Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Monday, June 16, 2014

Kelancangan mulut suamiku... and..sape pernah guna item ni?? Tolong review sikit!!

Ini kejadian minggu lepas. Pernah tak terjadi kat korang?? Time office hour kena pegi bank then singgah Maxis KLCC utk setelkan hal2 ofis. Once dah setel baru pukul 4ptg. Nak balik ofis mcm alang2 je sebab pukul 4.30 dah abis office hour aku. Then decide nak jalan2 je kat KLCC.

Masuk Thomas Sabo, cari charm Vespa idaman hati. Takde lagi. Tah bila tah nak restock. Lama benau aku tunggu nih. Tengok2 charms lain macam takde hati lagi nak beli sebab mmg aim nak charm Vespa tu dulu.

Pastu lalu depan Sephora. Aku ni memang dah lamaaaaaaaa gila tak masuk kedai make-up sebab aku mana pakai make-up. Just pakai if ade special occassion je. Pegi office pun just pakai bedak baby, lip balm & kalau rajin sikit pakai lipgloss. Lipstick Revlon yg ada pun dah lebih 2tahun tak berganti. Sadis kan?? Hahaha.. Sebatang lipstick tu aku pakai 2tahun pun tak habis. Ko hado?? Compact powder aku ganti refill je. Tu pun sebab dah lebih 2 tahun jugak. Mascara baru ganti 3 minggu lepas. Sebab dah keras/kering. Hahahahahahaha.. Sadis gila aku rasa.

Bila lalu depan Sephora.. tetiba teringin nak masuk. Lalu syaiton pun membisikkan ke dalam hati.. "Alaaa..masuk je la. Bukan ade barang nak beli pun. Aku bukan pakai make-up sangat. Perfume pun banyak lagi. Masuk tengok2 je la. Kang org cakap jakun pulak tak pernah masuk Sephora..". And then ends up keluar dengan paperbag gedabak seperti di bawah :

Maafkan kesepahan meja aku ni. Hehehe..

Memang la aku tak beli make-up or perfume. Tapi ends up aku beli skincare Clinique. Mula2 nak beli satu set terus. Tapi sebab takut tak sesuai aku beli yang travelling set punya dulu. Saje nak try dulu. Actually sekarang aku pakai Etude House punya skincare. Cleanser je pakai SkinFood. Ok je dengan kulit aku. Tapi takdela kulit aku flawless kannnn.. Ni tak tau lah Clinique ni ok ke tak..

 

Sekarang aku nak tanya dengan penuh keseriusan ni.. Sape pernah pakai set Clinique ni? OK ke tak??

Aku belum start pakai lagi. Sebab skincare kat rumah tak abis lagi. Aku suka macam ni tau. Yang ada tak abis lagi dah nak try yang lain. Pastu dah beli ni tetiba rasa menyesal sebab takut tak sesuai. Pastu takut Mr H membebel sebab aku suka membazir. Hahahaha..

Nasib baik Mr H nampak paperbag ni tapi tak banyak soal. Aku pun buat2 macam biasa je. Kalau dia tanya aku nak cakap ni traveling set sbb sng nak bwk travel gi mana2. Pastu nanti nak balik kampung raya kan. Senang bawak set ni sebab kecik. Harap2 dia percaya. Hahahahaha... *Sila jangan contohi perangai aku. Kah3*

Betul2 ni...sape pernah pakai set ni best ke tak?? Kalau tak best aku nak let go kat orang lain je la. Baik aku jual before aku guna. Ni tengah elok lagi dalam kotak semua. Hihi..

Pastu kannnnn...aku nak cite je ni. Kat Sephora tu aku try la lipstick & lipgloss Marc Jacob. Perrgghhh... lawa siot. Merah makngah!! Lama aku tak pakai lipstick yg fiery red ni. Rasa begitu berani & menggoda!

Balik tu Mr H amik kt LRT then kitorg decide nak lepak minum kedai mamak jap sebelum amik Eusoff kt umah MIL. Duduk je kat meja, order..pastu tetiba aku kena sound.. "Ni apesal bibir awak merah semacam ni?? Macam pelik je. Gi kesat lah. Buruk. Macam batak je. Lain kali jangan la pakai warna2 pelik macam ni.". Pfgjtiknbktrttttttt..... FINE. Cakap suami tak baik ingkar. BERDOSA! Nak cantik2 pun untuk suami jugak. Tapi....rasa nak mengalir airmata. Laki aku ni pun kan..kalau dia tak suka memang melaser je tau! Sentap mak! T_T

OK. Aku admit. Salah satu sebab aku tak pakai make-up adalah sebab laki aku tak suka. Dia cakap aku tak payah pakai make-up pun takpe. Korang ingat aku tak teringin ke tengok korang2 sume make-up cantik2? Kadang2 teringin oiiiii.. Tapi laki tak bagi. Berdosa ingkar tau. Tapi.. ada hikmah jugak. Kulit muka aku sensitif. Senang naik jerawat & kulit muka aku sekarang memang jaaaauuuuuhhhh lagi baik/elok dari before kawin dulu (masa aku still pakai make-up). Cumaaaaaa.. apesal laki aku laser sangat hah?? Terguris hati mak ni... Nasib baik malam tu dia bawak pegi makan tomyam. Lupa terus merajuk aku. Kah3..

Ramai yang tengah gila lipstick & makeup NYX kan? Aku pun sibuk2 je nak join sama. Tapi aku order kat Rara lip cream yang Stockholm je. Sebab yang tu warna ala2 nude & natural je. Memang cantik la aku try tester. Sape2 yang nak order lip cream NYX boleh order kat Rara. (Sempat ku promote. Hihi). Macam nak jugak try Antwerp tapi lepas kena laser ngan laki aku terus cancel. Tak sanggup mak di laser lagi. Hahahahaha... Laki korang ade macam ni tak???

P/S : Eh. Malam ni MIL masak Nasi Ayam. Sedap gila!! Tak sabau nak balik makan. MIL aku punya Nasi Ayam memang seriously terbaek dalam dunia!! TU je nak bagitau. Kah3.. I love my MIL. Ngeh3... ;p 



8 comments:

  1. aku pakai clinique religiously step 1-2-3 since 4 years ago. kulit aku memang masalah acne tahap teruk pastu jadi combination skin. sebelum pakai clinique aku pakai ubat dermatologist. bila pakai nak nangis la sbb pedih pastu menggelupas. last2 aku tak tahan tu sebab tukar clinique. masa first pakai SA suruh aku try yng biasa punya..aku pakai 3 bulan, kulit aku jadi x menggelupas. acne masih ada tapi tak breakout teruk gila. akhirnya aku pakai la clinique yang pimple set tu. dia takdalah hilangkan jerawat aku totally, tapi bantu kurangkan. at some point kulit aku tak breakout. tapi pregnant and lepas beranak terus hormon haywire balik. But i'm still a loyal customer sebab aku rasa dia sesuai dengan kulit aku. but then again skincare ni tricky sket sbb baik untuk aku belum tentu baik untuk orang lain. the reason why aku suka clinique sebab takda fragrance- itu culprit utama skincare product. so now aku dah pakai mask, sunblock (best gila sunblock dia x melekit) and compact powder. pastu clinique ni jimat..kalau botol besar tu tahan 3-4 bulan. sekian, review yang panjang dari saya.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa...tq2!!review pjg lebar adalah sgt3 di alu2kan sebab bab2 kulit ni tkt sket.
      bkn sng nak dpt kulit mcm skrg so tetibe risau tkt product ni x ok.
      tgk review kt blog ada ok,ada x ok..cuak jugak..
      nnt kalau ada soalan psl clinique ni boleh tny kat u je!! tq tau!!
      sila jgn bosan dgn soalan2 lps ni.hihi.. ;)

      Delete
  2. I pun tengah ngoder Nyx lip cream tu. Samalah, hubby pun x prefer I pakai mekap, tapi dia takdelah tak bagi langsung. I jarang pakai...baru hari tu destash eye shadow yang dah dekat 5 tahun tak habis-habis..mascara pun dah keras.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sama lah nasib kita. tp hubby mmg xbg i pakai make-up
      sbb lps kawin muka i breakouts teruk gila
      so mmg dia larang pakai hari2.special occassion je pakai
      i xkisah sgt pun..tp tu la.. brg2 makeup mmg bertahun2 x abis2.buang camtu je.
      membazir pulak rasa.hehe

      Delete
  3. laki iols pon same jugaq, iols pakai antwerp, dikatanyer x lawa, terang warnanyer, itu yg iols terus order istanbul pulak, hahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..kan.laki ni tak pandai tau nak beralas sikit.hehe

      Delete
  4. sama le kiteee..hubby pun xsuka iolss mekap.setakat tepek bedak pixy je pun dye ckp watpe nk mekap2...lepas kawen muka memang suci jela free mekap.tp lau ada function.wedding,bru la mekap.ada eye shadow dah dua tahun x terusik.hihi

    ReplyDelete
  5. sama la kita..byk brg make-up yg ada before kawin last2 kena buang mcm tu je sebab dah bertahun tak abis2.tapi...tak make-up jimat jugak duit xyah beli mekap..kan?? :)

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers