhamdulillah aku & baby sihat2 je. Tapi...almaklumlah hospital swasta kan. Kena la stay lama2 sebab dorang nak duit lebih. Hahaha.. boleh giteww?? Bagus jugak. Sebab 3hari 2mlm aku kat sana semua nurse buatkan. Even tukar pad aku. Manja tak aku??Keh3... Mandikan aku je tak. Tu Mr H buat. Sebab aku ngengada tanak nurse mandikan. Biar Mr H tengok betapa susahnya aku nak bg zuriat dia lahir kt dunia. Pengajaran sikit! Hahahaha...

Moral of the story : Jangan percaya cakap nurse ke doctor ke orang2 sekeliling. Your body will know the urge. Kalau rasa nak bersalin sangat tu..mungkin memang betul dah nak bersalin. Tak kira la orang cakap kau bersalin 3hari lagi sekalipun. Hehe...

1.59am, 21st November 2012.. Lahirlah putera sulung kami..
Muhammad Eusoff Bin Mohd Muzaffar

Lahir2 dah tembam.. nak buek camno?? Hahahaha...
 
 
21st September 2013
Dah 10bulan dah anak Mummy.. kejap je masa berlalu. Rasa macam baru haritu Mummy push2 Eusoff keluar. Sekarang Eusoff pulak selalu push2 Mummy suruh bangun kalau Eusoff bangun tido dulu. Hahaha...
 
Semoga Eusoff membesar dengan sihat ye sayang.. Jadi anak soleh, pintar,bijak.. Selalu ingat Allah. Mummy sentiasa doakan yang terbaik utk Eusoff.. Muuuaaahhhhh...
 
MODE : Tak sabar nak balik gomol anak sendiri. Hehehe..
 
 

4 comments:

  1. baca ni sambil gelak2 dan kagum..mudah sangat awk bersalin..bertuahnyeee..hopefully ecah bersalin nnt dipermudahkan..

    ReplyDelete
  2. baca entry ni kite lak rasa x sabar nk bersalin nie....mudah2an sakit x lame la..huhuh

    ReplyDelete
  3. kita sama! 100% naturally! bezanye, iolsss lama tahan sakiittt..heeee

    ReplyDelete
  4. kagum sangat baca kisah u ok. i ni 12jam kat LR nak tunggu 10cm hihihi lucky u

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers