Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, May 28, 2014

Eusoff Setahun 6 Bulan & terkenan??

Haihhhh...entahlah... Rasa macam kejap sangat anak membesar... Tetiba mak rasa sedih tau. Nanti tau2 je dia da nak sekolah. Pastu tetiba je da ade girlfren. Pastu tetiba je nak kawin dah... Huaaaaaa... OK2. Mak memang hoverrrr..Mak tau tu. Hehehe...

Kalau naik lif je nak dukung. Sebab nak main tekan2 button lif tu pastu buat bunyi "Tiiitttttt" sendiri. Hehehe..

Aku rasa kan.. muka Eusoff ni ada rupa 'sedih' sikit. Macam bila dia serious or buat muka takde perasaan tu..muka dia nampak 'sedih'. Padahal mende anak aku nak sedihkan sangat kan? Makan cukup, manja terlebih, gedix melampau. Hahahaha..

Aku rasa benda ni maybe ada kaitan dengan 'terkenan' masa aku mengandung..kot? Masa mengandung aku banyak nangis atas sebab2 yang aku tak dapat nak citekan. Plak tu Mr H jauh, still LDM. Dia kat KL, aku kat JB. Hormon pun tak stabil. Kena plak problem macam2.. Memang merembes jek keje aku. Hahahahaha...

Jadi kepada ibu2 mengandung kalau nak anak muka manis kena selalu senyum tahu? Ahakzzz...

Gambar pagi tadi. Dengan muka baru bangun tido, busyuk masyam, air liur basi semua ada lagi. Tapi tetapppp... ada senyum. Hikhik...

Dah besar dah anak aku. Dah boleh diharap tolong bawakkan botol air yang kosong tu. Siap dibuat gendang lagi! Macam2 akal dia. Hehehe..

Kalau korang tengok kat Instagram aku, memang banyak video dia jalan2 masa kat tempat parking ni. Kat tempat parking ni je kitorg berani lepaskan dia jalan2 sendiri since parking lot kitorg kat belah hujung & tak banyak kereta lalu sini. Tempat2 lain aku xberani sangat sebab berdesupppp je dia lari nanti. Hehe..


 
Kawan aku cakap pipi Eusoff macam hamster simpan kuaci dalam mulut. Hahahahahaa.. Oh ye. Itu muka suci je kan? Tapi sebenarnya dalam cubaan berdiri atas high chair tu. Ko ghaserrrr???

Haihhh...kejap je dah setahun 6 bulan... Eusoff di umur sekarang:

1) Cakap dah jelas sebutir2 kadang2. Dog, Cat, Air, Nenen, Mummy, Daddy, Nenek, Pak (Tok Pak), Andi (Mandi), Kan (Makan), Akitt (Sakit), etc.. Oh ye. Budak ni tak reti sebut 'S'. Kalau susu jadi Thuthu, Heheehe..

2) ABC punya lah payah nak ikut bila diajar. Dapat sebut sampai D dah cukup baik. Dia cepat bosan. So solutionnya...aku start je mana2 huruf. Bukan dari A. Hehehehe...

3) Tak takut haiwan (tak macam mak dia). Hahaha.. Bawak pegi petshop suka gila kat sekor anjing yang bulu tebal tu. Dah la lagi besar dari dia. Aku pun cuak tengok. Pakkal anjing tu dalam kandang. Kalau kat luar memang dah dikudakan anjing tu. Siap nak kiss anjing tu lagi. Adoiilaaaa...camne aku nak sertu mulut ko kalau ko kiss anjing tu Eusoff?? -_-'

4) Suka kucing (tak macam mak dia jugak. Aku tak benci tapi aku takdelah suka sangat2 pun). Mana2 kucing kalau nak rasa jadi kuda silakan datang dekat anak aku. Hahahahaha..

5) Dah pandai menyakat. Kalau kita buat2 tido dia pandai datang dekat, cuit2, pegang hidung, kiss..nak bagi bangun. Pastu nanti dia buat2 tido sebelah la, sondol2 la..ko tak bangun jugak mmg siap dia picit tetek kau. Hempeh betul budak ni. Hahaha..

6) Pandai jeles. Balik keje siapa2 pun tak boleh dekat aku. Kena amik dia je. Cousin2 dia datang dekat memang sebijik dia libas. Hamik kauuuu.. Aku dukung anak SIL aku umur 3bln pun selamba je dia nak rentap kaki budak tu sebab tak bagi aku dukung. Camne nak ada adik camni??

7) Rajin membebel. Tapi bahasa ibunda dia la (bukan bahasa aku). Tah hape2 yg dibebelkannya. Kadang2 bercerita tu macam ye2 sangat siap tunjuk2. Pastu cite tu tak habis2. Confuse aku perangai sape ko ikut ni? Mak bapak kau ni pendiam orangnya tahu tak? Kah3... ;p

8) Suka menari. Pantang dengar music. Oh ye. Instrument music pun dia suka. Ukelele aku tu memang takde harapan aku nak main kalau dia tak tido. Dia punya saje..

9) Masih lagi dalam fasa bangun tido malam2 sebab nak nenen. Camne aku nak bagi dia tido terus sampai ke pagi eh? Aku tau dia bangun nangis tu bukan sebab lapar. Tapi sebab nak lepas gian hisap nenen. Aku rasa nenen tu mcm drugs dia la. Aku kalau boleh tanak try CIO method sebab tak sampai hati. Tapi...takpe. Kite tengok dulu macammana.

10) Setiap kali aku ajar berus gigi mesti dia gelak2. Ingat aku buat lawak ke apa? Bila aku berus gigi sama2 dengan dia, sibuk la dia nak main buih kat mulut aku. Adoilaaaaaa....setakat ni kalau berus gigi tu lebih kepada dia main masukkan berus gigi dalam mulut je. Bukan berus betul2 la.. Korang ajar anak berus gigi camne eh??

2 comments:

  1. sampai skrg tak berjaya lagi gosok gigi aisya sebab dia katup gigi dia.nak tengok gigi pun tak kasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..tu la pasal.susah betul nak ajar.setakat ni dptla ajar sikit2.tp dia asik gelak2 ingat kita main2 dgn dia.hehe

      Delete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers