Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, March 03, 2014

Family Gathering @ Melaka

Blog ni agak bersawang la sikit.hahaha.. Al maklum. Bila fokus kat side-business, blog terabai. Bila focus kat blog, side business terabai. Yang pastinya focus utama aku mmg laki & anak la. Pastu full-time work aku. Apa nak buat. Tanggungjawab kan..Hehe..

Last Saturday kitorg & family Mr H ada gathering kat Melaka. Maka pergila kami beramai2. Sedara mara belah Mr H pun ada join..


Aku memang stress kalau bergambar dgn org lawa2 ni. Terserlah yang aku tak bape lawa. Kah3.. Harap maaf muka anak saya yang stress bergambar dgn Emma Maembong. Mungkin dia stress apesal mak dia tak lawa macam Emma. Harap maaf nak.. Emma tu sedara bapak kau. Kalau sedara Mummy confirm2 Mummy pun lawa macam dia. Ehh?? Hahahaha... 

Sedara-mara belah Mr H. Ni sikit je ni..hehe.
Da bape ramai yg tanya.. Emma dah berhijab ke sekarang? Err..jawapan dia "Baru mula belajar". Lain2 ai iz no comment. Giteewwww... Bajet aku lah retisnyeee.. Hahaha

Gambar Chacha Maembong ni aku snap khas utk adik laki aku yg gedix. Nak sangat!

Ini kakak Emma & Chacha Maembong. Kitorg panggil Baba. Full name aku xtau. Boleh gitu?? Hehehe..

Ini retis yg paling glamer sekali masa tu. Nak pengsan aku melayan dia haritu. Huhu..
 
FYI ada cite tak best jugak masa gathering ni.. Konon2 just nak gather2 keluarga. Maka kitorg sume bertolak lah pagi2. Sampai2 kat tempat yg dijanjikan, tuan rumah tak ada. Pastu dapat kol suruh pegi tempat lain. Kitorg pn pegila ke tempat tu.. Rupa2nya ada event kat tempat yang dimaksudkan tu. Event yang takde kaitan langsung dgn family gathering tu. Event oleh salah satu parti politik.

Kitorg pegi 4 kereta. Sume rasa macam tertipu. Pastu bila family Ismail Embong sampai..kitorg da dapat agak dah. Ni mesti nak gunakan title 'artis' tu utk memeriahkan event tu. Betul pun tekaan kitorg!Retis2 tu sampai je..terus kena block tak boleh pegi mana2. Siot gila!!

Kitorang yang takde kaitan pun terlibat sama tak memasal. Kitorg dah duduk kat 1 khemah ni. Pastu bila retis2 tersebut sampai & bersalaman dgn kitorg pastu borak2 tanya khabar, terus ramai peminat2 dorg serbu mtk autograf, mtk signature.. Tak memasal kitorg yg kena tolak2. Mcm haremmmm...

Dah tu urusetia pun da tentu2 bg special treatment kat retis2 kan?? Tapi...siapalah kitorg ni...siap ada urusetia tu dgn poyo & berlagaknya pandang kitorg mcm kitorg yg terhegeh2 nak rapat2 dgn retis.. Wakluuuuuu...

Kalau aku tau kena dtg event camtu, mmg takdenye aku nak pegi. Dari kecik sampai besar aku asyik kena paksa pegi event2 camtu. Dah la berpanas. Kesian anak aku tahu?? Nak makan susah, nak menyusu lagi susah!! Tempat macam tu, mana ada nursing room. Serius aku mmg agak bengang la masa tu. Kalau setakat kitorg yg tua2 ni takpe lagi. Ni masing2 bawak anak kecik2 kot!! Memang aku bengang dengan 'sedara' yg tipu kitorg dengan alasan 'family gathering' ni. Pakkal je bukan sedara aku. Huhu..

Dan utk retis2 tu pun kesian dorg jugak beb! Selalu kalau attend event2 camni sure lah ada 'bayaran' dia kan? Nama pun retis. Ni kena attend free tak memasal. Pastu associate dgn parti politik pulak. Tak pasal2 org ingat dorg ni penyokong parti politik tu walaupun takde kaitan pun sebenarnya. Nasib kau lah Fatimah & Aisyah.. Hehehe..

Dek kerana berpanas hari Sabtu tu, malamnya aku nak kena migrain. Time dinner makanan sedap2 tapi aku rasa nak muntah je..Ni pun sampai Isnin tekak aku perit, nak selsema, batuk2..Dengan cuaca macam sekarang ni.. serius aku rasa org yg bertanggungjawab Sabtu lepas tu mcm aniaya kitorg.Huhu... Tak baik tau!!

P/S : Lunch tengahari tu makan ramai2 sekali sambil tengok cite Projek Memikat Suami. Sambil Emma makan kat depan aku .Serius aku rasa pelik. Hahahahaha..

5 comments:

  1. ya ampun...sian la eusoff... blh plak guna nama family gathering nak paksa suh join event tu...aisshh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?? Seyes babe.bkn eusoff sorg.kitorg msg2 suma bwk anak kot!
      Mmg bengang gak la aritu..

      Delete
  2. pasni eusoff jadi retis la... geng nak emma maembong... chacha xyah... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh..retissssnyeeee eusoff!! Hahaha..
      Takut mak!! Hehe

      Delete
  3. Wah ada emma maaembong, cuaca panas sekarang ni, macam tak sesuai nak buat aktiviti luar, kesian dekat anak-anak

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers