Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, October 03, 2013

Sleep Train & Bedtime Routine... anyone??

Sleep train & bedtime routine ni aku amalkan dari dia baby. Kalau anak korang da besar pun boleh amalkan jugak kot. Tahla. Aku bukan sleep expert. Mana aku tau. Sila dapatkan nasihat pakar. Hehe..

Rutin malam Eusoff adalah (hampir) sama setiap malam. Do you know that baby(ies) are creature of routines? If you do the same routines everyday/night, baby will get the sense of what is going to happen next. Rutin Eusoff bermula dari lepas aku & Mr H balik keje lagi. Lepas balik keje adalah playtime. Tapi playtime dengan cousin2 dia or main sorang2. Kalau Eusoff belum mandi lagi,balik keje aku akan mandikan (Ye. Aku. Sebab Mr H kalau mandikan anak macam tak semenggah je aku tgk. Sabun pun asal boleh. Ada ke patut sekali tu dia cakap "Tak payah sabun lah. Eusoff bukan kotor mana pun". Berbulu betul aku. Hahahaha..)

Aku & Mr H akan gilir2 teman/tengokkan Eusoff sementara the other one setelkan hal masing2 (mandi,siap2,solat,makan,etc). Lepas tu.....feeding time!! Eusoff makan malam antara pukul 7-8mlm. Kalau kitorang kuar makan, kitorg akan feed Eusoff kat kedai makan. Tapi weekdays jarang makan kat luar.

Lepas makan, tukar baju tidur. Eusoff duduk ngan Daddy sementara Mummy setelkan keje2 sikit. Basuh botol, sterilize, kutip baju kotor,masuk baju dlm washing machine/dryer,etc. 8.15-8.30mlm, Mummy & Eusoff dah naik bilik. Awal? Depends. Kadang2 by 7.45-8mlm dah naik. Hehe..

Once kat bilik, nenen dulu. Hehe.. Then its playtime before bedtime. Kalau tgk kat Instagram aku, korang akan perasan banyak video yg aku post masa Eusoff tgh main2 tu semuanya time malam, kat bilik, atas katil/tilam. This is our family bonding time. Daddy pun biasanya naik bilik awal. Sebab dia jeles kalau Eusoff main ngan Mummy je. Hahaha...

Then, lights out. Tutup lampu, pasang lampu tidur je. Playtime before bedtime still continue. Depends on apa Eusoff nak buat. Kalau dia tarik buku, kitorg bacakan buku. Kalau main 'Peek-A-Boo' kitorang layankan je. Sampai Eusoff bagi signal yg dia dah ready nak tido. Kadang2 naik bilik terus dia bagi signal nak tido. Signal dia? Gosok mata, tarik rambut, sembam muka kat breast aku. Hehe.. Its a sign yang dia nak nenen & tido. Then apa lagi?? Nenen & tido lah! Hehehe...

Once dah tido, barulah aku buat keje2 lain macam lipat kain, masuk/keluarkan kain dari dryer, iron baju, kemas2, etc.. Then pukul 11-12mlm aku tukarkan diaper dia. Usually Eusoff tak bangun pun kalau aku tukarkan diaper dia. Malam Eusoff pakai diaper Mamypoko / BabyLove so takyah tukar lagi sampai pagi. Ini adalah kerana Mummy dia seorang pemalas. Hehehe..

See? Bedtime routine takdelah susah sangat. The key is consistency with a little flexibility. Tak perlu buat the exact thing at the exact time setiap malam. Just a little routine will do. Bg sikit flexibility pd anak utk buat apa dia nak buat, tidur bila dia nak tidur.. As long as dalam time frame yang sama.

Eusoff hari2 bangun tido dalam pukul 6.30 - 8.00pg. Depends. Tak kira awal or lewat camane pun dia tido, waktu bangun tetap sama. Tapi apa yang aku perasan adalah, bila Eusoff tido lambat.. Esoknya bila bangun dia akan cranky. Pastu asik merengek, clingy, moody. Macam bad mood/PMS sepanjang hari. Bila dia tido awal, once bangun dia ceria,happy,terus nak main,active.. That's why aku prefer Eusoff tido awal.

A few rules in Sleep Training & Bedtime Routine yang aku permudahkan :

1. Consistency is the key. Aku dah cakap tadi

2. Be a little flexible.
Takkan anak kau hari2 tido tepat jam 8.30malam kan? Ada masanya pukul 8.30, ada masanya pukul 11mlm, ada masanya pukul 9.45mlm.. Depends. Takkan hari2 anak kau nak baca bedtime story b4 tido kan? Ikut flow laaa...

3. Follow your baby.
Rutin setiap baby tak sama. Ada baby yg tak boleh main2 sebelum tido sebab nanti dia overstimulated sampai tak boleh tido pulak. Macam Eusoff dia energetic. So playtime before bedtime tu perlu utk dia abiskan saki baki energy yg dia ada. Ada baby yang tak boleh bising2 nanti dia takleh tido. Ada yang tak pedulik pun. Ada baby kena diaper kering before dia tido lena. Ada baby kena nyanyi/dodoi. Ada baby kena rocking/masuk buai/etc.. Jangan tanya aku rutin yg sesuai utk anak korang. Mana aku tau. Hehe..

4. Lights out.
Ini perlu. Untuk baby bezakan waktu siang & malam. Macam Eusoff kalau lampu terang, dia akan tido dalam 30mnt - 1.5jam je. Then dia bangun. Maybe sebab dia rasa tu nap time. Bukan bedtime. Kalau dia dah tido lena, bukak lampu takpe. Lights out boleh bg signal pd baby yg itu masa utk tido. Lagipun aku ada baca somewhere yg even orang dewasa pun tak elok tido pasang lampu. Sila gugel sendiri. Hehe.

5. No eye contact / greetings.
Once its bedtime, aku or Mr H takkan bagi eye contact. Biar Eusoff nenen senyap2 then tido. Kalau dia terjaga/bangun utk feeding pun, aku just bf je. Takde eye contact, takde bual2/greet dia. Actually aku amalkan greet "Assalammualaikum" & senyum setiap pagi bila Eusoff bangun. So itu sign so dia tau itu masa untuk bangun. Selagi aku tak greet jangan harap kau nak bangun. PEGI TIDO!! Muahahahaha....

6. A little lee-way
Maksudnya...ada masanya ko akan terbabas. Aku terpaksa babaskan bedtime routine dia. Macam contohnya kau pegi holiday. Atau ada emergency. Atau kau pegi tengok concert The Killers sambil bawak anak umur 10bulan sekali. Ehhh?? Hahahaha.. That is normal. Kita manusia kan? Tapi make sure the next day balik semula ke routine dia.

7. Stick to it as much as possible.
Kadang2 bile new environment, baby susah nak tido. Kita yg dah tua pun sama kan?? Tapi selagi boleh, stick pada routine yang sama. So baby cepat adjust. Macam Eusoff kau campaklah ke mana saja. Asal kitorang stick pada routine dia, Insyaallah dia tido dengan tenang.. Weeeeeee....

8. Feed before going to bed.
Eusoff mmg akan breastfeed sebelum tido. Jadi dia kenyang. Bila kenyang dia tido lama. So kurang la dia bangun tengah2 malam mintak nenen. Tapi jangan la kau pegi feed anak kau BigMac ke, nasi goreng kampung ke right before bedtime. Feed tu maksud aku susu la. Bukan food feeding ye..

9. 10seconds Rule
Aku tau utk mak2 ni bila anak kau berbunyi sikit je kau terus rasa nak meluru nak bobok kan dia..kan? Tapi amalkan 10seconds rule ni. Tunggu dalam 10second sebelum kau pegi bobokkan dia utk tido balik. Kenapa? Sebab kadang2 baby bukan betul2 bangun pun. Mungkin dia mengigau ke apa. Bila tiba2 kau pegi tepuk2 bontot dia soh tido secara tak langsung kau buat anak kau terjaga. By giving 10seconds you're allowing him to soothes himself to sleep. Eusoff kadang2 berbunyi/merengek tapi sebenarnya bukan merengek pun. Aku biar kejap nanti dia tido sendiri. Hehe..

10. Lesser night feeding by stages.
Baby malam2 mmg akan bangun menyusu..kan? Anak korang aku tak tau. Tapi Eusoff kuat menyusu malam. Aku tgh try kurangkan dia bangun mintak susu malam2. Dari kecik aku try by stages. Longer feeding time but strech out the timing.Yang ni aku tak berjaya sangat. Sekarang Eusoff still bangun 2x utk menyusu. Aritu dah berjaya kurangkan sampai 1x je. Tapi bila dia tak sihat aritu aku kerap susukan dia,dia jadi manja balik. Nak 2-3x feeding malam. Haissshhhh...bila lah kau nak tido straight sampai pagi ni Eusoff?? Hehehe..

Lastly untuk korang....... Luck
Ikut nasib korang laaaaaa....ada yang berjaya dengan cara harmoni ni. Ada yang tak. Korang boleh try Crying-It-Out (CIO) method. Biarkan anak nangis sampai dia tertidur sendiri. Aku jenis tak sampai hati. Walaupun Sleep Train aku ni amik masa tapi at least aku boleh stick lagi laaaaaa...


Korang ada tips2 lain tak nak bagi anak tido awal & kurang bangun malam2?? Meh share sket...

Tenang je tengok baby tido kan? Takyah fikir masalah dunia. Bestnyeeeeee.....
 

 
My Busyuk!!!!! Huahuahuaaaaa....

3 comments:

  1. heee
    rutin kite sama kot..baby i bru 5m tp rutin mcm ni jugak..
    pukul 8 naik tdo, bilik mesti gelap supaya nanti² dia dh tahu time tdo dia.
    kalau i masak sambil masuk kain dlm mesin semua, husband main dgn baby,

    cuci botol, sterelize semua after dia tdo, lipat kain semua,
    rutin ni so far alhamdulillah,

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut I dgn mak i (nenek Hannah) selagi Hannah tu takde tanda nk tdo,i biar je. Nt dia dh cranky ngntuk tau la dia nk tdo.hehehe.. TAPI, tu kalau kt rumah nenek, kalau kt rumah sndri, i xbole buat cmtu. cz husband i jnis strict. hahaha. dia train Hannah tdo since 3months old. by 9-930 before 10 la sllnya dia tdokan Hannah. I x co-sleep sjk lps pantang. mmg gigih angkt letak balik dlm playpen sbb laki bini gatal nk tdo bersama tanpa gangguan ;p
    n if kdg2 husband i blk keje lmbt n tgk ank xtdo lg i yg kene sound nape xtdo kan dia lg. huhu.. sbb dia xnk bdk tdo lmbt huhu. tdo awl pn dia ttp bgn around 730-8. xde la bgn awl kul 6 ke apa.kekekeke. so yeah msg2 pnye cara. i ikut cara husband i la sbb most of d time dia yg tdo kan. i jnis goyang kaki tgk tv mlm2 kekekeke

    ReplyDelete
  3. Mikhail if nak tdo mmg tunjuk susu ats meja and tarik tgn aku masuk bilik.. mostly, mase dia sama la tetiap mlm..around 9.30 - 10.30pm tu mmg mse2 dia bg signal nk tdo..tp aku biase nye lambat2 kan.sbb if dia belum betul2 nk tdo, kang duk ats katil, bgun balik, pastuh main lampu tdo...huuu..aku xkan bagi dia tdo awl sgt...dlm kul 8pm ke..no no no..aku belum puas nak main ngan dia..sbb blk kije rest jap pastuh dah nk bt keje rumah, masak semua..so, limited sgt playtime ngn aku..sbb tu aku lmbt2 kan mase tdo dia..tp if dia dah tarik tgn n tunjuk meja or tunjuk hanbeg (tanda nak susu), aku ikut kan laa..kesian pulak kn..hehe...

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers