Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, February 19, 2014

Si Penyelamat Bonda..

Si penyelamat bonda
Hadir di waktu ribut
Pematah tongkat kaki
Memaksa bonda berlari
 
Si penyelamat bonda
Ganti sekeping hati
Kompas arah hidup
Pecah kabut pagi
 
Si penyelamat bonda
Andai takdir tentu waktu
Bonda pergi tak kembali
Hiduplah.
 
Demi masa.
Demi bonda.
 
Si penyelamat bonda
Takdirmu untuk kamu
Jalan tak selalu terang
Tujumu tak selalu tenang
 
Dongaklah ke langit.
Tunduklah ke bumi.
Pejamkan mata, pekakkan telinga
Kuncikan bibir, kuatkan hati
 
Demi aku.
Hiduplah untuk kamu.
 
Satu hari nanti
Andai ada masa diberi
Akan aku beritahu
Kenapa
Mengapa
Kamu
Si penyelamat bondamu.

Setahun yang lalu..

1 comment:

  1. kiut nya baby... bestnya ada baby..doakan nida pon dapat baby ye =)

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers