Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, November 18, 2013

Villa Nabila : 30 remaja masuk, 23 hilang. Betul ke tak??

Kecoh harini mengenai kes 30 remaja yang masuk kat Villa Nabila ni, 23 daripada dorg masih hilang. 7 terselamat. Betul ke tak ni??

Yang cakap betul terjadi kes tersebut:
http://tengoktvonline.blogspot.se/2013/11/8-gambar-misteri-30-remaja-redah-villa-nabila-hanya-7-dapat-keluar.html

Yang menafikan:
http://www.mazidulakmal.com/2013/11/cerita-sebenar-dakwaan-kehilangan-23.html

Soo...dorang ni sebenarnya hilang ke tak hilang?? Entahlah. Aku pun tau tau... Yang aku tau kalau betul la 30org budak (yg berusia belasan) tahun betul2 masuk dalam Villa Nabila tu semata2 untuk bersuka2, tunjuk terror.. Memang silap besar la. Masuk dengan takde ilmu. Apa kau ingat tu villa bapak kau ke?

Villa Nabilla ni memang dah ditinggalkan sejak aku lahir lagi kot. Sekarang, diusia aku dah 26tahun..villa tu masih kosong. Aku rasa villa ni mmg dah kosong sejak 30-35tahun lepas. Rumah kita pun kalau dah ditinggalkan berminggu-minggu ada 'benda' yang tumpang.. inikan pulak berpuluh2 tahun ditinggalkan. Hehe..

Ada banyak versi cite ni.. Ni aku listkan yg ada :

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.


Ok. Sekarang... sebagai seorang yang membesar di Johor Bahru, rumah arwah nenek (belah ayah) aku dulu kat Stulang (area The Zon). Dekat dgn Villa Nabila ni .Versi yang aku selalu dengar adalah:

Ada satu family kaya yg duduk rumah tu. Of course la kaya. Rumah menghadap laut, kat Straits View, area Danga plak tu.. Nabila tu nama anak dia. Satu hari satu family tu ditemui mati. Ada yg cakap dorg kena rompak. Ada yg cakap bapak dia bunuh the whole family pastu bunuh diri. Yang pastinya 'Nabila' ni selalu muncul kat rumah tu.

Aku malas la nak tepek gambar villa tu. Korg boleh gugel la kann... Tapi untuk org2 JB yg selalu lalu depan Villa Nabila ni (of course la. Sebab villa ni dekat jalan besar. Memang kalau nak ke Danga Bay kena lalu jalan ni dari pusat bandar JB) confirm2 tau yg villa ni memang seram. Lalu siang2 pun aku cuak, apatah lagi malam2.

Apatah lagi la budak2 yg ilmu agama pun takde tiba2 tunjuk terror nak masuk villa yang dah bertahun2 ditingggalkan.. Akal ada?? Haihhhhhh....

P/S : Org2 JB tau cite tak pasal banglo yg tiba2 hilang kat Tmn Rinting? Benda ni jadi masa aku sekolah menengah rasanya. Aku tau. Sebab masa tu arwah mak aku cikgu tadika Nuri kat Tmn Rinting tu. Hehehehe.... Meh. Nak share cite seram kat tempat korang tak? Hehehehehe....

3 comments:

  1. omg! serius seram..
    baru harini tahu cite pasal villa nabila ni terus google..

    sgt ngeri klu betul nabila tu kena tanam dlm dinding, ya allah..

    ReplyDelete
  2. huh gigih ku baca sampai habis.ntah lah babe.budak2 skrg ni mmg suka main gila.benda2 mcm bunian ni sgala mmg ada kan.hmm ntah lah susah nk ckp kan.

    ReplyDelete
  3. wow.. sungguh menarik !

    cerita plz pasal banglo kat taman rinting plz!!!!

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers