Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Tuesday, June 24, 2014

Kisah Benar Aku : Bayar Ke Hadapan aka Pay It Forward

"Pay it forward is an expression for describing the beneficiary of a good deed repaying it to others instead of to the original benefactor." - Wikipedia

Aku cuma nak kongsi satu cerita ni.. kejadian ni berlaku semalam (23 June 2014). Balik dari keje, aku & Mr H decide nak pegi lepak minum kedai mamak macam biasa. Aku order teh ais & roti bakar. Mr H order teh tarik & roti telur. Lepas makan & borak2, Mr H pegi lah kaunter nak bayar.. Aku pun belek2 fon sementara tunggu tu..

Alih2 aku dengar Mr H tanya dari kaunter aku dah bayarkan ke? Aku cakapla takde. Bukan ke aku dari tadi tercongok depan dia. Bila masa pulak aku pegi bayar. Kejap lagi Mr H datang balik kat meja. Pastu dia cakap tunggu kejap sebab mamak tu cakap makanan kitorang dah bayar. Tapi...bila masa pulak kitorang bayar??

Aiseyh...nak kate salah meja tak logik pulak sebab meja keliling kitorang tu semua kosong. Kalau ade kawan2 belanja pun xlogik jugak sebab takde pulak jumpa sape2 yg kenal kat situ. Dalam 5minit kitorg tanya lagi..betul ke dah bayar sebab kitorg nak gerak amik anak pulak ni.. Mamak tu macam tak sure pulak. Sebab bill cakap dah bayar tapi kitorg mengaku belum bayar.

Mr H tanya aku nak buat macammana? Kang kalau betul belum bayar takut jadi haram pulak. Ni makanan jadi darah daging. Lepas tu aku terfikir.. kalau betul ada orang bayarkan.. why not kita pay it forward?

Total kitorang makan tu adelah dalam RM5 je kot. Aku lupa tanya Mr H total berapa. Tapi aku cakap kt Mr H, bayar je la. Mintak mamak tu check betul2. Kalau belum bayar,kitorg bayar je. But if betul dah ada orang bayarkan untuk kitorg, kitorg tetap bayar but kitorg sedekah kalau2 ade orang susah yg datang nak makan kat situ.. (macam org yg kutip kotak2 area tu. Aku pernah nampak a few times). Mr H pun agree dgn idea tu. Mamak tu pun macam terpinga2 kejap dgr apa kitorg cakap. Hehehe..

Kalau betul lah ada hamba Allah yang belanja makanan kitorang semalam, Alhamdulillah. Terima kasih sangat2.. Tapi perkara ni buat kitorang jadi segan. Sebab rasanya kitorang ni bukanlah orang susah. Terima kasih sgt sebab belanja. But we'll keep paying it forward. Aku rasa lebih molek macam tu..kan?

Aku rasa macam nak wujudkan sistem ni lah kat mana2 kedai mamak yg kitorg biasa pegi. Bayar lebih. Biar dia kumpul balance yg kitorang bayar tu & kalau ada orang2 susah yang lalu kedai tu, mamak tu boleh panggil & bg dia makan guna duit yg ada tu.. it's a good idea..kan??

Aku nak terapkan perkara ni dalam diri anak2 aku. When you receive something from someone..pay it forward. And the happiness will spread.. The world might become a better place.. Jom kawan2.. Kita teruskan Pay It Forward. Or better yet.. Kita wujudkan Pay It Forward ni sebagai habit dalam diri kita & anak2.. Mudah2an Allah permudahkan segala2nya & dapat membantu orang2 yang betul2 memerlukan..:)



P/S : Bayar Ke Hadapan tu bunyik macam kelakar..kan?? Hehehehehe...

1 comment:

  1. Setuju2...moga sm2 kita dpt terapkan kat anak kita...

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers