Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, February 18, 2014

Perkembangan anak lambat??

Aku tak tau lah dengan anak korang kan...tapi aku perasan Eusoff ni late bloomers sikit. Bukan anak aku lembab ye. Sila fahamkan maksud. He's a late bloomers. Maknanya dia lambat berkembang mekar bak bunga. Ecehhhh... Hehehee..

Untuk pengetahuan korang Eusoff lambat tumbuh gigi. 23 October 2013. 11 bulan 2 hari. Itu kali pertama aku perasan gigi dia tumbuh. Memang lambat sangaaaaaaattttttt dari anak2 org lain. Sekarang pun, umur 15 bulan, dia baru ada 2 batang gigi bawah. 1 batang gigi atas & 3 batang gigi atas on the way nak keluar. Tapi bab makan engkorang jangan risau. Memang cara pemakanan mengalahkan orang dah penuh gigi. Haha..

See the gigi 3 batang only?? Kah3... ;p

Dan..untuk pengetahuan korang, Eusoff lambat berjalan. Umur setahun, dia masih tak boleh berjalan lagi. Meniti2 dari kerusi ke meja, pegang tepi2 dinding memang dah boleh. Tapi berjalan sendiri, without support, dia lambat sikit.

Sampai sekarang, umur 15bulan... Eusoff dah boleh bertatih, berjalan without support. Tapi masih fasa jalan jatuh lagi. Dan kalau dia nak berjalan pun dia masih mengharapkan orang pimpin dia. Nama dia nak jalan sendiri memang agak payah la..

Pastu kan...Eusoff ada satu perangai kalau depan orang dia memang TAKNAK berjalan. Memang dia akan lembik2kan badan dia suruh org dukung. Atau pun dia akan merangkak dengan speed mengalahkan The Flash. Hahahaha...

Oleh sebab2 tu..mulalah jiran2 mengata. Dorang cakap Eusoff dah 15 bulan still tak boleh berjalan. Gigi pun tumbuh lambat. Siap dicanang berita sana sini bercerita. Macamkan ada yang tak kena dengan anak aku. Siap ada suggestion untuk bawak Eusoff jumpa physioterapist ke doctor. Hehehe..

Mak mertua aku pun, memandangkan cucu2 lain cepat je perkembangan dorang, dia pun mulalah bising. Asik risaukan si cucu tak pandai berjalan lagi. Aku?? Entahlah ekk... Walaupun Eusoff anak sulung, tapi aku rasa aku ngan Mr H ni memang terlebih rilek orangnya. Sampai MIL aku pn cm dah malas nak membebel kt kitorg. Hahaha..

Aku ada 1 prinsip...aku taknak paksa anak aku buat sesuatu sebelum dia ready. Seumur hidup aku dibesarkan dengan 1 perception apa yang aku perlu jadi. The perfect child, the obedient daughter, the smart kid, the independent girl. Bila sampai satu tahap aku rebel, everything is thrown against me. Seumur hidup, aku membesar dengan 1 bebanan expectation. Bila bebanan expectation tu dah terlalu berat untuk aku, aku rebel. Dan bila aku tak mampu capai expectation tu, aku hidup dengan low-self esteem. It is crushing. Have you ever felt that??

Aku taknak anak aku lalui benda yang sama.  Aku nak anak aku membesar dengan gembira. Ikut pace dia. Jadi diri dia. Aku taknak semata2 sebab anak orang lain dah kenal huruf masa umur setahun, anak aku pun kena paksa buat benda yang sama. Sebab anak orang lain dah pandai berjalan umur setahun, anak aku kena kerah berjalan jugak.

Jangan salah faham eh. Bukan aku tak pantau perkembangan anak aku. Aku pantau. Tapi as a mom, kita lagi tau bila anak kita dah ready utk satu2 benda..kan? Macam haritu, aku perasan Eusoff mcm berminat sangat bila tgk cousin2 dia yg lain buat homework. So aku try bagi pensel kat dia. Turns out, dia dah pandai pegang pensel mcm cara menulis tu. So aku faham yang dia dah ready nak menconteng. So sekarang aku bagi pensel warna & colouring book utk dia. And he seems happy with it. Kalau aku mula paksa dia menconteng masa umur setahun?? Mungkin by the time dia betul2 ready mcm sekarang, dia akan rasa pegang pensel & tgk colouring book tu benda yang menyeksakan. Sebab dia asik dipaksa menghadap benda tu sebelum ni... Faham tak maksud aku?

Sama macam berjalan, or mengenal huruf. Aku cuba buat semua benda as fun as possible. Flash card pun aku cuma tunjuk pada dia. Tapi yang aku perasan, Eusoff lagi berminat if kita bacakan buku bergambar & spell out huruf satu2 sambil baca buku tu. Kalau tunjuk flash card?? Hmmmm...kejap je flashcard tu dah jadi bahan dia main campak2. Hehe..



Setiap anak perkembangan lain2.. Kalau aku asyik hiraukan apa orang cakap pasal anak aku, dia akan membesar mengikut 'bentuk' orang lain. I want him to grow up to be out of the box, out of the ordinary, a happy, content, virtuous person. Not some 'mould' for other peóple. To fit their expectation. I want him to fit HIS expectation. Not me or anybody else.

Selagi kita rasa anak kita membesar dengan normal.. apa nak takut cakap2 orang? Orang2 tu ada ke masa kita berjaga malam bersengkang mata masa anak demam panas? Orang2 tu tolong basuhkan kencing, berak, mandikan dia hari2? Orang2 tu ada hulur barang seratus dua untuk beli barang2 keperluan anak kita tiap2 bulan? Orang2 tu tolong suapkan anak kita makan hari2? Orang tu ada ambil tau how much his eyes glows when he's truely happy & content? Or how his smiles light up the room? Or how his laugh makes you smile even when you're down & sad? Or how your world stops when he's hugging you full of love??

Tak. As for me, aku tak kisah orang nak anggap aku bad parents ke apa. Aku cuba buat yang terbaik untuk anak aku. Apa orang lain nak buat dengan anak dia, aku tak kisah. Sebab aku rasa takde parents yang taknak the best utk anak masing2.. kan??

 

Ciri2 player dah ada sikit tu. Sikit je la tapi... Ni mesti ngikut bapak engko ni kan Eusoff?? Kan?? Kan?!
 
 
 

I think he likes music. Posture dia masa duduk & main organ tu pun dah betul. Even jari2 dia pun tepat kena each note. Ikut bapak dia jugak... Mak dia note music pun tak kenal. Sebab masa darjah 5-6 dulu time kelas music aku kena attend kelas Matematik/Sains/etc darjah 4. Aku pan PTS. Loser. Hahaha..
 
Eusoff playing music. Patut ke aku hantar dia pegi kelas music nanti atau suruh bapak dia je ajar?? Hmmmmm... apa?!! ahli muzik?? Pantang keturunan aku berkahwin dengan ahli muzik!! *Eh. Ibu mertuaku sungguh! Hahahaha...*
 
P/S : Harap entri ini menjawab persoalan kenapa aku takde merungut or mengeluh or risau or meroyan mengenai perkembangan milestones anak aku kat FB/IG/Blog. Kita lek2 sudeyyyyy..... :)

P/S/S : Last day utk order monopod+handphone holder harini. Kalau interested boleh email aku : malyn.mizzunderstood@gmail.com ye... RM60 termasuk postage. Sekian, terima kasih...

*Peace and OUT!*

5 comments:

  1. adoi nak gelak tang ciri2 player tu..haha..
    lek2 je la eusoff ek..just follow the flow..hehe

    ReplyDelete
  2. I concur! Zain pun late bloomer jugak. Tapi I rilek je. Zain dah 15 bulan (anak kita beza hari je kan?) still tak berjalan. I mean boleh la dia menapak 4-5 tapak, tapi nampak dia prefer merangkak. I biar je, and I sebenarnya enjoy sebab dapat rasa dia merangkak lama, rasa dia baby-baby lama. Plus, merangkak kan bagus?

    Even orang bagi petua untuk cepatkan dia berjalan, I tak buat. I biar dia dengan pace dia. What's the rush?

    ReplyDelete
  3. Anak sy cepat jalan..tp lambat ckp..dah 3 tahun baru nak sebut 2 patah perkataan..padahal ibu ayah dia mmg mulut pot pet tak berenti..balik kampung semua dok compare sepupu dia yg lg muda dah petah cakap..tp takpelah..as long dia sihat, nak berkawan, nampk normal je dah syukur dah...lain budak lain perkembangannya kan...

    ReplyDelete
  4. aww i like the word late bloomer :) sama lah anak kita. hamza pun dah 17months ni baru ada 4 gigi. berjalan masa 15 months...reti berdiri sendiri masa 16 months..terbalik ha. Cuma i ada bawak dia pi buat hearing test and Thank God I did, so now we know dia ada graf kurang cantik sikit kat telinga kanan. tak kisahlah jiran mengata babe, we know our children more than they do :)

    ReplyDelete
  5. Anak saya setahun sebulan xde gigi lg..huhuhuu

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers