Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, October 17, 2013

My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 1

Oleh sebab ramai yang bertanya pasal aku bentan & hampir meroyan tu.. Meh la aku citerkan pengalaman aku. Biar jadi pengajaran & panduan utk ibu2 muda sekalian. Ecehhh... Hahahaha..

Pertama sekali aku nak cakap..aku memang agak trauma nak ada anak lagi. Aku bukan trauma mengandung or bersalin. Sebab Alhamdulillah..mengandung & bersalin agak mudah bagi aku. Allah bagi jalan yang cukup2 mudah utk aku & Eusoff. Tapi serius aku trauma berpantang. Dan aku agak risau kalau aku jadi lagi teruk kalau berpantang sekali lagi...

Actually aku mula2 malu nak cite kat orang pasal ni. Aku cite pada kawan2 yg rapat dgn aku je.. Tu pun aku tak cerita semua. Masih ada part2 yang aku sembunyikan..Tapi oleh sebab one of my bff hampir kena perkara yang sama & she's really thankful sebab aku share pengalaman aku so aku terfikir..mungkin cite aku leh tolong orang2 lain jugak. Meroyan (atau bahasa saintifiknya post-partum depression) is not a small matter. And you're not alone in this journey. I've experienced it. So please, it's nothing to be ashamed of. So..here's how my story goes...

Aku berpantang dengan MIL. Sebab aku takde mak... So bila berpantang dengan MIL korang boleh bayang la kan. Sebaik2 MIL, tetap tak sama dengan mak sendiri. Korang yang still ada mak, memang bertuah. Bertuah sangat2. Aku tak merasa semua tu.

Nak ikutkan pantang dengan MIL aku takdelah strict sangat pun. Hehe.. Kira aku ikut almost 80% pantang tradisional laaa.. 44 hari beb aku xkuar rumah. Kuar 2kali je masa Eusoff umur 7hari & 8hari sebab pegi jumpa doctor masa dia kena jaundice. Selain tu takde weyhh... Kain batik & stokin pakai sampai 44hari. Bertangas & bertungku almost everyday. Pilis & param lengkap. Makan berjaga.. Ikan haruan almost hari2. Nasi sentiasa makan panas2. Jamu & air akar kayu je aku xmakan. Jamu sebab mula2 Eusoff ada jaundice, doctor mmg xbagi makan. Dah lama sikit aku makan jugak la sikit2. Tapi sehari sekali je. Hehe.. Air akar kayu MIL aku ada buat tapi aku xleh telan. 1hirup je terus aku takleh blah. Sampai nangis2 depan Mr Hubbee sebab tanak minum. Hoverr tak aku?? Kah3...

So..kalau dah ikut semua pantang larang, macammana aku boleh bentan? Jawapannya....aku pun tak tau. Hahahaha...

Mungkin aku ni jenis bergerak nak laju je. Mana reti jalan kepit2. Dah rasa diri cukup sihat kot. Pastu anak pulak pantang tinggal je nak melalak, nak berpeluk setiap masa. Jadi aku mmg takde masa la nak berlemah-lembut bagai. Pastu aku pun start la buat keje ringan2 macam basuh kain (masukkan dlm washing machine je sebenarnya), lipat kain, etc. Atau mungkin ibu jari kaki aku ada terlanggar apa2 ke.. Sebab org tua2 pesan jangan bagi ibu jari terlanggar apa2 masa dalam pantang.. Ataupun mungkin sebab ada sekali tu aku mandi almost maghrib sebab tak sempat nak mandi before tu.. Tah la. Aku sendiri tak tau kenapa aku jadi camtu. Hehe..

Macammana rasanya bentan tu?? And macammana aku tau aku hampir meroyan??

Masa umur Eusoff 30 hari, aku lepas minum petang tiba2 aku rasa macam tak sedap badan. Rasa sejuk walaupun aku pakai stokin. Makin lama aku rasa makin sejuk. Aku bgtau Mr H, Mr H bebel2 pasal aku asik duduk dlm aircond. Aku diam je..

Dah nak masuk maghrib, aku rasa sejuk sangat2. Menggigil2. Aku dah pakai tshirt long sleeve, sweater, stokin...siap duduk dalam comforter lagi. Tapi tetap aku rasa sejuk gila macam kat dalam salji. Hehe..MIL aku dah risau. Mr H rasa badan aku dah panas sgt2. Almost 40C kot..

Once azan Maghrib je (rumah dekat dengan masjid so azan mmg clear), aku mmg menggigil teruk! Masa menggigil tu satu badan rasa sakit ya amat! Macam urat2 kau ditarik2. Macam kau cramp satu badan. MIL dah risau takut aku kena fit (sawan) ke apa. Hehe.. MIL suruh Mr H tuam aku & sapu minyak panas satu badan aku sebab aku cakap urat sakit sgt2..

Eusoff pun mungkin faham ada something wrong dengan mak dia, dari lepas Maghrib dia menangis je. Aku try selagi mungkin utk breastfeed dia. Dengan menggigil, sakit badan..aku tetap bangun & bf dia. Tapi Eusoff pun takleh nak diletak. Asal letak je dia nangis. Dah tu tanak dengan orang lain selain aku or MIL. Ya Allah...seksa sangat aku rasa masa tu.

Masa malam pertama tu, aku baring & tido je. Actually takdelah tido sangat. Tapi aku memang lemah gila. Takleh nak bangun. Dengan sakitnya.. Aku cuma bangun utk susukan Eusoff. Makan pun Mr H suap. Tu pun aku paksa diri makan. Sebab kalau tak makan, nanti takde susu. Tu je aku fikir. Huhu..

Masuk tengah malam, aku ada lagi satu masalah. Tiba2 aku kena bengkak susu sekali. Aku pun tak tau kenapa. Aku tersedar je dari tidur tiba2 aku rasa cam "Ya Allah...sakit gila breast aku!!" Dah keras macam batu!! Eusoff nangis nak susu masa tu. Aku pun try susukan dia tapi...memang sakit gila!! Sampai menitik airmata aku tahan sakit! Lepas susukan Eusoff, aku kejut Mr H. Aku bgtau aku kena bengkak susu pulak. MIL aku pun turun, amik Eusoff.

Aku mintak Mr H pasang pam letrik sebab aku xlarat nak guna pam manual. Lepas tuam2 guna hot pack, aku pam almost 2jam!! Tahu tak aku pam sebelah breast pun boleh dapat 9oz!!Itupun lepas Eusoff menyusu!Gila ah!! Memang patut breast aku rasa cam batu. Hahaha.. Tapi susu yang aku pam tu terpaksa buang sebab tercampur darah. Ya Allah...memang sakit sangat2 masa mengepam tu. Tapi aku kuatkan jugak diri sebab kalau tak pam lagi aku takleh tahan. Dala memang nipple crack lagi masa tu.. Allah je tau camne seksanya. Dengan aku bentan, bengkak susu lagi, dengan Eusoff yang tiba2 buat perangai lagi..

Masa tu aku cam serabut sangat! Rasa macam zombi pun ada. Rasa nak mati pun ada. Eusoff pulak asal bangun je nangis. Asal bangun je nangis tak berhenti2. Aku rasa cam nak marah tapi tak tau nak marah sape!! Masa aku mengepam tu dalam pukul 12tghmalam. Aku pam sapai almost pukul 2pagi! Aku ingat lepas pam tu,legalah sikit. Kuranglah sikit demam aku. Hilanglah sikit sakit aku..Tapi ini baru permulaan ujian utk aku rupa2nya...

- Aku sambung next entry plak lah citer ni ok?? Hehehe... -



10 comments:

  1. fuhhh... seksa bab bengkak susu tu... tp kan lin rasa antara punca bentan sbb u duduk dlam air cond + u mandi lewat... kita kan kena selalu panas2.. org tua2 dlu siap tak bg pasang kipas... cuma zaman kita je da longgar sikit.... ihihiih ok.. terus kan cerita. >_<

    p/s: i thu perasaan pantang ngn mil.. sebab lin 2 minggu berpantang umah mil... uhhuuhuh

    ReplyDelete
  2. baik mana pun mak mertua still xsama ngan mak sendiri sis...
    ish..baru khusyuk baca cerita dah smbung nak entry..xsabar nak baca sambungan..hihi

    ReplyDelete
  3. ok kita geng yunk..meh tepuk tangan..
    bersalin serius ok..x ada pe2..
    masa pantang macam nak ngis and strss giler2.huhuhu
    selamat awk x kne sembelit..aien sembelit yg teruk..ngan juwita x nak letak..
    nak pgg je..nak susu je..ohhh strssnye..huhu

    ReplyDelete
  4. I sama mcm u..tp i punya kes lg worst kot. hehhehee...

    ReplyDelete
  5. alhamdlillah da berlalu..ala2 kate middleton tau..hikhik..cepat sambung nak baca..hihi

    ReplyDelete
  6. Ok.cuak bc.actuallymmg normal ibu2 bsalin ni ade y meroyan atau hampir meroyan.u.cpat smbung cerita k.heeehe

    ReplyDelete
  7. aihh..bersambung la pulak. Heheh.. Dah follow balik. Thanks ye.

    ReplyDelete
  8. Hehehe... sabar ye kawan2.cite ni mmg ber part2 sebab panjang sgt!
    susah nak explain apa yg jadi sbb mcm2 jd dlm 3malam sampai trauma dibuatnya! Huhu..

    ReplyDelete
  9. sue pernah kene bentan juga, ya Allah lemahnya segala urat. nak dukung anak pun x mampu...esoknya kene bengkak susu, azabnya la hai...

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers