Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, October 23, 2013

My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 4 (The End)

*Aku nak cuba abiskan citer ni kat sini sebab aku rasa macam dah panjang sangat taraf2 novel dah citer aku ni tau. Hahahaha... Jadi... sila faham bila aku pendek2kan citer dlm entry ni. Kalau nak tau citer dari awal, sila baca My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 1, My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 2 dan My Journey with Eusoff : Bentan, bengkak susu & meroyan Part 3. TQ... *  :)

Malam ketiga tu...korang boleh agak lah apa yang berlaku kan.. Masuk maghrib je, semua sakit aku datang. Menggigil, sakit urat, sakit sendi, sakit kepala, sakit perut (or rengat), migrain, bengkak susu, muntah2... Dannnnn... masuk maghrib jugak lah Eusoff mula menangis, mengamuk. 3 hari berturut2. Kalau korang jadi aku..korang tension tak? Tension beb! Dala anak kau tak reti nak cakap apesal dia asyik menangis. Ko plak tak pernah ada anak, tak tau apa patut buat. Pantang pulak dengan mertua. Walaupun mertua aku baik, tapi still...tak sama dengan parents sendiri kan? Ko nak mintak dia buat apa2 or cakap apa2 pun segan sebab namanya pun mertua.. Dengan sakit lagi... So korang faham lah yg kesabaran aku mmg da tahap max dah. Aku rasa masa ni mmg tunggu masa aku nak snap je. Kalau aku betul2 snap, mmg meroyan masuk hospital mental la gamaknye..hehe..

Masa ni aku memang rasa benci sangat, sangat, sangat kat laki aku & Eusoff. Rasa macam dorang lah yang bertanggungjawab atas semua ni! (Padahal bukan ke Eusoff tu lahir sebab aku & Mr H? Apesal pulak dia yg bertanggungjawab kan? Kitorang lah yg bertanggungjawab atas dia patutnya. Kah3..). Aku rasa macam kalau 2-2 orang ni takde lagi bagus. Kan bagus kalau aku tak kawin. Kan bagus kalau aku tak beranak. Aku rasa yang aku ni sebenarnya tak berguna langsung. Aku tak patut jadi mak. Aku tak patut ada anak. Mungkin aku patut tinggalkan laki dengan anak aku... Haaaaa...sampai camtu sekali aku rasa. Ko ado?? Hoverrr tak ahkak?? Drama kan?? Hehehe... Tapi itulah yang aku rasa masa tu...

Malam ketiga ni sambil menahan sakit aku pam susu dengan suction paling max sekali. Aku guna pam Avent SIL aku. Suction tahap max dia memang azab nak mampus. Sakit gila!! Menjerit2 jugak la aku.. Tapi yg bagusnya bila dia suck kuat2, aku rasa apa yg block milk duct aku tu disedut sekali. Mmg memancut2 la susu kuar. Tapi campur darah (and maybe nanah or apa2 yg block milk duct aku tu). Tapi serius lega sikit lepas2 tu. Try la buat kalau korang kena bengkak susu. Memang azab ya rabbi.. tapi serius lega sikit lepas tu. Tapi tu pun kalau korang sanggup laaa... Hehe..

Ok. Pendek cerita, aku alami benda yg sama macam malam2 lepas. Dan aku pun dah start nak meroyan dah. Masuk tengahmalam suara aku dah takleh control. Abis Eusoff dgn laki aku kena tengking. (Sila jgn contohi sifat ini. Aku dah mintak ampun kat laki aku. Jgn risau. Hehe...). MIL & FIL aku pun berkampung kat hall sebab masing2 cuak tkt apa2 jadi kat aku or Eusoff. Mmg sume org dlm rumah tu stress sebab dah 3malam tak cukup tidur kan..

Dah pukul 2.30-3.00pg, aku muntah2 sebab makan roti before tu. Masa ni suhu aku memang tinggi sangat2. Pastu aku cam antara sedar tak sedar. Badan dah lembik. Mr H papah aku baring. Aku boleh dgr Eusoff melalak. Tapi aku mmg dah lembik masa tu. Aku rasa MIL aku tgh bg FM kat Eusoff kot masa ni. Pastu aku tertidur....

Dalam pukul 3.15-3.30pg (ni MIL & Mr H yg cakap), aku mmg antara sedar tak sedar masa ni. Aku bukak mata, nampak MIL, FIL & Mr H tengah kerumun Eusoff. Eusoff tgh meniarap atas tilam tapi tak dengar plak suara dia melalak masa ni. Aku mmg takleh bgn dah. Aku rasa aku tanya Mr H ape tah.. Pastu Mr H cuma cakap kat aku suruh aku tidur balik. Pastu aku tutup mata, dah tak ingat apa2 dah..

Dalam pukul 4.00-4.30pg aku rasa cm ada org pegang kepala/ubun2 aku. Aku tak larat nak bukak mata tapi aku leh dengar Mr H tengah bacakan Yassin, ayat Kursi kat sebelah aku. Seyes...automatic airmata aku merembes2 ok? Dah teresak2 aku nangis. Tetiba rasa mcm nak sujud kat laki mintak ampun sebab tengking2, marah2,fikir bukan2 before tu. Automatic jugak baru teringat nak cari anak yg dah 3 hari aku abai camtu je. Hehehe.. Mmg nampak macam drama tapi seriusly, aku macam baru sedar diri masa tu. Hehe..

Dah abis tu, Mr H bagi aku minum air. Pastu dia cakap Eusoff kat bilik atas dgn MIL. Nanti dia bangun nak susu, MIL aku bwk turun. Aku tidur balik. Pastu tak lama tu dengar Eusoff melalak balik. MIL bwk turun, bg kat aku. Aku susukan pastu automatic airmata merembes lagi. Rasa nak mintak maaf kat anak sebab 3 hari abai dia camtu je. Siap benci dia lagi padahal dia tak bersalah.. Eusoff gaknya dalama xdpt nenen mmg gelojoh r menyusu sampai tertidur.. Lepas azan Subuh, Eusoff pun tidur lena. Demam, sakit aku pun beransur kurang. Sampai lah siang tu, demam aku betul2 kebah...

Esoknya Mr H emergency leave. Tapi aku macam dah sihat dah masa tu. Pastu MIL aku citer lah apa yang jadi malam ketiga aku bentan tu. Masa aku menengking2 Eusoff, Mr H tu.. MIL aku dah rasa tak sedap hati sebab tu ajak FIL aku tidur bawah je. Pastu kan aku muntah2, lembik. Pastu demam tinggi gila2. Aku tidur pun cam meracau2 sikit. Maybe sebab suhu tinggi sangat. Eusoff melalak macam biasa.. Mula2 MIL aku tkt dia kembung perut ke apa.. dah try macam2 tapi tak jalan..

Pastu MIL aku letak dia atas tilam, tiarapkan dia. Tiba2 dia senyap. Dorang semua ingat dah ok la sebab dia senyap kan.. Masing2 pun kepala dah ting tong sebab 3 hari tak cukup tidur. Alih2 MIL aku rasa meremang bulu roma. (FYI, MIL aku ni kuat sikit 'rasa' dia. Kalau ada 'benda2' ni cepat sikit dia rasa. Aku? Dah kat depan mata pun aku tak sedar2 lg gamaknya kot. Hahaha..).

Dia tengok Eusoff. Masa ni Eusoff tengah meniarap, dia angkat kepala dia tinggi2 pastu toleh kiri, kanan dengan lidah terjelir2. MIL aku terus panggil FIL & Mr H. Eusoff buat benda yg sama ulang2. Mata dia tajam gila. Ko bayangkan budak umur 33hari boleh angkat kepala tinggi2 pastu dah angkat tinggi2 boleh toleh kiri,kanan dalam masa yang sama lidah terjelir2... MIL aku terus cakap "Macam ular".

Masa aku terbangun tu, Eusoff tgh buat macam ULAR! Rasa nak tercekik bila aku dengar apa yang jadi tu. Huhu...MIL aku terus baca ayat2 apa yang patut.. Tak lama lepas tu Eusoff cam tersembam (maybe penat) pastu melalak cam biasa. Terus MIL aku bawak dia naik, baca Yassin, ayat Kursi, apa semua kat atas. Mr H pun buat benda yang sama kat aku. Air yg aku minum tu air Yassin.

Esoknya bidan yang urutkan aku datang, aku kena berurut sekali lagi macam orang baru bersalin.Tapi yg ni kitorg amik 5x je... part ni aku suka! Hehe.. Pastu awal2 dia dah pesan suruh sediakan bunga, limau purut dengan bedak sejuk utk dia bacakan ayat2 Quran. Bunga dengan limau purut tu utk aku buat mandi. Pastu kena pakai bedak sejuk tu kat muka sebelum pakai pilis. Then semua kain batik yg aku pakai sepanjang pantang tu kena masuk dlm 1 besen then dia perah limau pastu biar kejap, baru basuh. Pastu 2-3bijik limau tu masuk dalam 1 jug air masak utk aku minum.Then korang boleh imagine la betapa aku kena bebel sebab bentan kann.. Kena bebel sebab langgar pantang. Hehehehe...

Malam esoknya pulak (ke 2mlm pastu. Tak ingat sangat) ada kawan MIL & FIL aku yg 'pandai' sikit datang rumah utk tengok2kan aku & Eusoff. Masa datang tu dia just tau aku almost meroyan & Eusoff asik nangis lepas azan Maghrib sampai azan Subuh & Eusoff ada buat perangai macam ular tu... Dia diam kejap pastu dia tanya dah bape lama 'ular' ni kacau kitorg. Adehhhh...terkejut aku!!

Sebabnya... kes 'ular' ni bukan pertama kali dalam hidup kitorg! Kes yg dulu pun arwah 'guru' dia yang setelkan. Tapi dia tak tau pun. Tapi tiba2 dia boleh tanya pasal ular tu. Huhu..... Pastu dia ajar kat Mr H utk berzikir & baca ayat Kursi 7x kat kepala Eusoff. Aku kena zikir je lah sebab nifas lagi kan..

Alhamdulillah sampai sekarang Eusoff takde gangguan lagi. Aku pun fobia sampai sekarang tak hilang2 lagi.. Sooo..... kalau korang jadi aku... Korang fobia jugak tak?? Logik tak aku nak fobia sampai sekarang walaupun dah dekat setahun berlalu?? Logik kan??!! Huhu...

So aku just nak bg semangat kat ibu2 muda yang baru 1st time ada anak (or dah kali keberapa sekali pun).. kalau korang rasa macam apa aku rasa tu, korang jgnlah risau sangat. Takyah malu nak citer kat orang kalau korang rasa depressed ke apa. Sebab kalau korang simpan takut nanti korang meroyan betul2. Lain orang, lain cabaran dia bila ada anak... so takde apa yang nak disembunyikan sangat. Aku bukan cerita ni utk mintak simpati ke apa. Tak perlu kot simpati tu. Sebab Alhamdulillah kitorang ok je sampai sekarang... Aku cerita ni so korang2 sume tau yg you are not alone in this.. Ada orang yang ada nasib yang sama (or worse). Jadi.. pull yourselves together. Ingat Allah selalu. Allah tu yang maha berkuasa.. Jadi kalau ada apa2.. Mohon dengan Dia..ok? :)

#Pasal gangguan 'ular' tu aku tak tau aku patut citer kat korang ke tak. Nanti aku mintak izin kt Mr H dulu. Kalau dia bagi, aku citer la. Kalau tak...sorry la ye kawan2. Even bff aku pun tak tau cerita sedetail2nya. Huhu...#


From FB. Aku rasa this is so funny but sadly mostly TRUE for new mom. Hahahaha... (Sila click utk besarkan gambar.)

9 comments:

  1. malyn,berhari2 aq duk tggu part 3 &4 nie..hehehe.. aq yg bce part nie pn da meremang bulu roma.. alahai,kalau ular nie for sure org yg anta.. moga ko sekuarge dilindungi ye.. aq mse pantang lemah semangat.. ko bygkn aq duk dgr org bg slm depan pintu umah sdgkn xde sesape pn..

    ReplyDelete
  2. hi there!
    mommycha here.
    so funny with that images :)
    i pon terasa benda yang sama.
    hahahahah :)

    salam kenal ye.

    ReplyDelete
  3. <-- pembaca setia...
    part ular tu tak sama dgn i.

    ReplyDelete
  4. beratnya dugaan u masa berpantang. thank u for sharing boleh jadi panduan kepada semua. my sister pun pernah kena sebab terlampau stress anak beranak kena chicken pox masa dalam pantang sampai dia tekup muka anak dia. nasib baik dia sedar balik masa tu. postpartum depression memang real and every mommy kena kongsi perasaan dengan husband and family. whatever it is you berjaya harungi masa susah. semoga sentiasa dilindungi dari niat jahat syaitan atau manusia.

    ReplyDelete
  5. *cried*

    but Alhamdulillah semua dah okey sekarang...Eusoff pon sangat2 comel n bambam...

    ReplyDelete
  6. bila habis baca citer u ni...tetiba meremang. Masa i baru 5-6bulan, ada ular masuk rumah, and mati kena bunuh dgn kucing ktorg...2 ekor masuk... smpi skrg risau kalau pape jadi kat baby kecik dlm perut ni... ish mintak jauh la...

    ReplyDelete
  7. eh, seram pulak baca. Alhamdulillah semuanya OK lepas tu. I kena baby blues je, tak sampai tahap u. Itu pun dah stress amat.

    ReplyDelete
  8. baca sampai habis!..thanks 4 sharing..so lepas bersalin kena alert pasal2 pantang2 nie..takut bentan..Alhamdulillah semua dah selamat =)

    ReplyDelete
  9. part ular tu meremang bulu roma. huhu. i agree with pet. bole jd panduan utk mom to be yg lain :)

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers