Followers

Iklan kejap..hehe

Follow my personal FB

Wednesday, June 04, 2014

Review : Halford Elite Classic Carseat/Carrier

Spin-off kepada entry "Review : Halford S8 Pramette Travel System setelah 1 tahun 6 bulan". Gila kau ada spin-off. Dah macam drama bersiri pulak. Kah3..

Untuk pengetahuan, aku beli Halford S8 Pramette Travel System yang didatangkan dengan carseat/carrier Halford Elite Classic. Aku memang letak Eusoff dalam carseat especially kalau jalan jauh. Kalau dekat2 tu kadang2 ngelat jugaklah. Hehe..

 

Umur 2 bulan travel ke Terengganu

This is my domok. Hihi
Dedomok in his carseat

So far review aku untuk Halford Elite Classic carrier ni...not bad lah. Carrier ni ada padding yang boleh bukak kalau tak nak pakai. Masa Eusoff baby, aku pakai je padding tu so xpayah alas lagi carrier ni. Once dia dah mendomok sikit, macam dah mula sendat so kitorang bukak padding tu. 2 gambar atas tu masa kitorang pakai padding. Nampak tak padding coklat kat kepala tu? Haa..tu dia alas so kepala baby tak goyang2. Kira tak payah beli infant support pillow tu la. Pic ke tiga tu takde padding dah sebab Eusoff is dedomok. Hehehe..

 

Yg coklat bertulis Halford tu la padding yg aku maksudkan


Review untuk Halford Elite Classic :

Pros
  • Ringan
  • Senang angkut
  • Senang pasang pada Halford S8 tu. Takdelah banyak prosedur pun. Cuma kena biasakan je la..
  • Padding tebal. Eusoff masa kecik selesa je tido dalam ni. Even pasang kat S8 pun dia boleh tido lena
  • Harga not bad even kalau beli asing2 pun. Aku rasa takdelah mahal pun. Dalam RM300 kot? 
Cons
  • Bila cabut padding tu macam keras sikit
  • Kecik je. Eusoff umur 6-7bln dah tak muat.
  • Warna grey kat tepi tu senang kotor.
Takdelah banyak komen pun sebab aku rasa mana2 carrier macam lebih kurang je. Cuma beza keras ke tak keras la padding dia. Halford ni berkualiti jugak untuk aku. Lepas Eusoff pakai, kitorang bagi sepupu dia plak pakai. Sama jugak. Sampai umur 6 bulan je dah sempit sebab badan domok. Almaklum. Sedara kannn... Hahahaa.. So adik ipar aku baru pulang haritu sebab dia dah beli carseat baru. Bagi aku..berbaloi je carrier ni. Sebab lepas ni adik Eusoff boleh pakai lagi. Sambung pakai S8 Travel System balik. Tak koserrr aku nak beli baru. Yang ni elok lagi. Jadi mari pakai turun temurun. Hehehehe...

Untuk carseat seterusnyaaaaaa...next entry lah yeeeeee.... :)

2 comments:

  1. Comelnya Eusoff, putih gebu geram tengok..!

    ReplyDelete
  2. carrier mcm ni, masa hafidh umur 5 bulan da xmuat... huhuhu

    ReplyDelete

Countings...

Daisypath Anniversary tickers