Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, October 10, 2013

Terkenan masa mengandungkan Eusoff...

Aku ada satu confession ni... Masa aku mengandungkan Eusoff kan.. almost hari2 aku tengok sorang artis ni kat TV. Aku pun tak tau kenapa. Kalau tak tengok sehari aku rasa cam tak best. Sampaikan Mr H pun tau. Kalau artis sorang ni kuar kat TV, jangan harap lah aku nak layan dia (walaupun masa tu kitorang still PJJ, jumpa pun sekali sekala. Haha..). Aku tak tau apesal aku teruk sangat masa tu. Pembawakan budak gamaknya. Sampaikan Mr H pun cakap Eusoff terkenan artis ni. Hahahaha... Siapa artis tersebut??

Moon Joo Won (Joo Won)

Aku tak tau lah korang kenal ke tak dia ni. Hahaha... Nak kate glamour takdelah seglamour Soong Joon Ki, Lee Min Ho, Kim So Hyun, Kim Hyun Jung, Jang Keun Suk atau pun Rain. Cite2 dia pun aku tak tau la korang ada tengok ke tak. Hahaha... (Ops.. Lupa. Aku sebenarnya kpoplover jugak. Kdrama haruslah wajibbbb!!! Keh3...)

Seyes weyyyy.... aku tak tau apesal aku terkenan dia ni sangat2 masa mengandungkan Eusoff dulu. Aku kenal dia ni masa dia berlakon cite Bread, Love & Dreams. Tapi watak jahat la. Tapi jahat2 pun aku tetap rasa dia comel + kesian dlm cite tu..

Lepas tu ada cite Ojakgyo Family. Dia jadi salah sorang anak laki Ojakgyo. Ok jugak lah... Tapiiiiiii....... masa mengandungkan Eusoff dia berlakon citer Bridal Mask. Mula2 watak jahat lepas tu tukar jadi hero lepas terbunuh abang sendiri. Peerrrrrrrggghhhhh.... Aku seyes terkenan2 dia nih!

 

Masa cite Bridal Mask ni aku mmg tak tau apesal sawan Joo Won aku datang. Haha..

Now kat KBS tengah kuar cite Good Doctor. As Park Shi On. Jadi paediatric yang ada autism. Sangat comel!!!




Selain tu kat TV9 pun sekarang ada main citer 7th Grade Civil Servant. Dia berlakon jadi Han Phil Hoon/Han Gil Ro. Jadi sepai weeyyyyyyyy.....

 

See? Ala2 James Bond tak?? Hahahaha... Dalam citer ni jadi comel gila!! Kah3..


Tak banyak sangat pun cite dia berlakon. Tapi apesal entah aku suka kat dia ni. Hari Ahad je mesti nak tgk Variety show 2 Days 1 Night kat KBS sebab ada dia. Haha.. Tapi aku br dpt tau dia da nak tinggalkan show tu sbb scheduling conflict. Huhu....

 




Jadi...untuk menjawab persoalan kenapa Eusoff comel sangat sampai macam tak logik pulak aku & Mr H rasa kadang2.. (Mampuslah puji anak sendiri comel! Kah3... Tapi sukahati aku la, anak aku. Memangla aku rasa comel!). Aku rasa Eusoff terkenan Joo Won lah! See??



Sama tak??? Tak sama langsung kan?? Pipi dia kurus, pipi Eusoff kebambam. Gigi dia cantik, Eusoff takde gigi langsung. Kah3... ;p

OK. Mungkin aku patut cari explanation lain kenapa Eusoff comel sangat padahal mak bapak dia sakai je.. Kah3... Mampus lah puji anak sekali lagi. Ehhhhhh....pedulik apa aku. Anak sendiri, confirmlah mak bapak rasa anak dia comel. Manade mak bapak yang rasa anak dia tak comel...betul tak?? Walaupun kadang2 aku rasa aku je yang lelebih rasa anak aku comel. Orang lain rasa biasa2 je.. tapi... pedulik hapa aku?! Muahahahahaha.....

4 comments:

  1. ada gak iras ckit2 ni...tang mata paling sama cuma mata eusoff bulat lagi :)

    ReplyDelete
  2. skin tone dia macam sama... khihihihi

    ReplyDelete
  3. memang die comel sangat..sangat.....kecik2 hensem!

    ReplyDelete
  4. Haha. Kpoplovers jugak! High five!
    tp eusoff mmg comel la.. Ala kpop gitu.

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers