Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, April 28, 2014

Mak bapak kejam. Buat anak macam anjing..yeke??

Last weekend aku upload video & gambar2 ni kat Insta & FB.


 


Dalam isi 1 keping diaper+wet tissue je pun. Hehe..


Aku memang dah agak confirm aku kena bash. Hahahaha... Memang betul pun.. Macam2 komen aku terima. Even family pun ada yang sound.

Camni lah eh.. dengan jujur aku cakap, aku pun kalau boleh tanak pakaikan anak aku benda ni. Ingat best ke ikat anak macam ni? Tapi anak aku ni membuasnya.. Ya Allah..tak terkejar kitorg! Keputusan pakaikan baby harness ni kitorg buat lepas aku bape kali nak nangis sebab Eusoff hilang kat shopping mall!

Aku tau..tengok anak orang lain elok je jalan2 dengan mak bapak. Anak aku ni lain macam sikit. Muka je suci.. tapi mengganas ok? Eusoff pakai jugak stroller. Tapi bila dah bosan, dia tanak duduk dalam stroller dah. SSC pun sama. Orang dah besar kannn..nak jalan sendiri je. Pimpin pun tanak.

Sebenarnya dah bape kali Eusoff hilang celah2 baju / toys / rak kat shopping mall. Tak terkejar weyhhh.. Dia plak ingat kitorg main kejar2 dengan dia. Lagi lah dia galak.. Huhu... Korang2 sebagai mak cuba lah bayang perasaan aku bila toleh2 anak dah takde. Nak kejar anak pun kadang2 aku mana muat lalu celah2 ruang sempit tu. Nak nangis hokeyhhhh...

Dah tu dia kadang2 main suka2 hati je amik apa2 barang kat rak ke ape. Kalau dia main tarik then barang atas yang berat jatuh timpa dia camne? Aku memang mak yang paranoid sikit kadang2. Huhu..

Selain dari tu da baaaaannnyyyaaaakkkkk kali Eusoff lari menuju escalator or lift. Laju je dia menyusup celah orang ramai. Jerit pekik aku toksah cakap lah.. Pantang pintu lif terbukak terus nak masuk. Ko bayang kalau dia masuk pastu pintu lif tertutup?? Huaaaaaa... menangis aku!

Lepas bincang2 dengan Mr H, kitorg decide pakai kan harness ni. Biar lah apa orang nak cakap. Janji keselamatan anak aku paling utama. Bukannya kitorg tak pimpin dia lansung. Tapi kadang dia terus berlari. At least ada tali ni dia tak boleh pegi jauh dari kitorg. Bukan kitorang tak tengok or jaga dia langsung. One of us still akan tengok dia. Cuma as a safety percaution je.. Bukannya kitorg main lepas dia jalan sendiri then kitorg buat hal sendiri. TAK ye.. kitorang still jaga dia. Cuma tali tu untuk elak dia hilang menyusup celah2 orang ramai or celah2 rak / baju / toys je..

Ada yang cakap macam anjing lah, nanti anak memberontak lah, tak elok ikat anak lah.. Ada yang sound kejam sebab buat anak macam binatang. Pada aku semua tu berbalik pada niat lah. Niat aku cuma nak pastikan keselamatan anak aku. Itu first and foremost. Kalau orang rasa aku kejam, kejam lah. Aku bukan hidup untuk puaskan hati orang. Kalau apa2 jadi kat anak aku, orang2 tu semua nak bertanggungjawab ke? Or dorang nak ke tolong jaga, kejar anak aku kat shopping mall?? Tak..kan??

Semalam MIL sound "Nenek dengar Eusoff kena ikat masa pegi jalan-jalan. Kesian cucu nenek...". Hahahaha. Aku selamba je jawab "Tu laaaahhh.. Kalau tak ikat dia nak terjun escalator lah, lari celah2 baju la.. Padan muka kena ikat. Janji tak hilang sudah..". Hihi... MIL aku mesti tak suka cucu kesayangan dia kena ikat. Tapi mana tahan oiiiiiii... Kalau kat rumah takpela jugak. Ni kat shopping mall dia buat macam rumah sendiri. Hehehe..

Aku & Mr H memang lantakkan ape orang nak cakap. Biar lah orang kutuk sekarang asalkan kitorang tak menangis kemudian hari kalau ada apa2 jadi kat Eusoff. Caci maki orang tak berbekas tapi anak aku tu satu je dalam dunia. Amanah Allah pada aku. Kalau ade choice lain, aku takkan pilih choice ni. Tapi.. dah anak aku ni aktif semacam. Apa nak buat??

Oh ye..pada yang pm & yang tanya aku pasal baby harness ni.. Ni ha rupa bentuk dia :

 

Eusoff punya No 5 yg ladybird tu..

Dalam tu ada macam hood boleh keluarkan untuk anak pakai kalau hujan. Beg ni waterproof. Elok sangat untuk anak aku. Hihi.

Rupa bila pegang tali tu..

Yg kuning tu pun comel kan? Mummy nak yang kuning tu tapi Daddy pilih yg merah ni. Boleh laaa.. Janji Daddy yang bayar. Hihi..
 
Rupa Eusoff bila pakai baby harness tu.. Daddy cakap sape2 yg kretif boleh DIY sendiri tali tu kat beg sekolah anak2 yg da ade. Tapi nanti takde buckle depan tu je la. Aku rasa buckle depan tu penting jugak sebenarnya. So beg tu kemas kat badan dia. Bila tertarik takdelah beg tu menyebabkan dia jatuh. Just my 2 cents je ni.. :)

13 comments:

  1. ok je. i pon guna ni utk anak i..mmg perlu.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??rasanya mak2 yg ada anak mesti faham kenapa i guna benda alah ni.. :)

      Delete
  2. ntah i tak nampak kejam pun.. i nampak cute. yelah anak tengah nak explore kan... mmg urut dada. aisya pun tanak langsung duduk dalam stroller.nasib i beli stroller 50% diskaun....hahahaha... tp dia tak buas la.dia suka abah dia dukung... (huuu dah lama tak bawak aisya jln2..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. babe..kalau eusoff tu nak berdukung mmg setel masalah.takdelah i nak terjerit pekik kat shopping mall.hahaha.. ;p

      tp aritu i kena sound ngn strangers tau.dia cakap "dik, kejam lah ikat anak macam tu..". I macam errrrrrrrr... *speechless*

      Delete
  3. I pun pakaikan Zain harness ni..I punya yang bentuk Shark tu, comel! hahah.
    Betul lah, keselamatan paling utama, biarlah orang nak kutuk kami lakibini asal keselamatan anak terjamin.

    ReplyDelete
  4. yeay!!high-5!! i suka yg kuning tu.tp bapak dia nak ladybird ni..okey je la..
    ingatkan kitorg je yg guna bendaalah ni.hehe..comel kan?? ;)

    betul.apa2 pun keselamatan anak paling utama sekali!

    ReplyDelete
  5. salam kak... first time komen... sebenarnya saya penah je tengok parents kat luar negara pakaikn harness kat anak dorg dan bg saya lagi senang nak kawal budak2 esp kalau yg baru dapat kaki, maybe kat malaysia ni xjd trend lg... saya sbnrnya xkawen lg tp ada pengalaman dgn anak sedara yg umo 2tahun tp perangai lebih kurang ngn eusoff nila, nak cari barang kat shopping mall pun susah sbb takut die hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kt Malaysia je org pandang slack.huhu.. mak bapak je paham camne susahnya nak control budak2 yg baru dpt kaki ni.hehe

      Delete
  6. Sis... sy pernah hilang anak kat shopping mall... mlm raya... kitorg xpernah shopping mlm raya. Tp last 3 years mmg terpaksa sbb sy bersalin dan berpantang sblm puasa. Dlm bulan puasa baby masih kecik nak keluar. So mlm raya tu terpaksa jgk keluar mmg nak beli baju anak sulung tu je. Sy n suami tgh pakaikan ssc kat baby. Anak sulung plk terus lari masuk lif n pintu lif tutup kitorg xsempat buat apa2. Dlm tu dia sorg.. n kitorg xtahu lif naik or turun... alhamdulillah jumpa blk lps 10.minit. ada hamba Allah hantar ke kaunter... ms hilang tu mmg dah nangis pk esok nak raya anak hilang... sejak tu pegi mall mmg pakaikan harness... mmg mulut org ni sedap je ngate... sabar je byk2... klu anak hilang diorg rasa sedih ke kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah..tu la yg sy dok risau sgt tu..sebelum terkena tu yg kitorg berjaga2 tu..
      yela..mulut org mmg sedap je condemn sbb belum kena kat diri sendiri..
      tq sis.. :)

      Delete
  7. xde kejam punnn..nampak lagi comel ada lah..
    adoii eusoff dh nape awak hensem sgt nih..hihi

    ReplyDelete
  8. Kite pakai gak untuk.. sekali je. Lepas tu die nampak je tali tu kena strap belakang beg die tu, die nangis2 tarik2 tali tu suruh bukak. Dah pannndaaaiiiii taknak kena harness. Adoi la. Sebab ade time memang tak kose nak berstroller kena la nak pakai harness dah die pon macam Eusoff gak, tetibaaa je terus berlari... nak main sembunyi2 gamaknye. So bab pakai harness ni kite as ibu bapa lagi taw mana yang terbaik untuk anak kan.

    Sebab anak kite dah pandaii pulak tanak berharness jawabnye kalau tak kena dukung dgn bapak , kenala berstroller.

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers