Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, May 21, 2014

Eusoff the Clown.. alkisahnya..



Nampak luka kat hidung & sikit kat dahi tu?? Aku pun tak tau nak gelak ke nak kesian ke nak sujud syukur. Hehehehe... Al kisahnya aku balik keje semalam, macam biasa la.. Si Eusoff ni terus berlari kat aku, hug aku & hulur tangan mintak aku dukung macam biasa. Aku dukung pastu terus dia tunjuk hidung dia. Merah gila da sebijik macam clown dah. Hahahaha..

MIL aku cerita semalam MIL aku bawak dia jalan2/main2 kat luar. Then MIL aku singgah depan rumah jiran nak berborak (biasa la kan mak2 ni. Ade saje gossip dia. Haha). Eusoff elok je main2. Pastu dia duduk atas jalan tar. MIL aku biar je sebab lepas tu memang nak bagi mandi pun.

Agaknya jiran MIL aku tu puji2 Eusoff ke ape tah.. Dan si Eusoff ni pun gamaknya nak tunjuk pandai la tu. Dari duduk atas jalan tar tiba2 dia terus sujud. Ye. Sujud. Sujud macam orang tengah solat tu.

Aku lupa plak nak tanya MIL aku masa tu baru lepas azan ke.. Apesal tetiba dia sujud. Hahahaha.. Adoilaaaaaa.. Nak gelak ke tak ni?? Hehehe.. Bibik siap cuak lagi. "Mam, nasib baik Eusoff buat gitu masa dengan nenek. Kalau dengan saya pasti saya dimarahi..". Hahaha.. Rilek la bik.. Saye tau la budak sorang ni macam mana perangai dia. Macam2. Huhu..

Aku takdelah salahkan MIL aku pun. Sebab tau dah perangai buas budak sorang ni. Aku rasa MIL aku risau jugak tkt aku kecik hati kot. Hehe.. Takdelah. Aku pun paham kot. Sedangkan aku & Mr H jaga pun tertonggeng2 jugak budak ni jatuh. Tu yang siap kena pakai baby harness bila keluar tu. Huhu..

Tapi aku terfikir jugak.. macammana dgn parents yang anta anak kat nursery or playschool pastu bila anak jatuh or luka2 mesti marah2 cikgu. Padahal normal la kot umur2 camni dia nak membuas kan? Lagi2 lelaki.. Sedangkan Eusoff yang nenek jaga pun macam2 hal. Tu nenek sendiri yang jaga tu. Bukan orang luar pun.

Aku pun memang bersyukur sgt2 MIL aku beria2 nak jaga Eusoff & xbagi hantar nursery. MIL aku sekarang jaga 7 org cucu. 3 dah sekolah/kindergarden so dorang cuma ada kt rumah time petang je. 3 org umur 2 tahun (Eusoff & 2 cousin perempuan) and sorang baby 3bulan. Duit yang kitorg bagi bulan2 half untuk bayar gaji bibik. Half lagi utk MIL. Rasanya kalau bertambah lagi cucu yg MIL kena jaga kitorang pun kena tambah lagi sorang bibik la..

Macam aku la kan..aku rasa lagi secure kot nenek sendiri jaga cucu dari orang luar. Sebab kasih sayang yang anak aku dapat dari nenek dia tu tak sama dengan orang lain. Sebab tu Eusoff terlebih manja sekarang ni. Hahahahaha... Tapi manja2 pun.. korang tengok sendiri lah bukti kebuasan anak aku. Dah rupa badut dah tu. Hahahaha... ;p

P/S : For now aku letak minyak gamat je.. but takut ada parut plak. Boleh ke aku sapu bio-oil or gel aloe vera bila da baik nanti?? Nak guna aloe vera fresh tak tau la mana nak cari pulak.. Huhu

2 comments:

  1. biasa la anak jantan mesti ada parut2 skit baru lah lelaki macho h eusoff.... hehehehe

    ReplyDelete
  2. i yang jaga sindrik pon anak i ada scar here n there haha. biasa la jatuh2 tangga sikit tuh. :p

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers