Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, October 22, 2013

My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 3

* Sambungan kepada My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 1 dan My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 2 *

Malam kedua aku bentan tu lagi teruk dari malam pertama. Malam pertama tu aku ingat dah cukup seksa dah. Rupa2nya malam kedua aku siap pakej demam, penat, sakit kepala, migrain, sakit badan, sakit urat, sakit sendi, bengkak susu, perut sakit, muntah2, anak menangis tak berhenti2..

Masuk tengahmalam perut aku makin sakit. Pastu otak pun dah start cam tak betul sebab tido tak cukup. Anak plak asik menangis dari tadi. Bila dia penat, dia tertidur kejap. Tapi bila bangun je.. Suara dia pun keluar. Dahlah nyaring,kuat plak tu...tengah2 malam lagi.. Seyes bukan aku sorg yg stress. Aku rasa semua orang dalam rumah tu pun stress. Hehe..

Aku gigih jugak mengepam tengah2 malam sebab breast dah bengkak, sakit.. Tu pun Mr H yg pasang,siapkan pebende sume.. Pastu aku tinggal pam je. Lepas pam Mr H yg basuh kan, sterilizekan botol,etc.. Pastu EBM tu pun kitorang buang je sebab Mr H cakap takut tercampur darah lagi. Aku tak larat nak argue. Buang pun buang lah.. Yg aku tau lepas pam,aku melepek balik.

Bila sakit perut tu datang.. Ya Allah..sakit sangat!! Rasa macam nak bersalin lagi sekali! Sakit gila2!! Rasa macam perut kau ada bola2 besi panas yang berduri kena gelek2 dari dalam perut. Tak tau aku nak explain rasa sakit dia. Memang aku keje menangis je...

Serius aku memang bukan orang yg jenis senang menangis. Kira hati kental la konon2. Masa mak aku meninggal, masa time nak tanam jenazah tu aku sikit pun tak nangis. Lepas2 tu pun aku takde nangis depan orang. Sampai aku hampir nak dibawak pegi jumpa psychiatrist sebab takut aku kena tekanan jiwa. Masa nak bersalin tu pun sikit aku tak nangis. First time tgk anak pun aku tak nangis.Tapiiiii.... sepanjang 3 hari bentan ni, keje aku memang menangis je.. Aku tak tau nak cakap camne... Macam cengeng gila! Hahahaha...

Aku rasa malam kedua ni emosi aku mmg tak stabil gila.. Dah pukul 3pagi kot aku start nak menjerit,marah2. Mungkin sebab sakit,stress, pening, nak muntah.. Mungkin jugak sebab dalam keadaan diri tengah 'kotor', tak boleh solat, tak boleh baca quran.. setan tu mudah je nak menghasut. Masa tu aku cam dah tak tahan sangat.

Dengan menahan sakit, kejap2 kena bangun susukan Eusoff. Pastu Eusoff pun tidur adalah 10-20mnt pastu bangun, nangis balik. Ya Allah.. aku macam rasa nak mati time tu jugak! Sampai aku boleh tengking2 Eusoff yg kecik,tak tau apa2 tu.

Dah dekat pukul 4.30pg, aku dah tak tahan sangat. Aku tengking Eusoff. Lepas tu entah camane aku ada rasa nak hempas dia. Astaghfirullahalazim.... Nasib baik masa tu Mr H ada. Dia cepat2 amik Eusoff dari aku. Pastu bawak naik atas, bg MIL aku. Masa tu aku macam dah tak ingat apa2 sgt dah. Rasa menyesal sebab ada anak pun ada gak. Huhu..

Mr H turun, sambil urut2 badan aku dia nasihat la suruh sabar, istighfar,etc.. Tapi masa tu aku rasa cam benci gila kat dia. Tengok muka dia pun tanak. Macam.. sebab kau lah aku jadi macam ni tahu?! Sebab kau lah aku yang sakit! Sebab kau lah badan aku lunyai! Ni semua salah kau!! Muahahaha... kejam tak aku? Serius tu yang aku rasa masa tu. Yang aku ingat Mr H pasangkan ayat2 Quran kat tab sampai aku tertidur. Tu pun aku tidur kejap2 bangun, kejap2 bangun sebab sakit..

Sakit perut aku tu datang, pergi sampai lah azan subuh. Lepas azan subuh tu, demam, gigil, sakit aku pun start kurang. Baru aku boleh tidur sikit. Masa tu aku dah tak ambik peduli pasal Eusoff. Aku nak tidur je. Masa ni MIL bagi Eusoff susu yg aku dah pam pastu next feeding bg FM. Masa tu aku rasa cam FM pun FM lah! Janji kau tak menyusahkan aku lagi!

Seharian tu, aku susukan Eusoff kejap2 je. Sebab aku rasa benci sangat tengok muka dia. Aku susukan pun sebab terpaksa. Sbb MIL aku kesiankan Eusoff tercari2 nenen. Dengan MIL aku turut la jugak. Tapi masa menyusu tu aku tak tengok muka Eusoff pun. Kejam tak aku masa tu? Huhu...

Tu lah..setan ni macam2 bisikan dia. Bila ingat2 balik, aku rasa bersalah kat Eusoff pun ada. Tapi nak buat macammana.. Aku cam tak sedar sangat apa aku buat masa tu. MIL pun sentiasa perhati bila Eusoff dengan aku sebab takut aku buat apa2. Hehehe..

Sepanjang hari aku melepek je sebab badan sakit. Demam dah turun sikit tapi perut memulas2 tu ada la datang jugak. Cuma tak seteruk tengah2 malam tu. Mr H balik keje, terus tungkukan aku, urut badan aku.. MIL aku cakap dia dah panggil bidan yang urutkan aku tu datang. Tapi bidan tu cakap kena tunggu demam aku tu baik baru boleh urut. Dalam masa yg sama dia suruh tengok2 kalau jadi makin teruk sakit perut tu dia suruh bawak gi hospital.

Masuk Maghrib malam ketiga tu...jadi perkara yang sama jugak kat aku. Tapi kisah malam ketiga ni next entry aku sambung ehh.. Sebab malam ketiga ni adakejadian lain lagi berlaku sampai satu rumah cam takut. Pastu malam ketiga ni lah yang membuat aku PALING, PALING, PALING FOBIA sekali sampai sekarang. Cerita ni berkait kait tapi nanti aku explain sikit2.
 
- Sambung next entry... jangan marah ehhhhhh... Hehehehe... -

 
Ya ampunnnn... bila tengok Eusoff tidur aku selalu rasa nak gomol2 je! Nasib baik kau tu anak aku. Kalau anak patung, dah aku gigit2 pipi tu!! Muahahahaha.... ;p

9 comments:

  1. stress plak saya nak tunggu part klimaks haha.

    ReplyDelete
  2. tu nama nya rengat... sama lah i pun kena rengat.. adoiii fobia kan. i pun marah aisya, siap nak hempas dia.erk.. terhempas sikit sbb asyik mintk susu je.. mcm tu mula lah orang tua cakap anak lapar tak cukup susu... time tu pulak raya, ada yg suggest suruh letak nestum pulekkk... lagi lah rasa nak halau semua orang...

    ReplyDelete
  3. allah..takotnye..dlu time pantang rase nak marah anak sebab die tanak tido dan kte dah ngantokkk sgt..tp mak cpt2 amek..mgkin takot kes meroyan cmni kot..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah babe! i baca dr bab 1,hahahah dh mcmbuku sejarah.babe! takut nya.i xkena pulak.yg i kena just darah i dh kering.pas tu skali tu darah kua banyak.siap ketul2 lagik.takut gila i babe masa tu.pas tu sblm kes i kena buasir tu.i nk berak.pas tu i duk lama sgt dlm toilt.kul 10pm masa tu.pas tu nk masuk tgh mlm bdn i sejuk.mcm u ckp tu.1 bdn sejuk.ngan bontot koyak nya,Ya Allah.mmg sakit.tp apa yg u alami lg sakit babe.cepat2 sambung.

    ReplyDelete
  5. alaaa sambung lg. haihh tension i tgu cerita ni habis. hahaha. err i rs ms i tgh sakit jahitan xelok lg tu mcm penah alami lak marah2 husband and mak i . hehe. dh xigt dh. tp xmcm u la. dahsyat jugak u kene uhuhu. cptlaaa smbg.

    ReplyDelete
  6. macam baca cerita hantuuu...kuat nye dugaan awk masa pantang..x sabar nak tau cerita seterusnya!

    ReplyDelete
  7. Ahahahaha...korang ni serius sungguh la baca. rilek2...
    Sambungan dah kuar.dah sampai the end dah..
    Sorilah citer panjang sangat. Sebab tak reti nak pendekkan lagi dah.. Huhu..
    Peace! :D

    ReplyDelete
  8. beratnya dugaan yang akak tanggung..sy ritu nasib baek sume ok..cuma masa mula2 jela xcukup tido sebab baby kerap sgt bangun nak menyusu dengan berak..hihi

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers