Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, April 16, 2014

Addiction Eusoff..

Sape yg baca blog aku ni & pernah baca entry "Anak korang tidur awal ke lambat??" dan entry "Sleep Train & Bedtime Routine... anyone??" tau lah yang aku memang praktikkan Sleep Training & Bedtime routine dari awal lagi kat Eusoff. So far Alhamdulillah.. memang takde masalah nak tidokan dia. Paling lambat memang pukul 11mlm la dia tido.. Kalau tak, kadang pukul 8.30mlm da tido. Korang yg ada FB aku boleh baca la status2 meroyan aku bila kebosanan sebab anak tido awal. Hahahaha..

Tapi kan..semenjak pindah rumah ni, Eusoff mula ada sleep problem. Aku tak pasti bermula sebab pindah rumah ataupun sejak dia mula demam lama + rotavirus aritu. Tapi dah melarat2 sampai sekarang.. Eusoff ada addiction.

Apa addiction dia? Dia addict nenen. Aku rasa salah aku jugak sebenarnya. Bila dia start demam lama aritu memang aku bantai breastfeed je sepanjang masa. Malam pun sama. Sebab bila dia tak sihat dia tak nak makan or minum susu. Just nak breastfeed je. Aku pun layankan. Well..it's not a bad thing,at first.

Sekarang ni Eusoff addict. Bila terjaga dari tido, dia dah tak pandai nak tido balik unless aku sumbat nenen. Padahal bukan dia nak menyusu pun. Macam budak yang dah biasa tido dengan puting, Eusoff pun camtu. Bila terjaga dia akan nangis beria2, hentak2 kaki selagi tak sumbat nenen dalam mulut dia. Adoilaaaaaaa.... 1 malam berkali2 kot dia terjaga (bukan sebab nak menyusu). Tak ker terseksa jiwa raga camtu??

Semalam aku try buat keras je. Tapi sebenarnya kan..masalah paling utama adalah laki aku. Dia tak boleh dengar anak menangis lama2. Dia yg kesian. Last2 semalam give in jugak lah.. Sebab Mr H cakap dia susah nak tido balik bila terjaga dengar Eusoff meraung. Amboooooiiiiii...dia punya tak boleh tido je dia fikir yeeeeee... Aku yang dah dekat setahun setengah tak tido lena takde pulak difikirnye yeeeeeee...

Takpe2... 1 May nanti Mr H ade ride Vespa pegi Phuket-Krabi. Trip tu 5 hari. Aku tak ikut sebab kesian kat Eusoff. Tapi aku amik cuti 2 & 5 May. Jadiiiiiii..... Mari mulakan Sleep Training 1st May tu! Aku dah tak tahan dengan addiction Eusoff ni. Bukan apa.. sekarang boleh la layan lagi.. Tapi sampai bila?? Eusoff makin lama makin besar kot!!

Tolong doakan aku berjaya ye.. Huhuhuhu....

P/S : Another thing aku nak train Eusoff tukar botol besar sikit. Masalahnya dia tak nak botol susu lain. Kesian kat MIL aku kena buat susu dlm botol 5oz then bila tak cukup kena buat lagi dalam botol yg sama. Haihhhh lah anakkkkkk...mcm2 pe'el kau ni tau.... -_-"

4 comments:

  1. salam..hi..terjumpa blog ni..dan terbaca kisah nenen2 ni..anak u setahun setengah..anak i, 2 tahun setengah..mlm2 jerit mcm ni..ummmiiiii..nak susu ummiii..(org dah pandai cakap lah katekan huhuhu)..bangun pagi pun sama..mcm2 i cerita..cth "susu ummi ni baby je minum or susu botol sedappp...dia buat dek ajeee..muka selamba terusan menyusu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...mesti comel jeee..sama je dgn Eusoff. cakap lah mcm mana pun dia tetap buat dekk je...
      Dia belum pandai cakap lagi but "nenen" tu tau la.
      So malam2 boleh dgr dia nangis hentak2 kaki sambil sebut "nenen!!nenen!!amiiii......". hahaha

      Delete
  2. Samalah dengan Zain tu, obses betol ngan nenen and same case like u. Hubby tak boleh dengar dia nangis. Cane lah nak sleep trainig? Kena tunggu scuba trip husband agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilla...lelaki xfaham sbb bukan dia yg bg nenen tu..dia sedap tido jeeee..
      Pastu xleh dgr anak menangis. Mak dia menangis skt2 badan bukan bapaknya kisah pun. Hehehe..
      I bukan nak stop dia nenen terus pun.
      Just nak train dia tido balik tanpa perlu sumbat nenen dlm mulut je..
      Mmg kena tggu bapaknya takde baru boleh train.hehe..

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers