Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Friday, May 23, 2014

Gadget & quality time untuk anak


Memang kadang2 aku guilty dengan benda2 macam ni. Hari2 balik keje memang awal. Tapi singgah rumah MIL amik Eusoff, selalunya lepas Maghrib or pukul 8 camtu baru gerak balik rumah. Kat rumah MIL attention bukan 100% kat Eusoff sebab still ada anak2 sedara Mr H so aku kena layan jugak sepupu2 Eusoff.

Sampai rumah dalam 8-8.30pm. Pukul 9-10 Eusoff dah nak tido. So masa yang aku betul2 dengan dia cuma dalam 1-1.5jam je. Tu pun kadang2 sampai2 rumah dia da ajak tido. Keje rumah memang aku seboleh2nya buat lepas Eusoff tido. Tapi.. bab gadget tu memang aku guilty. Kadang2 dapat Whatsapp dari kengkawan or pm dari customer. Tangan ni gatal je nak reply. Belum notification FB, Instagram, Twitter, email... Haihhh... Godaan tu kuat. Kadang2 kesian jugak dengan Eusoff. Tu je masa yang ada dengan dia, tapi aku sibuk layan orang lain.

Jadi..aku da mula berubah. Aku try kurangkan guna handphone & gadget bila dengan Eusoff. Just check apa yang perlu je. Kalau tak penting aku biarkan je dulu. Tapi pernah jugak customer pm or whatsapp then mcm merungut sebab aku lmbt reply. Kadang malam customer pm or whatsapp, esok pagi baru aku reply. Hehehe.. Nak buat macammana.. Business tu part-time je. Dah jatuh no 3-4 dalam list priority aku. Suami & anak kena utamakan.

Pernah aku kena sound dgn customer "Ni nak meniaga ke tak nak ni??" sebab aku lambat reply. Ko ghaserrr?? Aku reply ayat standard je dengan semua customer. Sorry lambat reply sebab tgh layan anak kat rumah. Dia reply "Oh yeke. Saya pun ada anak jugak. Ni nak cari baju anak la ni". Pergghhhh... adakah maksud dia dia pun ada anak tapi boleh je pm aku kat fb?? Ehemmmmm.... Aku tak kisah macammana pun caranya kau didik anak kau, tapi aku nak bg 100% attention kat anak aku. Jadi tu hak aku. Ehhh...sabo je kan?? Hehehehe...

OK. Mudah2an aku takkan berhutang masa dengan anak2 aku. Mari cuba bagi yang terbaik untuk anak2 kita.. #Peringatanuntukdirisendiri.

No comments:

Post a Comment

Countings...

Daisypath Anniversary tickers