Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, March 25, 2014

Eusoff...dan Rotavirus. Our experience. Our Story.

Eusoff sebenarnya demam dah lebih 2 minggu. Dia mula demam dari Khamis, 6 Mac 2014. Jangkit dari aku. Selama 2 minggu tu kitorg demam on-off. Aku mmg takde pegi klinik or jumpa doctor la. Sebab bila anak sakit, otak kau takkan fikir pasal diri sendiri. Asyik fikir anak je..

Lepas seminggu demam, aku & Mr H decide nak bawak Eusoff pegi hospital. Especially sebab temperature dia naik tinggi. 40-41.3C! Ada 1 malam tu temperature dia naik tinggi sampai 42C, sampai dia menggigil!! Bayangkan perasaan aku masa tu. Nak nangis tgk anak sakit, tak lalu makan, susu pun tanak. Aku ajak pegi KPJ Tawakkal since last time Eusoff demam panas kitorg bawak gi situ & dorg terus amik sample darah buat blood test utk confirmkan bukan virus walaupun masa tu pukul 1pg!

14 Mac 2014. High fever. T_T


Tapiiiiii... Mr H tanak bawak pegi sana sebab alasan dia jalan jem org balik keje. -_-'  So dia cadangkan kitorg ke Hospital Colombia Asia Setapak. Aku bukan nak condemn la tapi bagi aku layanan doctor kat emergency tu mmg sambil lewa. Doctor lelaki, muda. Aku explain yg Eusoff da demam seminggu, batuk,selsema, suhu naik tinggi gila. Masa kitorg pegi tu pun suhu dia 39C kot! Tapi doctor tu boleh suruh kitorg balik & bagi ubat yg aku rasa biasa2 je kot! Siap tgh2 consultation tu "Sayang" dia call & dia boleh borak2 dekat 10-15mnt sambil aku & Eusoff termangu2 kt sebelah!

Dan yang paling aku bengang adalah..bila aku tanya "Tak payah buat blood test ke doctor?". Dia boleh gelak!! Macam lahanat ok? Dia cakap tak perlu. Pastu boleh tanya aku lagi.. "Ini anak sulung ke?". Mesti kes kau ingat aku menggelabah semata2 sebab ni anak sulung kan? Hello.. Ingat aku suka2 mintak orang cucuk2 anak aku?? Ok. Fine. Abis cite pasal Colombia Asia Setapak. Memang TAK la aku nak pegi hospital tu lagi.

Rabu, 19 Mac 2014

Malam masa tengah tido dalam pukul 11 camtu Eusoff muntah. Lepas tu sekali lagi dlm pukul 2-3pg. Abis kena baju, cadar, bantal ape sume.. Demam ada lah sikit. Tapi suhu tak tinggi. Makan mmg langsung taknak. Susu pun kurang. Breastfeed je mcm biasa. Pastu dalam pukul 5pg dia berak cair.

Khamis, 20 Mac 2014

Pagi pegi keje dalam kereta Eusoff muntah. Tapi muntah dia pelik. Macam cair gitu.. Abis baju aku & kereta kena muntah dia. Tapi aku fikir positive je maybe perut masuk angin ke ape. Aku pegi keje. Petang dpt text message dr Mr H,

"Nanti balik terus. Eusoff muntah n berak cair cm pg td. Apa nak buat pn sy xtau". Huh. Typical lelaki.. Sume harap mak..kan?? Hehehe

Aku cuma reply.. "Nanti bwk gi Tawakkal. Sekarang musim Rotavirus. Kalau dah muntah2+berak2 takut tu je.."

Sebenarnya sebelum Mr H anta msg tu, aku ada terbaca blog Pet9 AKA Lela Layla pasal Hamza kena Rotavirus. So aku macam tersyak Eusoff pun kena jugak..

Kitorg gerak lepas Maghrib. Sampai KPJ Tawakkal dalam pukul 8 camtu. Pegi emergency, tak tunggu lama. Terus dapat masuk jumpa doctor. Kebetulan dapat Doctor yg sama dgn last time. Consult dengan dia & once cakap demam dah 2 minggu, now muntah2+cirit birit.. Terus dia suggest utk warded. Tapi Eusoff kena drip masuk air dulu sebab takut dia dehydrated.

Mula2 kitorg mintak bilik single, tapi penuh. So request yg 2-bedded room. Tapi nurse dtg & bgtau cuma boleh masuk Isolation Room yg 4-bedded je. Ahhh. Lantaklah. Janji anak aku dapat treatment.

 

Kesian sangat. Muka lembik. Memang dia dah takde tenaga sgt2 masa ni..
 
Drama masa Doctor nak cucuk drip & amik darah. Ada satu part tu macam boleh dengar dia sebut sebijik "Adoilaaaaaa...". Ok.. Drama sangat kau Eusoff!! Hehe..
 
 
Jumaat, 21 Mac 2014

Still muntah2. Pukul 1.30 pagi tu dia cirit birit lagi. Pagi dalam pukul 7-8pg nurse datang bg botol utk collect stool sample. Dalam kul 11pg paed datang cek Eusoff. Just inform yg result darah positive virus. Tapi maybe bukan Rotavirus sebab Eusoff nampak 'bertenaga' utk budak yg kena Rotavirus. Bertenaga apakah?? Hehe..

Yang lawak tu..lepas paed tu cek Eusoff, keluar dari wad, aku dengar dia cakap kat nurse..
"Try dapatkan stool sample dia during office hours ni"
"Tapi doctor...dah dia berak bukan time office hour.camne saya nak paksa dia?"

Hahahaha..aku faham doctor tu nak urgent sebab dah hari Jumaat. Maybe Sabtu-Ahad lab tutup ke ape.. Tapi jawapan nurse tu sangatlah jujur alahai.. Hehehe.. Kitorg pun menanti lah Eusoff poo2. Dalam pukul 2ptg baru dia poo2 & berjaya aku provide stool sample.

 

Pagi Jumaat. Aku rasa perut dia sakit kot sebab tu dia tido menonggeng. Aku betulkan pun tanak, marah. Last2 aku biar je tido menonggeng. Sambil tu sapukan minyak yu yee kat perut & belakang dia..

Petang, lepas 3 bag drip air masuk. Muka ceria sebab baru dapat keluar dari bilik. Bangga gila tolak drip air sendiri. Tak bagi org tolong tolak lak tu. Hehe..

Muka memandang playground penuh harapan. Tapi..tinggal harapan je nak. Kau tu cirit-birit, muntah2. Tak boleh main kat playground.

Actually pagi Jumaat tu nurse ada tanya nak tukar bilik tak. Sebab ada lg sorg patient pn sama. So kalau nak leh masuk 2-bedded room. Tapi sebab masa tu Mr H takde, aku pn macam malas nak tukar bilik so stay je lah bilik tu. Rasa cam VIP sebab bilik besar2 tp kitorg je kat situ. Org lain yg dpt bilik tu sume mtk tukar single room or 2-bedded. Haha..

Tapi yg xbest kan..bilik tu betul2 depan playground. Dari katil anak aku pandang je playground tu. Kesiannnnnnn...

Ptg tu aku tanya nurse lagi.. "Anak saya Rotavirus ke?". Nurse cakap result stool sample tak tau lagi. Tapi mungkin bukan. "Rotavirus selalu amik masa seminggu kak nak baik. Anak akak macam dah sihat sikit je tu". Baik lah nurse.. Alhamdulillah je la kalau bukan Rotavirus..

Sabtu, 22 Mac 2014

Pagi2 aku bangun tiba2 pelik apesal katil/cadar macam basah. Aku ingatkan Eusoff muntah aku tak sedar. Pelik.. Eusoff ape2 mesti kejut aku. Kalau muntah, lepas muntah tu dia akan bgtau "Ntaahhhh..". Nak kate poo2 tembus, elok je dia tido. Sekali aku bukak mata.. rupa2nya drip air dia dah longgar + bercampur darah atas cadar.. Kusssemangat. Mak kau ni dala takut darah nak oiiiiii... Lepas tu...Eusoff dengan sekali rentap je terbukak dah drip tu. Haihhhh lah anakkkk...

Lepas breakfast, bwk Eusoff gi Nurse station. 2 org nurse nak betulkan drip tu. Seriau aku tgk dia cabut jarum dari tgn Eusoff. Aku tolong pegang kepala Eusoff je. Alih2 sorg nurse tu cakap.. "Ala...jarum dah bengkok la. Kena tukar tangan sebelah. Puan tunggu kat luar ye..". Baikkkk. Saya rela tunggu kat luar dengar anak meraung dari duk tgk darah anak saya. Mau dengan saya2 pengsan kang. Hahahaha..

 

Drip air dah bertukar tangan. Pastu Daddy dtg ngadu kat Daddy kannn...anak Daddy sangatttttt...

Muka khusyuk layan Disney Channel. Soh kebelakang sikit pun tanak. Kurusnye anak aku..... Huaaaa... Berat Eusoff dah jadi 8.6kg berbanding 10kg before sakit aritu.. Huhu.. Mak mana yg tak sedih tgk anak susut..kan?? T_T

Doctor datang tengahari tu, confirmkan yg Eusoff kena Rotavirus. Tapi dia cakap Eusoff nampak sihat utk budak yg kena Rotavirus. Muntah pun dah takde. Cuma dia akan still cirit-birit sampai habis virus dalam badan dia tu flush keluar. Bila tanya susu apa yg dia minum sepanjang sakit ni, aku mmg admit dia tak minum susu FM langsung!! Makan pun tanak. Sepanjang bape hari tu mmg dia survive dengan breastfeed je. Doctor tu nampak happy dengan explanation aku. So dia cakap kalau takde muntah2 & demam lagi esok boleh discharge. Yeay!!!!

Ahad, 23 Mac 2014

Pagi doctor dtg check, tgk Eusoff macam dah sihat, bertenaga. Setelah 5 bag drip air, doctor bg greenlight utk bukak drip. "Owhhh....leganya!!!" kata Eusoff yang dah berpuluh2 kali cuba bukak drip air tu sendiri. Hehehe..

Tengahari...
Discharge!!! Hoyeahhh!!! Mummy yg lebih gembira sebab dah tak larat duk hospital. Huhu.. Total utk 3mlm for 4 bedded room adalah... RM2xxx. Eusoff memang ada 2 insurans, Prudential & Allianz. So utk warded kali ni kita guna Prudential. Mummy & Daddy kena topup RM387 duit sendiri (yg xcover insurans). Tapi takpe sebab Mummy boleh claim balik kt office. Hehe..

See? Insurans tu penting utk masa kecemasan. Kalau anak korang takde lagi, sila dapatkan sekarang. Hehe..

So far sepanjang hari sekali je dia poo2. Muntah takde. Duk rumah pun elok je.. Makan mula ada selera tapi memilih yang kena dengan tekak dia je..

Isnin, 24 Mac 2014

Mummy EL lagi sebab nak monitor Eusoff. Poo2 sekali je. Tapi dah ade texture lah. Dah ade warna kuning instead of putih je masa awal2 tu... Tapi Eusoff still lethergic lagi. Kuat tido. Mungkin still lemah lagi. Tapi so far air masak dia minum banyak so takdelah risau sangat..Office pun dah msg tanya bila nak naik keje.. Adehhh.. Baru ingat nak cuti sampai Khamis sebab doctor cakap seminggu baru Eusoff betul2 ok. Huhu.. Takpe2. Memandangkan bila Mummy cuti, gaji pun tak masuk2.. Maka marilah pegi keje sebelum kena amukan puaka kat office. Muahahaha...

K lah.. Nanti aku update lagi pasal Rotavirus ni. Cara2 nak identify anak kena rotavirus, apa nak buat, apa nak bg makan, etc.. Info2 ni sangat berguna utk aku tau! Sebab aku ada info2 ni lah aku mampu identify Eusoff kena Rotavirus & dengan tu mampu dapatkan rawatan cecepat.. Nanti aku share ehhh... :)

16 comments:

  1. Assalamualaikum kak, risaunya dengan budak sakit2 ni.. sian Eusoff. semoga cepat sembuh ye nak.. hensem la Eusoff ni... hehee nanti share tau pasal Rotavirus tu.. boleh jadi input sheila before jadi umi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dear..
      I pn rasa info2 ni mmg bagus sgt2 sbb dr situ I dpt detect eusoff kena rotavirus..nnt I share ehh.. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. singgah pagi sambil menabung digi sini ~~~

      Delete
  2. murah gak kpj ye.. lin masa hafidh warded kat pantai cheras almost 4k. =( lucky ada insuran la kan... tu pun dalam 4 hari je kot.
    alhamdulillah eusoff da recover... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah . kitorg pn rasa murah. Ok la kot dgn wad, layanan ape sume.. tapi murah2 pn kalau xde insurans mmg 'bengkok' gak nak byr2.nak2 kitorg br pindah rumah ni.hehe.. tq dear.. :)

      Delete
  3. sapa tak risau anak sakit. budak kecil bukan reti cakap sakit. benci tau kalau kita ckp apa2 doktor buat sambil lewa. katanya tak nak kita risau. tapi cubalah bg perhatian sikit. pujuk sikit hati. doktor bukan sahaja kena pandai rawat sakit je, kena rawat hati jugak. kita dengar rasa sejuk je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kdg2 bila doctor sambil lewa kita lg skt hati kot! Kalau kita yg sakit mungkin xdela kisah sgt.tp bila bdk kck yg skt tlglah bg attention sikit..kan? Bdk tu bkn tau nak ckp apa yg xkena, mana yg skt..kck ht tau dgn doctor camtu.huhu..

      Delete
  4. ehh kongasam eh doc kat columbia tu..tampar nak?..kalo takat demam bese tu xpe la..ni dah tggi kot suhu! haih..alhamdulillah eusoff dah recover..makan byk2 eusoff.bam2kan badan balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa...malas dah nak pegi colombia asia tu walaupun dekat.
      pegi hospital jauh sikit xpe.janji servis bgs. tima anak sakit ni mmg xle nak tangguh2.huhu

      Delete
  5. siannnya eusoff smpi kena warded...
    skrg kena monitor betul2..
    dulu ilyaas kena gak rota ni..
    masa imani, i amik vaccien rota cepat2 walpon ramai ckp haram sbb ada unsur babi dlm tu
    tp skrg nak merebak senang sgt.dah endeimic dah rota ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg mak dia dah jadi clean freak.sikit2 sanitize sana,sanitize sini..
      tp eusoff ni suka mengutip masuk mulut.
      tu yg payah sikit tu..haihhhh... -_-'

      Delete
  6. yeayyy eusoff dah sihat..mummy kuarantin kan eusoff lagi 2-3 hari pastu boleh bawak jalan2 dah. ehh sama lah kita hamza dulu berat 10kg kena rota terus jadi 8 lebih gak. kesian betul...anyway budak kena rota memang akan menonggeng2 kan sebab sakit perut..hadui i sampai skang rasa kesian sangat. macam2 virus zaman sekarang ni. InsyaAllah lepas ni anak kita dah immune

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 i mcm confuse apesal dia nak tido menonggeng. tp sape tah ckp mungkin perut kembung or skt kot. so i biar je la..just sapu mnyk yu yee je mampu smbil urut sikit blkg dia bg lega..
      Alhamdulillah eusoff cepat sihat.lega sikit rasa..lps kuar hospital trs jad clean freak.sana sini sembur dettol.pastu sikit2 basuh tgn.hubby pn naik rimas.hahaha

      Delete
  7. Amalina, nak tnya sikit laa...anak aku pun baru keluar ward.cirit birit muntah2, tp dah cek bukan rotavirus. smlm dah keluar. masalah nya, dia still lg cirit-birit skrg ni. stool kaler putih gitu, cair. ktorg laki binik xtau nak buat ape dah.tp dah xde muntah2 la. ke mmg dia take time skt ye nak baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia mmg take time sikit nak baik. Eusoff pun few days lepas keluar hospital still cirit birit lagi..
      cuma nanti lama2 nampak stool dia tu berubah dari putih jadi kuning pastu dari lembik/cair to ade texture sikit..
      kalau doctor ada bg ubat ORS tu keep on bagi sampai poo2 dia ok..
      maybe dia still tgh flush out sume virus2 dlm usus dia tu..
      as long as xde muntah2 or demam sepatutnya xde masalah..bg byk minum air masak sbb tkt dia dehydrate..
      and try bagi air lemon+madu suam. utk tolong usus dia flush out virus2 tu..
      Insyaallah dia cepat baik.. :)

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers