Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, February 17, 2014

Umur berapa korang mula bagi anak pegang pensel/pen?

Aku cuma nak tau ni..umur berapa korang start bagi anak korang pegang pensel/pen?

Umur berapa patut start??

Eusoff dah 1 thn 3 bulan. Bila bagi pensel/pen, cara dia pengang tu dah betul dah. Sebijik macam nak menulis.

Jangan kacau lah! Eusoff tengah siapkan assignment ni.

Aduiiii...byk plak assignment harini...

Ok. Assigment Eusoff dah siap! Masa untuk nenen pulak!!! Hehehe...

See?? Menulis macam ye2 jek!! Hahahaha... Cuma masalahnya Eusoff ni imaginasi agak tinggi sket. Ko bagi pensel warna, pastu dia buat pensel warna tu jadi sudu. Masuk dalam mulut. Dah larang pun tak jalan. Kejap2.. "Aummm..." (Buat2 tgh makan). Dah tu siap paksa suap dalam mulut orang lain plak tu! Risau plak aku. So far mmg aku monitor la tiap kali bagi dia menulis. Aku ingat nak belikan crayon tapi risau plak bila camni. Takut dia masuk mulut. Huhu.. So far aku belikan pensel warna Swan kot. Yang Jumbo tu. Senang sikit dia pegang sebab besar gabak.

Cuma aku masih confuse lagi anak aku kidal ke tak. Kejap pegang tangan kanan, kejap pegang tangan kiri. Hehe.. Aku tak kisah pun dia kidal ke tak. Aku kidal beb. Ok je. Sape yg mengutuk orang kidal memang siap la kena dgn aku. Apa kau ingat aku makan guna tangan kiri ke?? Aku makan tangan kanan beb! Menulis je aku tangan kiri. Sebab kalau guna tangan kanan tulisan caca marba lebih sikit. Haha..

Aku tak faham apesal parents nak risau sangat kalau anak kidal. Ape kalau kidal anak buat suwey ke? Kalau kidal nanti dia makan guna tangan yang sama dgn tangan cebok berak ke?? Please ehhh... Jadi kidal lebih untung tau! Sebab dia akan dilatih untuk pastikan dua-dua tangan berfungsi. Bila macam tu, otak dia dua-dua belah akan berfungsi jugak tau! Ini testimoni dari orang kidal sendiri..

Tahukah korang peratus orang2 kidal untuk mendapat tempat dalam MENSA adalah lebih tinggi dari orang2 yang tak kidal? Ape tu MENSA?? MENSA adalah 'High IQ society'. Society utk org2 yg mempunyai IQ lebih tinggi dari average orang2 biasa. Adakah aku member MENSA?? Itu rahsiaaaaa.... Hahahaha...

17 Fakta unik mengenai orang kidal. Click sini.

 
Pre-order Monopod+Handphone holder masih dibuka sampai esok tau!! RM60 including postage. Sape2 yang masih berminat sila email aku ASAP : malyn.mizzunderstood@gmail.com


Nah. Sape yg tanya rupa Monopod+Handphone holder tu. Ni aku punya. Jangan mintak pinjam. Hahahaha

Ni rupa bila dah pasang holder kat monopod tu.

Selfie guna monopod. Tapi aku tak fully extend monopod tu. Kang korang nampak pulak bilik aku yang 'kemas' sangat ni. Hahahahaha... Ampunkan muka aku yang tak semenggah tu ehh.. Aku memang mengamalkan 'No make-up policy' bila ke office. Hihi..

2 comments:

  1. cumel jugak walaupun tak make up. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zila Zainal : owhhh..please.jgn buat i perasan.hahaha.. ;p

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers