Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, February 03, 2014

Untuk seorang perempuan..

Kau kata kau pilih dia atas dasar cinta
Kau tak peduli apa orang kata
Kau cuma nak kau punya bahagia
Kau sanggup redah semua

Kau anggap aku dengki, aku sakit hati
Cerita sebenar yang aku bagi kau tolak basi-basi
Kau kata aku menghalang bahagia
Aku simpan dendam dalam amarah rasa

Kerana kau, aku terima caci maki
Dari seorang lelaki
Kerana kau, hati aku yang memang dah pecah
Terus jadi serpih-serpih

Aku terima.
Aku diam.
Aku cuma minta.. pergi jauh dari hidup aku
Dari keluarga aku

Dan sekarang..
Bila si lelaki dah hilang kuasa
Dah hilang harta
Semakin dimamah usia

Kau mula rasa lemas, kau mula rasa rimas
Kau mula rasa tercekik, kau mula rasa serik
Kau mula cari siapa lagi kau nak tarik

Kau mula nampak sekeliling
Kenapa isteri lain tak perlu ambil pusing
Kenapa perempuan lain tak perlu pening-pening
Kenapa ibu lain tak ada bising-bising

Kau kata kau tak pandang pangkat,rupa atau harta
Kau hanya nak kan teman setia
Walau tak punya apa
Kau tetap terima

Aku, perempuan,anak,isteri dan ibu
Aku tahu rasa itu
Dan sekarang... dengan semua yang terjadi sekarang..
Dengan rasa yang makin menghimpit
Dengan keterdesakan yang semakin perit
Dengan kesusahan yang semakin sakit..
Aku masih mau tanya kau soalan ini sesekali...

Masihkah cinta kau itu..cinta mati?

2 comments:

Countings...

Daisypath Anniversary tickers