Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, October 03, 2013

Anak korang tidur awal ke lambat??

Arini aku nak cite pasal tidur.. Actually aku mmg co-sleep with Eusoff. Eusoff takde babycot. Dia ada playpen yang kakak aku bagi tapi tak pernah pasang pun. Dari lahir memang Eusoff tidur dengan aku. Sampai sekarang we still co-sleep.

Aku mmg pilih utk co-sleep. Bukan sebab aku rasa tidokan baby kat babycot tu kejam ke apa.. No. Jgn salah faham eh. Every parents ada reason sendiri kenapa dia pilih nak co-sleep or tak. Tapi jujurnya.... aku pilih co-sleep sebab aku adalah seorang pemalas. Huahuahuaaa... Aku malas nak bangun, angkat Eusoff, bf then letak dia kat babycot/playpen balik lepas dia tido. By choosing co-sleeping, bila2 Eusoff bangun aku just sumbat nenen sambil baring then pandai2 engko la nenen sendiri. Mummy nak tido. Hahahaha. OK. Ini adalah contoh yang tidak elok. Hehehe..

Dulu aku dgn Eusoff tidur atas katil. Mr H tido kat atas tilam kat tepi katil. Tapi once Eusoff dah mobile, kitorg tukar pulak. Mr H tidur atas katil, aku dgn Eusoff tidur bawah. Kadang2 Eusoff dah tido, aku naik tido atas katil. Kadang2 3-3 tido bawah. Katil kosong. Hehehe..

Eusoff tido tak lasak. Aku tak risau dia jatuh katil masa tidur. Tapi kitorg takut dia jatuh katil bila dia da bangun. Budak ni bukan reti takut! Hehe.. Kadang2 dia da bangun, senyap2 je merangkak pegi kat toy shelf dia, main sorang2. Kadang2 kalau aku tido atas katil, tau2 je dia dah berdiri tepi katil (sebab dia takleh panjat katil lagi). Kadang2 tu dia mamai kot. Ingat aku takde sebelah dia, dia nangis sambil cari aku atas katil padahal aku tgh berselubung dlm comforter sblh dia. Hahahaha...

Eusoff ada rutin tido dia. Lepas Eusoff umur 3bln camtu...dia dah ada schedule sendiri. Jujur aku cakap aku tak rasa susah dengan Eusoff. Jarang sangat aku kurang tidur sebab dia. Kalau dia tak sihat tu standard lah kan..merengek sepanjang malam. Tapi kalau hari2 biasa, dia tak banyak ragam pun malam.

Weekdays Eusoff akan tidur macam biasa. Jumaat & Sabtu malam je Eusoff ada kelonggaran sikit sebab esoknya kitorang tak keje. Weekdays Eusoff waktu tidur Eusoff dalam pukul 8.30-10.00mlm. Jumaat & Sabtu malam waktu tidur Eusoff dalam pukul 9.30-11mlm. Aku tak tau lah anak korang macammana. Tapi anak aku mmg macam ni. Awal ke lewat tu? Hehehe..

Aku terfikir perkara ni sebab ada sekali tu Eusoff tidur pukul 8.30mlm. Aku up status kat FB sebab kebetulan aku ada benda nak buat & Eusoff dah tidur. Aku up status tu pukul 8.40mlm. And ada kwn2 yg komen mcm2. Ada yg ckp anak dia camtu. Ada yg cakap abis la aku kena jadi jaga kejap lagi, ada yang cakap "Awalnya anak kau tido??". And ada yg PM tanya macammana aku buat anak aku tido awal. Antara soalan2 yang aku dapat :

Kalau tido awal, tengah malam dia bangun & berjaga/ nak main sampai kul 3-4pg baru nak tido balik tak?
Tak. Dia tidur sampai pagi.

Tido awal, nanti mesti dia bangun awal..kalau tido pukul 8.30mlm, tak ke dia bangun pukul 3pagi nanti?
Taklah. Dia tetap bangun macam biasa.

Bagus ke tido awal?
Bagus utk aku & Eusoff. Sebab Eusoff less cranky bila cukup tido. Mummy pun boleh buat macam2 tanpa gangguan lepas dia tido.

Lecehla. Tak susah ke kalau nak keluar malam2?
Depends. Leceh jugak kadang2. Sebab asal masa tidur dia sampai je dia mula merengek/cranky. Susah nak keluar sampai lewat malam.

Anak kau tak merengek/nangis ke bila kena paksa tidur awal?
Taklah. Manade aku paksa. So manade dia merengek/menangis. Merengek/menangis nak tidur awal ade la..

Kau co-sleep boleh la. Anak aku tidur dalam babycot. Susahnya nak buat dia tidur awal..
Ada beza ke tidur kat mana? Tidur tetap tidur... Yg penting utk Eusoff nenen is available. Kat kedai mamak pun Eusoff boleh tido. Hehe.. Unbelibebel?Belif it! ;p

Jawapan utk semua persoalan tu adalah...

Sleep Train & Bedtime Routine. Next entry aku citaaaaa.... Hehe..

1 comment:

  1. anak ain pn dy mmg ade waktu tetap dy tdo....paling lewat dy tdo pkul 10 mlm..awal tdo pukul 8 mlm...xkire la tdo lewat ke cepat ke ...dy tetap akan bgn pagi..paling awal bgn 6.30pg lewat pn dlm 7.30 pg...belum penah bgn lewat lebih dr kul 8 pagi..dari umur dy 3 bulan time tdo dy mcm tu..mmg xpenah la bgn 2-3 pagi ajak main ke ape...

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers