Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, April 08, 2014

Mana nak pegi holiday kalau bawak anak kecik & orang tua?

Memandangkan aku Insyaallah akan dapat increment bulan ni dan tak jadi pegi Brussels,  Belgium bulan June nanti.. Aku rasa macam nak pegi holiday lah!! Cuma rasanya kali ni nak ajak aka seponser MIL & FIL aku sekali kot..

Haritu bincang2 dgn Mr H. Dia agree nak bawak parents dia sekali (parents aku ke parents dia ni? Apesal aku plak yg kena pujuk bawak parents dia nih?Konpius mak! Haha..) untuk holiday. Tapi syarat2nya adalah :

1) Dalam Malaysia je. Sebab save budget sikit. Hehe

2) Naik flight. Unless tempat tu takleh pegi naik flight. Kesian kot orang tua duk dalam kereta berejam2 kalau pegi jauh2.

3) Sampai destinasi cuba sewa kereta jadi senang bergerak. Bawak org tua kalau naik public transport kesian kot.

4) Takde aktiviti2 extreme. Macam naik roller coaster ke, paragliding ke, naik speedboat ke.. (Alaaaaaa...sume tu aktiviti yg aku suka kot! Huhu..)

Jadi tengah berkira2 lagi nak bawak PIL aku ke mana..kena plan awal2 ni sebab bawak org tua & seorang kanak2 dobot ni kan. Jadi kena free & easy...

Aku & Mr H adalah beach-island person. Kitorang memang suka gilaaaaaa dengan pantai/pulau. Kalau ikutkan aku memang Krabi lagi lah destinasi pilihan. Or Surat Thani. Or Boracay. Tapi mintak maaf ye.. Anak dah sorang. Kalau pegi bertiga, takkan nak bawak Eusoff snorkeling sekali...kan?? Ehh..tapi aku rasa ok je kot bawak dia snorkeling sekali. Pakai life jacket kot! Tapi.. Mr H tak bagi. Ok. Fine.

Aku mmg ade adrenaline junkie sikit. Ni yang payah bila nak plan holiday dgn org tua. Sebab tak boleh buat aktiviti2 extreme. Aku rasa macam naaaakkkkkk je ajak Mr H pegi backpacking mana2 berdua. Tinggal anak. Boleh tak? Kejam tak kalau camtu?? Hehe..

Oleh sebab tujuan utama plan holiday yang ni adalah untuk menggembirakan PIL aku & jugak nak berterima kasih sebab tolong jaga Eusoff selama ni (memang la kitorg bg duit tiap2 bulan tapi mana sama anta anak nursery dengan nenek sendiri jaga kan?? Sebab tu anak aku manja terlebih!hehe..).. Maka kena cari tempat yang MIL aku akan happy. FIL aku jenis tak kisah..

Ciri2 tempat holiday yg akan buat MIL aku happy adalah...tempat yang boleh shopping. Jadi...antara pilihan2 nya adalah :

1) Kota Kinabalu, Sabah
2) Kangar, Perlis
3) Pulau Langkawi
4) Pulau Redang
5) Johor Bahru (Engko dah kenape nak bercuti kt kampung sendiri....Eh. Tapi MIL aku suka la shopping kat JPO! Hahahaha..)

Engkorang yang ada experience bawak parents or mertua pegi holiday, boleh bg idea sikit tak nak pegi mana? Tapi tak nak area Terengganu (mcm Cherating tu sume). Sebab tu kampung PIL aku so da bape kali bawak dorg gi Terengganu. But tu consider as balik kampung la. Bukan holiday. Hehe..


Tolong2... I need idea & suggestion please...

14 comments:

  1. krabi tu impian, pulau3 tu best kalau berdua ngn suami.keh2.bila ada anak, baik cari tempat boleh educated/exprience anak jugak.langkawi or kk should be ok.langkawi ada underwater world, cable car, boleh p melawat pulau juga 1hari ke ken.kk pun best, boleh pergi farmcow+poring(mandi air panas), pulau, shopping.

    ReplyDelete
  2. haha baru nak suggest KK, kota kinabalu sabah. sesuai bawak gi kundasang sekali. sejuk2 fefeling london gitu. hahaha mil fil memang pergi KK jugak lepas raya ni hehehe. aktiviti tak lasak. sesuai utk warga emas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke..tu la.mmg cr aktiviti sempoi je ni..

      Delete
  3. yes... vote for Langkawi n KK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..noted.ramai yg sugget kk ngn langkawi nampaknye..

      Delete
  4. hoooho. dah lma tak bwk anak kecik jln.
    errr ke mmg tak biase bwk jln ntah.
    ujung bulan ni baru nak pegi gold coast morib.
    jadilahhh dokek ngan tompek den ni ha.
    hihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I xpnh smpai lg morib tu walaupn dekat.nnt insyaallah nak pegi la.hihi..tp kalau bwk mertua ni maybe pegi jauh sikit la kot..

      Delete
  5. Vote for Langkawi! Your PIL boleh shopping. Petang2 korang gi beach, bawak Eusoff main pasir and mandi laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Noted.tq..hehe..aah la.best gak kan bwk eusoff gi pantai.hihi.. :)

      Delete
  6. Langkawi or KK. Kalau i Langkawi la kot. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Langkawi boleh shopping..kan?? Hehehehe..

      Delete
  7. langkawi better.. santai n boleh shopping pinggan mangkuk.. perlis pun ok, boleh mil shopping periuk belanga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh...nampaknya ramai yang vote langkawi ni..macam kena pegi jeeee..
      hehehe...betul jugak tu.mil mesti hepi dpt beli pinggan mangkuk b4 raya kan?
      tq2.. :)

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers