Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, April 22, 2014

Eusoff tak pandai!!

Semalam genap lah umur Eusoff 17 bulan atau 1 tahun 5 bulan. Dalam usia dia 17bulan ni.. Ada beberapa perkara yang aku sedari. Eusoff normal macam budak2 lain. Tapi bila aku perhatikan betul2, Eusoff berbeza dengan budak2 lain keliling dia. Faham tak? Dalam umur 17 bulan ni.. Eusoff tak pandai dalam beberapa perkara :

1) Eusoff tak pandai makan gula-gula.
Aku sedar sebab MIL belikan Scott's Emulsion yg tablet tu untuk Eusoff. Dia try la bagi. Eusoff masuk mulut pastu try gigit2 tapi tak boleh sebab kena kemam macam gula2 kan.. Last2 dia keluarkan pastu tanak makan dah. Tapi bila bagi cousin2 yg sebaya dia, dorang pandai je makan. MIL aku cakap maybe sebab aku xpernah bg Eusoff makan gula2, lolipop or sewaktu dengannya kot. So Eusoff tak reti hisap tablet/gula2. Makan takde masalah. Kunyah2 telan. Hehe.. Takpe. Bab yang tu memang aku guilty. Eusoff memang tak reti makan gula2 sebab aku tak pernah bagi. Kalau pegi kedai mamak dapat lolipop free tu selalunya hujung2 ke tong sampah je peginya. Ataupun cousin2 dia yang dapat. Jajan Eusoff adalah buah2an.

2) Eusoff tak pandai nak mintak-mintak bila keluar jalan-jalan.
Aku tak tau lah anak korang camne. Tapi Eusoff memang tak pernah nak mintak or cakap dia nak apa2. Even tunjuk2 pun tak. Cuma ada sekali tu je la kitorang keluar pastu aku bagi dia jalan sendiri. Dia stop depan bendaalah ni lama gila sambil tengok je. Takde cakap "bakk" (nak) ke apa. Just tengok pastu bila aku panggil dia sengih2 datang kat aku. Pastu tengok balik benda tu. Last2 aku belikan je. RM5 je pun. Tapi dia punya happy macam apa. Alahai...kesiannya kau anak. Nak mintak tak berani ye?? Hehe.. Tengok la muka happy dia ni.. First time aku sedar dia nak something tapi tak reti nak mintak. Kalau kat rumah pandai je mintak apa2 dia nak..


3) Eusoff tak pandai minum air manis-manis
Eusoff memang tak dibiasakan minum air manis2 macam kordial tu sume. Selalu memang dia minum susu or air masak je. Kadang2 bila lepak kedai mamak je dia merasa teh tarik sikit. Tu memang feveret dia. Gaknye sebab masa mengandung aku mmg suka minum teh tarik kot. Dia panggil teh tarik "TeTa!". Maybe sebab nak sebut teh tarik tu 3 suku kata jadi Eusoff pendekkan jadi 2 suku kata je. Te (Teh) Ta (Tarik). Selain dari tu memang takdelah dia nak minum air manis. Aku sedar sebab masa kena rotavirus aritu aku buatkan air lemon madu (suam) nak bagi dia minum (bgs untuk usus). Dia pelik sebab tak reti minum air manis2 (walaupun manis madu). Terus buat muka macam.. "Apesal bekas air masak aku air dia rasa pelik??". Hahahaha..

4) Eusoff tak pandai nak focus lama-lama.
Aku rasa ni masalah genetic kot. Masalah dari aku. Hahahaha... Dia cepat bosan. Aku tengok cousin2 dia elok je main, baca buku, buat macam2 aktiviti. Dia? Hmmm...3 minit pertama je focus. Lepas tu kelaut. Kalau bawak shopping pun camtu. Takleh nak stay lama-lama satu tempat. Kena sentiasa bergerak, kena sentiasa tengok benda baru. Adehhh...jgn perangai ni bawak ke tua Eusoff. Mummy paham camne susahnya nak focus time belajar. Huaaaaaa.... T_T

5) Eusoff tak pandai melawan cakap
Anak aku ni hati sensitip tau! Tantrum memang ada la jugak. Tapi bila kena tinggi suara sikit, terus merembes macam drama hindustan. Pastu tundukkkkkkk jeee. Bila dilarang buat apa-apa mula-mula dia buat keras je tapi bila kena tegur sikit terus tunduk pastu nanti airmata menitik sebijik2. Tapi dia still ikut apa yang kita cakap. Tak pernah dia melawan or pukul balik orang yang larang dia tu. Pastu bila nak mintak maaf (version Eusoff) nanti dia datang pastu sembamkan muka kat perut or dada kita. Sampailah kita senyum or peluk or cium dia. Selagi kita buat dekk je selagi tu lah airmata dia merembes2 keluar mengalahkan drama hindustan. Kah3...

5 perkara ni aku perasan sebab aku compare Eusoff dengan cousin2 yang sebaya dengan dia or dengan anak2 orang lain yang aku perhatikan. Bukan aku nak cakap anak aku ni terbaik ye... Tak. Semua mak bapak rasa anak dia yang terbaik. Cuma aku perhatikan perbezaaan Eusoff dengan budak2 yang sebaya dengan dia je. Almaklum lah.. Eusoff anak sulung so aku selalu perhatikan anak orang lain sebab nak belajar cara2 mendidik anak. Kadang2 pengalaman tu beri pengajaran yang terbaik tau! Aku pun masih belajar dan aku tak malu pun nak bagitau yang even aku ada buat salah dalam mendidik anak. Tu nanti lain entry kita cite yeeeee.... :)


 
Anak Mummy sangattttttttttt..... :)

Aku ajar Eusoff buat "Peace" sebenarnya. Budak ni kalau selfie memang hoverrr sikit kadang2. Hahahaha...

8 comments:

  1. cantekk kasut eusoff..beli katne yang? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..bab kasut tu memang ramai yang tanya. Beli kat H&M je ni..kasut dia smart2 jugak tau.. :)

      Delete
  2. bagus lah eusoff,semua yg eusoff x pandai tu semua bagus beb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni memang dia xpandai lagi semua tu rara. Masa2 depan nanti tak tau la kan..tp tgk kazen2 yg sebaya dia dah pandai dah buat semua tu..

      Delete
  3. I rasa ok je Eusoff tak pandai makan gula2 minum benda manis2..good for him. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. bagus bila semua itu dia x pandai :D

    ReplyDelete
  5. Ahh...meltingnya tengok muka Eusoff ni. Geram tau

    ReplyDelete
  6. Alahaaai.. cumelnya eusoff ni.. geram tengok!

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers