Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, March 05, 2014

Manjaboy... Is it bad??

I've heard this times and again.. Eusoff is a manjaboy. Hell..I even admit it. Eusoff is TOTALLY a manjaboy, mama's boy. And times and again I've been told.. "Jangan manjakan anak sangat..", "Eiiii...manjanya! Macammana nak dapat adik ni??" Yada, yada, yada...

Untuk pengetahuan korang..aku ni adalah antara stalker Fynn Jamal. Dari Juna sakit, perlu duit utk surgery, etc.. Aku dah kenal Fynn Jamal. Dari Arjuna Beta tak dikenali sampailah sekarang dah keluar kat radio.. And one thing I notice is.. aku selalu agree dgn Fynn Jamal. Memanjakan anak adalah hak parents. Don't question the way other people raised their child. Just because you don't raise yours that way, doesn't mean they're wrong and you're right.

Mungkin pada orang lain manjakan anak akan menyusahkan kita. Susah nak bergerak, susah nak buat keje, susah kalau nak pegi mana2, susah nak tinggalkan anak.. Ye. Memang susah. Tido malam nak berbobok, nak berpeluk. Balik dari keje, sampai rumah memang masa aku untuk anak je. Kalau dia main pun aku kena sentiasa ada. Hilang je aku (or bapak dia) memang confirm dia akan nangis.

Anak manja..tak boleh tinggi suara. Tinggi suara sikit, dia punya merembes macam kena dera. Anak manja..nak sentiasa dipeluk. Nak sentiasa dibobok. Nak sentiasa dibelai. Anak manja..attached to the mother.

Mungkin orang nampak dari konteks ni...memang nampak susah dan menyusahkan. Tapi siapa aku sekarang adalah kerana siapa aku dahulu. Apa aku akan jadi sekarang adalah kerana anak aku.

Sila lihat dari konteks AKU. Aku membesar dengan not so typical family. Hell.. I can even say I have a dysfunctional, out of your imagination, really weird, abnormal family. Keluarga aku agak kucar-kacir. Tak perlulah aku jelaskan. (If you're my CLOSE, CLOSE,CLOSE friends, you would understand). Aku membesar in a not-so-toucy-huggy family. My dad memang garang lah kan..

Mak aku pergi masa umur aku 14tahun. 14tahun. Apa yang kau faham masa umur 14tahun?? Nothing. Sejak tu, aku membesar tanpa figure seorang emak. Aku membesar dengan cara aku sendiri.

Sekarang, bila dah jadi emak.. Aku rasa aku hilang banyak perkara. I still remember bits and pieces of who my mom is. No matter what is said about her. I remember my mom for who she is when she's with me. I see her in me.

Growing up without a mom, I realize that life is too short. Andai aku ditakdirkan mati harini..adakah anak aku akan ingat siapa aku? Adakah anak aku akan tau sayang aku pada dia? Adakah anak aku akan 'kenal' bondanya?

Growing up without a mom is a pain that will never go away. I hope my child would never have to experience it. But if they do.. I hope the love I've shown is enough to make them strong.

Jadi..lihat dari konteks ini. Aku manjakan anak. Mungkin bukan sebab anak too attached to aku. But aku yang too attached to anak. I am happy and content memanjakan anak. Hey..time anak kecik ni lah kau nak manjakan,peluk,belai,cium dia.. Kau tunggu anak umur 10-15thn nanti, nanti kau nak cium dia pun dia tak bagi (Tak kewl la Mummy!!). Kau nak peluk dia pun dia lari (Malulah kawan2 nampak nanti!). Serius aku memang suka gila peluk & cium anak aku sampai dia yang rasa bosan. Sampai dia sendiri rasa tak heran kalau mak dia tiba2 takde angin, takde ribut terus gomol dia. Dan aku tak peduli kat mana2 pun kalau aku rasa aku nak peluk & cium dia..aku akan buat. Kira ok la aku peluk & cium anak je kat public. Kalau aku peluk & cium bapak dia camne?? Kah3... ;p

Manjakan anak bukan bermaksud aku turut semua kemahuan anak. There's a fine line & boundaries yang dia tak boleh cross. Didik tetap didik. Manja...is another whole different thing. So far aku rasa Eusoff turns out OK. Tantrums tu perkara biasa. Nama pun budak kecik. Kalau menurut perintah je aku pun rasa something wrong. Haha..

Aku dah penat jugak dengar kata2 macam.. "Tu lah..asik berdukung je..". Ada aku suruh kau dukung anak aku??. "Sebab tu la lambat berjalan. Manja sangat". Kau nak tolong ajar anak aku berjalan ke? "Asik berkepit je..susahla nak buat keje" Kau tolong buatkan keje aku ke? "Susah kalau kena tinggalkan anak pegi mana2. Nanti dia merengek cari mak dia". Hoi..kalau anak aku tak rindu bila aku takde lagi aku rasa susah hati. "Asik bergendong (babywearing) je. Macam anak kangaroo. Tak independent anak tu nanti!". Eleh..jeles la tu tgk SSC aku comel (Eh??Takde kaitan. Haha). "Tak macho la anak lelaki manjaaaaaaa...". Lelaki yang sensitive itu sexy. Lelaki yang manja itu sukar dicari. Kah3... ;p

Kesimpulannya..anak lelaki ke anak perempuan, aku TETAP akan manjakan anak aku. Maybe its a bad thing for you. Maybe it's not your thing. Maybe you have your own reason. I understand. Because we don't live a parallel live. But for me..I am who I am now and I will be who I will be because of my child. He's my saviour. And my husband's my knight in shining armour. *winks* ;)

As for persoalan.. anak manja sangat, camne nak dapat adik?? Errrr....adakah anak aku mempunyai kuasa menghalang proses 'menjadikan' adik tersebut?? Kau ingat laki aku kesahhhhhh???? Kah3.... Anak 5 pun TETAPPPPP aku akan manjakan SEMUA anak aku. Insyaallah... :)


Mak obsessive tahap stalker asik snap gambar anak tido. Hahaha.. Aku suka tgk anak tido. Sebab rasa tenang, peaceful je.. Selagi aku tak tido asiklah keje nak cium anak yang tgh tido. Anak aku mesti rasa nak lempang je mak dia sebab annoying..kan?? Hihi..

Manjaboy nak tengok TV kena baring tas riba ok? Meleset tahap baekkkk punyaaaaaaa... :)

1 comment:

  1. dont worry emme... i pun jenis manja kan anak.walaupun anak i tak manja sangat (hahahha...) tp i tetapppppp nak manja kan dia.sebab apa... dia kecik sekali tu je.biarlah i penat 24jam dok perhatikan dia sampai orang kata asyik telek anakkkk je tp i rasa seronok...

    anak kita... harta kita. nanti besar sure diorang appreciate mak dia.takde la kita rasa sia2...

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers