Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Friday, December 27, 2013

I am a stalker...now!

Oleh sebab tak lama lagi nak pindah rumah baru..maka.. aku mula menjadi stalker. Stalk blog2 yg biasa share susunatur , deco, organizing, etc.. Jadi harap faham lah kalau korang tetibe tgk aku rajin memunculkan diri & mengkomen kat blog2 korang. Hahahaaha...

Jujur aku cakap bab deco2 memang aku tak reti. Lagipun nak deco lelebih aku punya bajet dah lari. Duit byk abis beli rumah woooooo... Sebab aku bukan macam kebanyakan orang. Beli rumah baru, bayar downpayment pastu tunggu rumah siap barang setahun dua baru pindah masuk. Masa menunggu tu bolehla korang menyimpan kan?

Aku ni pindah mengejut (takdela mengejut sangat). Hihi... Yang sebenarnya aku beli rumah lelong. Auctioned property. Aku tau ramai yang takut nak beli rumah lelong kan? Mesti ramai yang ada negative impression or syak wasangka kalau rumah lelong kan? Hehe..

Aku bukan beli rumah lelong bodo2 main taram je. Berbulan2 buat research beb! Bab yang ni nanti aku kongsikan kemudian2 eh... Cara2 nak beli rumah lelong,apa nak buat lepas menang bid, etc.. Later2 la ye..

Apa yang aku nak bagitau.. rumah ni aku (errr...bukan. Mr H sebenarnya) beli memang below market value. Kitorg menang bid ni pada harga extra RM35k dari reserve price. Nampak tinggi kan? Tapi...total auction price (atau harga beli) rumah ni adalah below RM50-60k dari harga market. Macam contoh, reserve price RM200k. Auction price RM235k tapi market value rumah ni sekarang RM295k. Faham?? Murah kan???

Yeeeee...memang murah! tapi banyak faktor kena consider. Salah satunya kos pembaikan. Lepas tu bil2 tertunggak. Maintenance fee. Vacant possession, etc... Bila beli auction property, kita kena ada 10% dari harga property. Standard la kan.. downpayment 10%. Kalau rumah RM200k, downpayment kena ada RM20k cash. TAPI.....

Kalau korang beli auctioned property, bukan 10% ni je tau. Dalam masa 3bulan korang kena secure bank loan & uruskan everything dengan lawyer. Kalau dalam masa 3 bulan korang xsempat siapkan semuanya, deposit 10% tersebut akan lebur & property tu akan dilelong semula. Dalam masa 3 bulan tu korang kena bayar legal fee, stamp duty, bayar segala tok nenek tunggakan, etc... Kalau xsempat uruskan dalam masa 3 bulan, korang boleh mintak extend lagi sebulan (mohon dengan bank pelelong) tapi kena bayar denda lewat la kirenye... Kitorang mmg terpaksa mintak extend jadi pasrah je la bayar denda tu...

Jadi...dalam masa 4 bulan dari tarikh auction sampailah dah setel everything pasal rumah tu..dah berpuluh2 ribu melayang. Kami dah misekin. Tapi puas hati. Sebab dapat rumah sendiri. Depan mata. Dah siap. Location cantik. Banyak kedai2. Dekat rumah MIL (senang hantar Eusoff). Komuniti ramai melayu. Borderline KL. Public transport pun senang (Ada bas lalu depan rumah ke LRT Gombak). See?? Alhamdulillah sangat dapat rumah ni...

Jadi...korang faham2 je lah mana kitorang nak cekau duit untuk deko2 rumah lagi.. Duit saving yang ada memang cukup2 untuk pindah je. Jadi...sekarang aku mula menstalk blog2 yg berkongsi tips2 untuk rumah yang kemas, selesa, jimat ruang, multi-purpose dan paling penting...untuk org2 miskin yang takde bajet macam aku. Hehehehe..

Jadi kalau korang tau blog2 mana yang best tolong kongsi dengan aku eh?? Nanti aku terjah.TQVM tau!!! :)

*Eh. Panjang pulak cite aku nih. Hahahaha*

Dah nak pukul 2.30ptg. Aku nak balik keje ni. Lain kali aku sambung bebel pasal rumah kecik kami lagi. Hehehe...

Mr H ada project utk dinding antara bilik Eusoff dengan dapur tu. Nanti aku kongsi eh? Tapi..nak tanya pendapat jugak. Perlu ke letak penghadang or tirai kat pintu dapur tu? Aku nak letak tirai. Mr H tak suka. Nak letak penghadang or rak. Tapi aku takut sempit pulak laluan nanti... Hmmmmmm.... IDEA PLS?? :)

8 comments:

  1. huhuuh aku tak ada duit bnyk nak beli umah lelong ni... T__T
    try umah second hand je.. beli atas tgn org...

    for lin, tak payah letak pape.. nnt sempit. nak bg idea pun nak nampk bny ruang. tkut salah plak...
    peace.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe lin..umah secondhand pn rumah jugak..sama je dgn auctioned house.hehe

      tu la..tapi kalau tak letak ape2 nnt dr ruang tamu mmg nampak dapur.kalau guest dtg mcm segan pulak..xpe2.kalau ade idea bgtau je..jgn segan2.hehe

      Delete
  2. Pendapat I kan, If letak tirai kat dapur tu macam tak berapa sesuai. I dah banyak gi rumah orang, pasang tirai kat dapur, last2 tirai tu diorang ikat sebab macam menghalang laluan. Bayangkan you menatang dulang penuh pinggan mangkuk cawan segala nak hidang kat depan, tak cukup tangan pulak nak selak-selak tirai kan?

    Letak penghadang yang ada engsel 2-way tu macam ok sikit. I tak tahu nama dia apa, tapi kalau u tengok citer koboi kan, ointu bar tu selalu ada penghadang macam tu, yang pintu separuh tu. Tolak pakai bontot je pon boleh. Tapi ni pendapat I jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah rilla...tqvm.idea tu mmg menarik!xpernah terfikir pulak.jimat ruang,senang nak kuar masuk + org luar xnampak dapur.mmg boleh propose idea ni.hehe..tp nak kena cari mana ada jual pintu koboi tu.hihu...tqvm tau!!kalau ade idea lg pls share ehh.. :)

      Delete
  3. I takde idea la nak bagi, tapi idea Rilla memang bernas..Ok la pn auctioned house...dari i langsung takde rumah..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe dear...mungkin satu hari nanti ada rezeki beli rumah besar terus ke..amin!!hehe

      its ok.tp kalau ade idea bernas sila2 lah share sesame ye.hehe..

      Delete
  4. http://www.bhg.com/decorating/decorating-photos/?sssdmh=dm17.712509&esrc=nwdc122613t

    kt blog kita ada sket ms mula2 pindah rmh tp skrg dh berubah byk. tp divider mmg x sesowai utk rmh comel. kita nye divider tgh dlm proses nak pindahkan msk bilik opis hb nak convert jd shelf utk filing. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..insyaallah nanti kite pi terjah yeeee...hehe... :)

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers