Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, May 19, 2014

Akaun ASB untuk Eusoff

Hai koranggggggg.... Eusoff dah bukak akaun ASB tau! Sape2 yang sudi boleh la masukkan duit dalam akaun tu setiap bulan. Eh??? Hahahahahaha.. ;p

 

Aku rasa design ni tak cantik la.. ASB ni tukarla bagi design yang comel sket. Hehe...


Tunggu 2030 nanti baru Mummy serahkan kat Eusoff. Mudah2an duit dalam ni nanti cukup untuk Eusoff sambung belajar.. :)
 
 
Sebenarnya dah lama bukak akaun ni. Tapi asyik la terlupa nak register kat Maybank2u. Jadi tetiap bulan asyikla lupa nak transfer duit savings anak. Haha.. Sorry Eusoff. Lepas ni Mummy transfer tetiap bulan sekali dgn ASB Mummy ye....
 
Sebenarnya Eusoff ade akaun bank dah. Tapi yang tu atas nama Daddy sebagai penjaga. Mummy kan penjeles. Jadi bukak akaun ASB atas nama Mummy plak sebagai penjaga. Hahahaha.. Dalam ni da masukkan duit2 yg org bagi Eusoff yg Mummy simpan. Yg lain2 ade kat akaun bank. Eusoff punya savings lagi banyak dari Mummy ngn Daddy. Hahaha... Untongla kau Eusoff oiiiiiiiiiiii.... Lepas ni ada masa nak bukak akaun Tabung Haji pulak. Tapi nak pegi bukak akaun tu bercinta oiiiiiii... -_-'
 
Untuk siapa2 yang nak tau cara-cara buka akaun ASB untuk anak bawah 18tahun :
 
1) Mintak borang untuk bukak akaun ASB dari bank or pejabat pos. Aku bukak kat Pejabat Pos Ampang Park je. Senang. Balik keje terus singgah.
 
2) Photostate MyKid, Surat Beranak & IC penjaga.
 
3) Kanak2 tersebut tak perlu hadir masa hantar borang tu. Just penjaga je. Tapi legal guardian la ye (Ibu/Bapa/Penjaga Sah). Minimum savings untuk bukak akaun adalah RM100 tak silap aku.
 
4) Hantar borang, photostate Mykid, Surat Beranak & IC penjaga...tunggu & siap!! Sonang yooo... Hehehe..
 
Sepanjang kanak2 tu belum berumur 18 tahun, penjaga (nama dalam buku simpanan tu) boleh uruskan akaun ASB tu untuk kanak2 tersebut (pengeluaran & simpanan). Tapi once dia cecah umur 18tahun, dia automatic kena tukar buku ASB dewasa (yg warna biru tu) & dia berhak uruskan duit dia sendiri..
 
Plannya aku akan masukkan duit bulan2 kat akaun ni. Semua duit2 yg orang bagi Eusoff & jugak duit raya yg Eusoff dapat tiap2 tahun kitorang nak masukkan dalam ASB jugak. Mr H pulak akan masukkan duit dlm akaun bank Eusoff. Nanti dah bukak akaun Tabung Haji, baru transfer duit dari akaun bank pegi Tabung Haji. Mudah2an by the time Eusoff 18tahun, kitorang dah ada enough savings untuk bagi dia sambung belajar.
 
Dan mana tau once Eusoff dah cukup umur nanti da ada enough savings kat Tabung Haji untuk Eusoff teman Mummy dia pegi Haji. Masa tu Mummy dah tua (sikit je la tapi. Tak tua sangat. Hihi). Kalau ada anak lelaki teman pegi Haji kan senang sikit. Tu cita2 Mummy tu. Hihi.. Insyaallah... :)
 
Korang doakan sekali yeeeee.... :)
 
 

16 comments:

  1. ank i sorang da ada.. sorang lagi blum.. sama gak masuk akaun mmy dia.. bahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. i pun lama gak bertangguh nak bukak asb ni.sebab malas.
      tp Daddy dia da bukakkan akaun bank so b4 ni sume sumbat situ dulu.hehe

      Delete
  2. anak saya masuk ASG... ade beza ke ek?... ke sama jek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je dear..cuma beza cara pengiraan dividen,bonus,etc..
      mcm i pilih ASB sbb senang monthly boleh transfer guna M2u je xyah gi bank or post office nak masukkan duit.. :)

      Delete
  3. masa aisya 5 bulan, i dah gi bank nak bukak ASB.. siap mrayu sebab dah takde cuti... hahahhaa memang tak boleh la.pastu 2,3 bulan kemudian baru dapat bukak. risau simpan duit dia kat dalam almari masa tu... tp i buat kat maybank.
    company i bagi child allowance, so allowance tu tiap2 bulan i transfer untuk dia. plan duit tu untuk dia kahwin n mula kan hidup baru nanti... insyaallah........

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..i b4 eusoff 6bln aritu gigih masukkan duit dlm akaun bank i.pastu bila da bkk akaun bank msk akaun bank dia dulu.
      aritu baru bukak ASB ni.senang sikit transfer bulan2 guna M2U je..
      tu la..masuk bulan2 mudah2an dia besar nanti dah senang dah.takyah susah2 mcm i dulu.. :)

      Delete
  4. Sorie ,nk tny,memg kne msukn simpanan 2 tiap bln ke? I bru nk btkn tok ank i,ke boleh bila2 kita ada duit lbh bru msukn??tq ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdelah dear...mmg boleh masukkan bila2 u nak.xsemestinya bulan2..
      yg ni i just mention i bkk ASB sebab senang transfer boleh guna Maybank2u je.xpayah pegi bank or post office..
      kira mudah utk i yg transfer bulan2 la.xdela setiap bln kena pegi bank.hehe

      Delete
  5. akak nak tanya akaun anak tu bersma ibu kan..in kes kalo ibu mninggal anak belum cukop umur org lain boleh usik tak...duit simpanan anak saya tu

    ReplyDelete
  6. Nak tanye..umur bayi tu x kisahkan ...kalau baru 2 bulan bleh kew...atau ader had umur utk bayi..

    ReplyDelete
  7. Nak tanye..umur bayi tu x kisahkan ...kalau baru 2 bulan bleh kew...atau ader had umur utk bayi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6month klu x silap. Mcm anak I 7bln baru buka asb..

      Delete
    2. 6month klu x silap. Mcm anak I 7bln baru buka asb..

      Delete
  8. salam sis. asb bole transfer by cimbclick tak sis? ke m2u je yg bole transfer?

    ReplyDelete
  9. salam sis, nak tanya akaun remaja ngan asb biasa kita tuh sama kan?

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers