Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Thursday, May 22, 2014

Rahsia...

Tetiba teringat pasal apa aku dgr kat Hot FM pagi tadi. Pasal simpan rahsia.

Jujur aku cakap aku tak boleh simpan rahsia dari suami sendiri. Laki aku tu ape saje yang dia tak tau pasal aku? Luar dalam semua dia tau. Dah nama pun laki sendiri kannn.. hehe. Kiranya kalau orang buat cerita aku ade affair ke ape aku mmg yakin laki aku takkan caye. Sebab aku ni jenis xmenyabor2 nak cite kat laki sume benda. Walaupun laki aku bukan nak dengar pun cerita aku kadang2. Hehehehehe...

Mr H pulak bukanlah jenis cerita sume benda kat aku. Tapi dia ni transparent bila dengan aku. Kalau dia ada problem kat office ke, stress ke..aku boleh baca. Tapi dia ni jenis kena biar je dia solve problem sendiri. Unless dia sendiri mintak tolong aku baru aku tolong. Biasa la kann..laki kan memang ego. Hahaha..

Tapi apa2 pun, kitorang xpernah simpan rahsia antara satu sama lain. Kalau ada pun memang kejap je da bocor. Aku lah tu. Kepohci dengan laki sendiri. Hahahaha..

Cuma baru2 ni ada satu rahsia yang cuma aku & Mr H je tau. Kitorang dah janji tak nak bagitau sape2. Aku pun simpan la rahsia tu. Tapi elok je semalam kitorg tengah minum kat mamak lepas balik keje (rutin almost setiap hari. Kira macam date sebelum pegi amik anak la.hehe).. Mr H terlepas cakap yang dia da bgtau 1 geng whatsapp dia. Aku macammmmm... "ape yang?? Kate tak nak bagitau sape2??". Mr H gelak je..

Pagi tadi aku ungkit lagi. Mr H gelak2 sambil cakap sori.. Tapi kan..aku ada confession ni. Sebenarnya rahsia tu aku dah cite kat sorang kawan aku masa kitorg whatsapp2 semalam. Tapi aku nak rahsiakan yg aku dah bgtau rahsia tu kt kawan aku sebab dia dah bocorkan rahsia tu kat kawan2 dia. Boleh gitu?? Hahahahaha... OK. Bai!! ;)

Ps: Internet down kat office. Server kitorang kat Stockholm so kena tunggu Stockholm respond. Masalahnya Sweden lambat 6jam dari kita. Sekarang baru pukul 4pg. Ko ghaser bila aku nak buat keje camni?? Everything sume guna system kot. Takde internet maka tak payah lah buat keje... YEAY!!! -_-"

2 comments:

  1. bahahaha.. sama la kita. konon nak buat saving rahsia dari suami... tp terbagi tahu gak. asyik nak cite je ngan laki. hal2 budak opis sume dia tahu kot. kawan blogger pun dia tahu.. bahahaha bini mmg mulut asyik nak bercerita je. Tapi dia senyap je... huuhuh

    ReplyDelete
  2. i jenis tak banyak cakap sgt kot.. sikit2 je.lagi2 kalau i marah, i pendam.husband i yg takde rahsia. terbalik pulak... hehe

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers